
Assalamualaikum,
Lamanya tak menulis dalam blog ni. Rindu dibuatnya. Ada banyak perkara yang berlaku sampai tak terdaya nak diluahkan di sini. Di USM kuliah telah bermula. Sudah tentu kesempitan masa semakin dirasakan. Rasa ralat juga sebab sepanjang Jun yang lepas banyak perkara yang mahu dilakukan tetapi tiada kesempatan. Projek hadiah buku yang saya janjikan untuk pengunjung salah satu laman web saya juga nampaknya macam nak terbengkalai.
Semalam, hati saya tergerak untuk membelek handphone lama LG yang digunakan oleh Ustaz Rosdi di saat-saat akhir sebelum pembedahan pada 17 Disember 2007.
Beberapa sms terakhir (yang sudah berusia lebih 1 setengah tahun) membuatkan mata hati terpaku: Continue reading