2.5% tu bukan awak punya

“Wah! Hebat. Berapa gaji sekarang?” tanya saya.
“Bolehlah cukup-cukup makan,” x menjawab tersipu-sipu.
“Kenal tak sesiapa yang tak cukup makan?” Saya bertanya lagi.
“Erk… mmm… kenapa ustazah?” Respon terkejut x kepada soalan saya.
“Ye lah, kalau dah mewah begini, mesti banyak dah gaji tu. Tahu tak yang 2.5% gaji tu bukan awak punya?” Saya cuba memerangkap.
“Hisy, apa ni? Ustazah ingat saya curi duit orang ke? Ini semua hasil titik peluh saya,” bidas x.

Bagus! Ini baru mukadimah. Puji-puji sikit biar dia terasa dekat dan tersenyum, kemudian hmm…. barulah masuk gear 2! Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Harta kanak-kanak dan orang gila perlu dikenakan zakat?

Buku Pengurusan Zakat oleh Prof. Mahmood Zuhdi
Jam 1.30 pagi.
Terpandang buku Pengurusan Zakat karangan Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi, suami kepada penyelia saya semasa menyambung belajar di peringkat PhD iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail.
Saya mencapai buku tersebut. Ingatan kembali pada mesyuarat di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) beberapa hari lepas yang telah menerima cadangan saya untuk mewujudkan subjek Zakat dan Wakaf di USM. Syukur, alhamdulillah…

Seperti yang pernah dinyatakan dalam beberapa entri yang lepas, bukan dah tak nak mengajar subjek munakahat, tapi kasih kepada Allah s.w.t. yang dengan kekuasaan-Nya dan tinggi ilmu-Nya telah menentukan untuk kita undang-undang berkaitan zakat menjadi pendorong untuk saya mengusulkan penawaran subjek ini.
Lagipun, hmm… susah betul nak mengajar munakahat ni bila sampai pada slot ‘Ciri-ciri yang perlu diutamakan apabila memilih pasangan (suami/ isteri)’… Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare