![]()
Fuh! Macam-macam jadi. Ada juga yang menjadi-jadi. Tak kurang pula yang tak menjadi! Alhamdulillah, takde pula yang ‘apa pun tak jadi’. Sekurang-kurangnya jadilah juga walau pun tak berapa menjadi.
3-4 hari ni… Alhamdulillah projek khidmat masyarakat saya menjadi walaupun belum betul-betul jadi. Lihat http://www.skbg.edu.my yang terhasil selepas saya dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir dan juga PIBG untuk membangunkan laman web sekolah. Inilah laman web sekolah yang pertama yang pernah saya buat. Terasa seronok bila dapat berkhidmat untuk sekolah di mana anak saya belajar walaupun saya bukan AJK PIBG. (Saya hadir mesyuarat PIBG hari tu, tapi buat senyap je… takut orang lantik jadi AJK! hihiii….). Continue reading