Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz Hasanah-as-seen-on-newspaperDr. Hasanah Binti Abd. Khafidz merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak Disember 2015 hingga kini. Sebelum itu beliau merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu mulai Julai 2013 hingga November 2015. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang iaitu mulai Ogos 2006 hingga Jun 2013.
Dr. Hasanah memperolehi Ijazah Sarjana Muda  Sastera (Syariah dan Pengajian Islam) dari Universiti Mu’tah, Jordan (1997) dengan pangkat Jayyid Jiddan, kemudian memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Fiqh & Usul Fiqh dari Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (2000). Beliau seterusnya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya pada tahun 2006 dengan tesis bertajuk “Asnaf Lapan: Kesan Nilai Semasa dan Setempat dalam Menentukan Pentafsirannya di Malaysia”. Bidang pengkhususan beliau ialah zakat sesuai dengan fokus penulisan dan penyelidikan beliau iaitu tentang zakat. Beliau juga sangat aktif dalam e-pembelajaran dan dalam masa yang sama minat dengan aktiviti menjahit & menyulam 🙂

ENGLISH:

Dr. Hasanah binti Abd. Khafidz is a Senior Lecturer in the Department of Da’wah and Leadership Studies, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia since December 2015 until now. Prior to that he was Senior Lecturer at the Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, from July 2013 to November 2015. He also served as a Senior Lecturer at the Department of Islamic Studies, School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, Penang, from August 2006 to June 2013. She graduated with a Bachelor of Arts (Sharia and Islamic Studies) from the University of Mu’tah, Jordan (1997), then obtained a Master in Fiqh and Usul Fiqh from International Islamic University Malaysia (2000). Subsequently, he obtained a PhD from the University of Malaya in 2006. Her area of specialization is obligatory according to the focus of his research and writing that is about charity. She is also very active in e-learning and a winner at Anugerah e-Pembelajaran 2015 (creative and interactive e-learning videos category). Despite her busy life as a working mom, she also loves doing embroidery and getting serious with it.

2

Dr. Hasanah boleh dihubungi melalui emel: hasanah321@gmail.com

 

2012 – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, USM

2013 – Anugerah e-Learn@USM (Most Active User), USM

2015 – Pemenang Tempat Kedua ORI Terbaik, UKM

2015 – Anugerah Bahan e-Pembelajaran  Kreatif & Interaktif (Video Pembelajaran) Terbaik Kebangsaan

2015 – Tempat Pertama Kategori Terbuka Educational Blogging Peringkat Kebangsaan

 

976980_10202186579847466_1005169864_o

12322426_10208004193284166_7018089280495045300_o