
Minggu lalu, seorang wanita tidak dikenali menghubungi saya. No. hp saya diperolehi dari maklumat yang saya gunakan untuk membuat tempahan tiket AirAsia secara online. Memang baru-baru ini saya sering membuat tempahan online sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk pembantu rumah yang pulang ke Indonesia.
Wanita tersebut menawarkan insuran kemalangan yang menggiurkan. Maklumlah, dengan premium yang rendah, perlindungan yang diberikan menjangkau setengah juta ringgit (RM500,000) bagi setiap ahli keluarga saya yang seramai 7 orang! Saya terfikir, kalau berlaku musibah besar ke atas saya atau suami atau anak seperti kecacatan, lumpuh atau…. err…. inna lillah wa inna ilayhi rajiun…, setengah juta akan masuk ke dalam akaun dan boleh digunakan untuk perubatan, alat bantu hayat, menyara anak-anak yang masih kecil dsb. Kalau 3-4 orang sekali kena? Fuh! Tak mahu ke? Bukan mahu mendoakan musibat tersebut, tetapi kena beringat, jangan nanti bila dah terhantuk baru nak terngadah. Continue reading
