
Hari ini hari kedua seminar. Baru rasa macam lapang dada sedikit kerana sebentar lagi seminar akan berakhir. Lagipun slot pembentangan kertas kerja saya telah pun berakhir pagi tadi.
Syukur…
Semalam ucap utama yang disampaikan oleh Datuk Mufti Pulau Pinang iaitu Sahibussahamahah Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad dan juga pembentangan oleh Pengarah, Bahagian Penyelidikan, JAKIM sangat menarik tetapi sayang sekali kerana saya tidak dapat menghayati ucapan yang disampaikan kerana sambil mendengar saya perlu menguruskan para pembentang dan entah apa-apa tugas yang lain. Maklumlah, seminar baru sahaja bermula. Banyak perkara perlu diuruskan.
Petang kelmarin, saya tersenyum lebar bila ternampak wakil JAKIM, iaitu Ustaz Zarifi kerana dia datang jauh-jauh dari Putrajaya membawa selambak prosiding dalam kereta. Itulah yang saya tuggu-tunggukan. Cemas juga kerana bimbang kalau prosiding tak sampai memandangkan seminar sudah hampir bermula. Lebih menggembirakan kerana beberapa lagi kakitangan JAKIM turut hadir sebagai AJK bagi membantu tugas-tugas kami yang nampaknya dah tak menang tangan kami menguruskannya.

Saya membelek-belek prosiding yang berwarna hijau muda (hijau pucuk pisang) yang menjadi warna tema seminar. Alhamdulillah, reaksi spontan ialah senyum…. tengok prosiding kemas dan cantik. Terima kasih kepada Dr Suhaila yang telah banyak membantu saya memastikan ‘kekemasan’ prosiding. Begitu juga untuk En Meor yang telah design cover yang cantik.
Belek-belek lagi… Dahi saya mula berkerut. Saya terus selak halaman demi halaman. Ahh… kenapa macam ni? Saya mula cuak. Continue reading
