Kenapa mahu tinggal dalam api yang lebih panas dari Gunung Merapi?


Rumah di sebuah perkampungan di lereng Gunung Merapi, terbakar kerana udara dan debu yang terlalu panas! Gambar: Jakarta Globe

600 darjah celcius!

Ya! Itulah suhu udara panas yang melingkari perkampungan di persekitaran puncak Gunung Merapi. Demikianlah yang dilaporkan dalam akhbar Jakarta Globe yang saya beli di Lapangan Terbang Sokaerno Hatta, Jakarta pada subuh 7 November 2010 yang lepas. Selepas lima hari melawati Bandung dan Jakarta dengan doa yang terpahat supaya ditunjukkan dengan hikmah dan kebesaran Allah s.w.t., saya sujud syukur kerana pulang dengan selamat selain memperoleh beberapa ibrah yang telah Allah berikan. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Warkah tak diundang….

Ini bukan kali pertama. Sudah bebapa kali saya diajukan persoalan yang semacam ini.
Setiap kali warkah seperti ini mengetuk peti mail saya, pasti nafas saya akan terhenti seketika. Apa yang telah berlaku dengan generasi yang bakal menggantikan kita suatu masa nanti?

Fikirkanlah…

Assalamualaikum Dr..saya xxxxxxxxxxxx. ingin mengajukan masalah saya kepada Dr..sekiranya seseorang pelajar telah terlibat dengan zina tetapi mahu bertaubat dan mengubah cara hidupnya.namun,desakan hawa nafsu tidak dapat dikawal.ingin berkahwin tetapi kedua belah keluarga belum bersetuju kerana si lelaki masih belajar.ingin menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku, takut keluarga terkejut dan memandang serong.jadi, bagaimana yang harus dilakukan agar dosa-dosa besar tersebut dapat ditinggalkan.pasangan tersebut saling menyayangi. adakah patut berkahwin secara sembunyi-sembunyi bagi mengelakkan berulangnya dosa-dosa besar tersebut?atau menceritakan kepada ibu bapa tentang perkara tersebut?dosa-dosa tersebut menyebabkannya tertagih untuk melakukannya kembali Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare