Abdomenal Pain Traumatic Syndrome

Tangan power rangers

Hah? Apa tu?

Jangan terkejut. Itu satu istilah yang saya cipta sendiri. Baru sahaja dicipta. Spontan je! Entah betul, entah tidak. Suka-suka hati je. Jangan tanya medical doctor ye, buat malu saya… :( . Sebenarnya saya cuba nak jelaskan bahawa itulah negative impact yang muncul secara non-verbal bila ada orang yang disayang meninggal dunia kerana penyakit berkaitan abdomen.

Dulu sebelum ustaz Rosdi meninggal dunia, ‘kadang-kadang’ dia mengadu sakit perut. Ada kalanya sampai ke klinik. Dapatlah ubat entah apa-apa. Ubat angin, ubat tahan sakit… Vitamin pun pernah diberi! Dapatlah juga mc sehari dua.

Tak siapa sangka rupanya ada sel kanser yang sedang bermaharajalela. Lama lepas tu barulah tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi, masa tu dah terlambat.

Gastro Intestinal Stromal Tumor atau ringkasnya GIST! Sejenis kanser yang jarang-jarang berlaku. Saya explore internet. Malignant cancer! Banyak kes yang berakhir dengan potong organ dalaman (usus dll) atau lebih tragis, kematian. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Tips mengawal anak-anak dari pejabat


“Emak,” rengek Husna.
“Kenapa?” Saya memandang wajah comel anak kedua yang akan menyambut hari jadi ke-8 esok.
“Emak tak payah kerjalah hari ini,” pintanya. Dahi saya berkerut.
“Kerja banyak kat USM. Lagipun hari Sabtu lepas mak dah bawa ke Zoo Taiping. Hari Ahad balik kampung. Ziarah kubur ayah lagi.” Saya cuba memujuk. Cuti sekolah, pasti membosankan bagi anak-anak jika duduk di rumah sahaja. Namun, tak mungkin saya pun turut bercuti sepanjang dua minggu cuti sekolah. Tugas di USM banyak. Sementelahan saya telah bercuti terlalu lama selepas melahirkan Hajar.
“Husna nak main teka-teka perkataan macam tadi,” Husna menjelaskan. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare