Rombongan dah nak sampai oooiiii

Gembira! Ceria! Semua orang gembira… tapi riuh dan kelam-kabutnya ada. Dua buah bas nak sampai hari Sabtu ni. Ramai tu… Penginapan cukup ke? Makanan dah tempah? Tempat dah disiapkan? Orang-orang penting semua dah diberitahu? Agenda dah siap? Adus….

Ni baru je siapkan banner. Alah, lebih kurang je lah… Hari ni buat, hari ni tempah, harap-harap hari ni boleh gantung! Banyak lagi nak difikirkan.

Banner segera lawatan USIM ke USM

Malam tadi habis meeting pukul 12.30 t/malam. Eh, bukan malam tadi lah namanya tu kalau sampai ke pagi. Malam nanti meeting lagi, hihiii… Menu meeting, chicken chopped! Tak tahu lah kenapa adik-adik di Tekun tu suka sangat kat ayam kena cop. Eh, bukan menu yang penting, tapi meeting tu! Er, kita nak tempah kapet merah ke? bunga manggar? kompang? Hey, depa tak bawa tepak sireh pun lah… Ye lah… yang nak datang tu, rombongan orang perempuan je… 80 orang perempuan. 70 penghuni Desa Jati & 10 pegawai pengiring, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Adik-adik Tekun semua, dengar tu… yang nak datang u..s… ISLAM… tauuuu….. kome? ok…ok… tak boleh merepek. Kerja banyak ni.

Selamat datang kepada rombongan penghuni Kolej Kediaman Desa Jati USIM ke Desasiswa Tekun, USM. Kami tidak mampu menghampar baldu, sekadar sekelumit kenangan buatmu yang mungkin tiada membuahkan rasa rindu…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Tsunami Kerja

Subhanallah…
Banyak kerja nak kena buat… Rutin hidup pensyarah universiti, yang dari luar dilihat macam ‘relaks’ sangat hanya kerana tiada kad penumbuk :P (punch card)… tapi hakikatnya, siang malam diulit kerja… kerja… kerja…
Kertas kerja SEMLIS 2008… adeh, bila nak siap… Pastu nak kena siapkan prosiding seminar… seminggu-dua ni berpuluh emel masuk sehari… rata-rata pasal kertas kerja pembentang untuk SEMLIS 2008… Minggu depan nak kena hantar kat pencetak dah… Nak kena semak tesis lagi… Selia pelajar Ijazah Tinggi… amboi tebalnya tesis… Esok kelas 5 jam… Master… mesti well prepared… Alamak, power point tak buat lagi… Tugas kat Desa Tekun… anak-anak yang beribu-ribu tu nak kena tengok-tengok jugak… Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

This day will change the world!!!

This day will change the world!!!

Pagi-pagi lagi saya ke Desasiswa Tekun, USM (senang sebut: Desa Tekun). Lapor diri sebagai Penolong Penggawa! Suspen, teruja, berdebar-debar, resah, gembira semuanya ada. Maklumlah, tugas baru ni sangat berat. Menuntut banyak pengorbanan dan kesabaran. Semoga Allah s.w.t. mudahkan segala urusan dan memberkati setiap yang saya usahakan. Amiin…

* Penolong penggawa? Apa tu?
–> Macam penolong warden la. Tapi anak ramai. Seribu lebih! Jenuh kepung…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare