Syawal pula best sebab hihiiii….

Raya 2008 - gambar diblurkan atas sebab keselamatan :)
“Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin…”
Tak kiralah ikhlas ataupun tidak, tetapi itulah yang ‘perlu’ didengar dan ‘perlu’ juga dilafazkan sejak seminggu yang lalu.

Erm, sebenarnya bukan nak membebel pasal keikhlasan kita memohon maaf dari orang yang kita memang ada salah atau pun memang ada sangat banyak salah kerana lazimnya, tak susah untuk memohon maaf dari orang yang kita ada buat salah, tapi yang susah ialah nak mohon maaf dari orang yang tak habis-habis buat salah kat kita, tak gitu…???
Ala kulli hal, jangan putus asa memohon maaf. Sedangkan nabi ampunkan ummat, sedangkan Allah ampunkan hamba-Nya, janganlah pula kita sombong hingga tak mahu ampunkan saudara-mara dan sahabat kita. Susah senang kita, mereka juga yang kita cari, kan?

Ops! Hari ni nak cerita sikit. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)

Gembiranya seorang ayah saat memangku putera puteri yang dikasihi. Tetapi, andainya ketentuan ajal tiba mendahului segalanya...

Gembiranya seorang ayah saat memangku putera puteri yang dikasihi. Tetapi, andainya ketentuan ajal tiba mendahului segalanya...

Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))

Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu’tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare