Friday, 23 January 2009 05:55
v6
Topik ini nampak terlalu basic. Siapa yang tak tahu ‘copy paste’?
Tapi, sebenarnya, kejahilan tentang hal ini boleh menyebabkan anda menghadapi kesesakan dada yang amat sangat!
Perkara ini telah berlaku ke atas saya dahulu, dan ramai lagi blogger di dunia (terbukti berdasarkan search dalam forum blogger yang saya masuk)
Jadi, tips penting hari ini ialah: kalau kita ada artikel yang nak dicopy paste dari Word…
JANGAN sesekali copy paste apa-apa artikel dari Microsoft Word ke dalam blog WordPress kita.
Sangat bahaya sebab:
Bila kita menulis dalam MS Word, mungkin ada formatting yang kita buat untuk artikel/post tu seperti centralize dan bold ayat pertama ke. Jadi, bila kita copy paste, ada risiko yang kita akan paste sekali dengan format tu. Kesannya ialah, semua post dan apa sahaja dalam blog kita boleh jadi centralize dan bold.
JALAN PENYELESAINNYA:

Copy artikel dalam Word kemudian paste dalam NOTEPAD.
Kemudian, copy semula artikel yang sama dalam Notepad tadi dan barulah paste dalam blog WordPress tadi.
Kenapa kena paste dan copy melalui Notepad?
Kerana Notepad akan buang semua formatting yang kita buat dalam Word tadi.
HAH?! NOTEPAD? DI MANA LETAKNYA NOTEPAD?
Hiii….. kat komputer tu, klik START > ALL PROGRAMS > ACCESSORIES > NOTEPAD (lihat screenshot di atas)
Ops! saya masih menggunakan Windows xp, tak suka Vista!