Rombongan dah nak sampai oooiiii

Gembira! Ceria! Semua orang gembira… tapi riuh dan kelam-kabutnya ada. Dua buah bas nak sampai hari Sabtu ni. Ramai tu… Penginapan cukup ke? Makanan dah tempah? Tempat dah disiapkan? Orang-orang penting semua dah diberitahu? Agenda dah siap? Adus….

Ni baru je siapkan banner. Alah, lebih kurang je lah… Hari ni buat, hari ni tempah, harap-harap hari ni boleh gantung! Banyak lagi nak difikirkan.

Banner segera lawatan USIM ke USM

Malam tadi habis meeting pukul 12.30 t/malam. Eh, bukan malam tadi lah namanya tu kalau sampai ke pagi. Malam nanti meeting lagi, hihiii… Menu meeting, chicken chopped! Tak tahu lah kenapa adik-adik di Tekun tu suka sangat kat ayam kena cop. Eh, bukan menu yang penting, tapi meeting tu! Er, kita nak tempah kapet merah ke? bunga manggar? kompang? Hey, depa tak bawa tepak sireh pun lah… Ye lah… yang nak datang tu, rombongan orang perempuan je… 80 orang perempuan. 70 penghuni Desa Jati & 10 pegawai pengiring, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Adik-adik Tekun semua, dengar tu… yang nak datang u..s… ISLAM… tauuuu….. kome? ok…ok… tak boleh merepek. Kerja banyak ni.

Selamat datang kepada rombongan penghuni Kolej Kediaman Desa Jati USIM ke Desasiswa Tekun, USM. Kami tidak mampu menghampar baldu, sekadar sekelumit kenangan buatmu yang mungkin tiada membuahkan rasa rindu…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare