Iddah

Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.

Melangkah pergi yang tiada kembalinya...
Melangkah pergi yang tiada kembalinya…

Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, ‘iddah).

Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

“Nak kawin? Umur adik ni berapa tahun?”

Hah! hah! Ramai yang nak kawin, tapi tak menyangka mereka perlu tengok balik surat beranak dan congak umur mereka berapa tahun sekarang!


Nak kawin pun susah….. dah terlebih umur ni, tak de sape nak….

Tahukah anda bahawa jika anda tidak cukup umur, anda tidak boleh berkahwin?

Sebenarnya, kalau dilihat secara kasar dalam pandangan lama tentang umur minimum untuk kawin, tidak had umur minimum untuk tujuan tersebut. Tetapi Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Yes!!!!

Alhamdulillah….

Setelah berpening kepala dengan entah apa-apa makhluk pickcell ni, akhirnya saya berjaya jugak setup portal e-learning ke tahap yang boleh diguna pakai!!!  :)

 So, my dearest student yang ambil HIS 224: Institusi Kekeluargaan Islam, sila klik logo entering Ijazah Pertama di sebelah kanan blog ni dan anda akan dibawa ke my e-learning portal.

Kemudian, anda boleh masukkan nombor matrik dalam ruangan username dan juga password.

Jangan lupa TUKAR PASSWORD sebelum maklumat logon anda dihijack oleh makhluk halus.

Kemudian klik pada subjek kesayangan anda, and………. buat apa yang anda suka!

Nak tengok markah exam minggu lepas?  boleh….. (berapalah agaknya….?)

Nak test-drive kebijaksanaan anda dalam bidang ni, hmmmm…. of course boleh. Just klik pada Kuiz 1. Anda diberikan masa 1 minit untuk menyelesaikan kuiz tersebut!!!! (zalimnya ustazah ni!! :( ) Wops! jangan kata saya zalim, sebab markah kuiz tersebut langsung tak diambil kira. (hmmm… ustazah memang baik!!!!??)  Ops! Lepas jawab semua soalan jangan lupa klik button: ‘submit all’ yang terletak di sebelah bawah-kanan. Banyak lagi kuiz yang akan saya masukkan pada masa akan datang.

Errr, nak chatting dengan member-member yang senasib dengan anda? boleh….. just klik pada Sembang Munakahat. Anda boleh mengutuk ke’killer’an soalan saya di situ (berani????)

Nak bermassage message dengan kawan-kawan satu kuliah pun boleh.

Macam-macam boleh! :)

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk melakukan anjakan paradigma? Mudah sahaja. Rajin-rajinlah berkuih kuiz!

:)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare