Memahami Isu Harta Sepencarian – Intro

Sudah lama tidak menulis secara kritis. Asyik menulis secara ‘popular’ hingga rentak blog ini berubah irama. Berikut ialah sedikit intro mengenai isu harta sepencarian yang sudah di peringkat akhir kajian melalui Geran FRGS. Intro ini ada saya masukkan dalam kertas kerja yang akan dibentangkan tidak lama lagi dalam Seminar Pengurusan Harta di UKM. (Namun dalam tulisan berikut, nota rujukan telah saya buang)

Jika anda juga membuat kajian berkaitan harta sepencarian dan memerlukan maklumat, boleh lihat blog info harta sepencarian yang dibangunkan di http://www.drhasanah.com/hs . Namun, blog ini saya letak password atas sebab-sebab tertentu. Jika anda mahukan password tersebut, sila emel saya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddah kematian suami?

sepi sendiri

Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan ‘pembela wanita’ yang beriya-iya mahu ‘membebaskan’ golongan wanita dari cengkaman ‘kezaliman’.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam itu zalim, Islam tidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk ‘menghiburkan hati’ yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll… Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Bila kita hidup bahagia, kita sangka akan hidup lama

Bila kita hidup bahagia,
Kita sangka akan hidup lama…

Itulah hakikatnya. Dahulu saya pun fikir begitu. Walaupun tahu ajal akan tiba pada saat perjanjiannya, tetapi, setiap hari ada sahaja angan-angan yang dicipta, kerana menyangka bahawa kita akan hidup lama…

Malam tadi jam 12.30 tengah malam, ketika saya sedang memandu pulang dari Kampus Kejuruteraan (di Transkrian) ke Kampus Induk USM kerana membawa pelajar untuk majlis tilawah, tiba-tiba saya menerima sms dari jiran di Taman Bertam Permai (TBP). Suspen! Itulah reaksi spontan saya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)

Gembiranya seorang ayah saat memangku putera puteri yang dikasihi. Tetapi, andainya ketentuan ajal tiba mendahului segalanya...

Gembiranya seorang ayah saat memangku putera puteri yang dikasihi. Tetapi, andainya ketentuan ajal tiba mendahului segalanya...

Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))

Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu’tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Monolog

Pertama kali dalam blog ini saya bermonolog meluahkan kesedihan yang tidak tertanggung rasanya. Cukuplah untuk dua hari monolog itu disiarkan dalam blog ini… sehari sempena hari bapa dan sehari lagi sempena ulangtahun kelahiran Ustaz Rosdi yang ke-37. Semoga Allah s.w.t. memberikan keampunan dan rahmat buatnya.

Saya rasa sangat perlu untuk unpublished monolog dua hari lepas kerana setiap kali saya membacanya, badai kesedihan akan menghempas kembali…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Tempoh Iddah – Bahagian 2

Tempohari kita dah sentuh tentang tempoh iddah jenis pertama, iaitu 3 kali suci.

Jenis kedua pula ialah 3 bulan

Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci)

Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya. Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari! Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Iddah

Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.

Melangkah pergi yang tiada kembalinya...
Melangkah pergi yang tiada kembalinya…

Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, ‘iddah).

Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare