Memahami Isu Harta Sepencarian – Kaedah Pembahagian

Sambung lagi perbincangan tentang harta sepencarian. Ini ialah bahagian ketiga selepas  dua entri sebelum ini yang membahaskan isu harta sepencarian.

Secara umumnya adalah sukar untuk menentukan kaedah pembahagian harta sepencarian kerana tiada ketetapan khusus mengenai pembahagian ini samada ½, 1/3 atau seumpamanya.

 Dalam sistem adat terdapat pendekatan tertentu yang dapat mentautkan kembali hubungan kekeluargaan sesama pasangan iaitu dengan menyelesaikan sesuatu pertikaian itu melalui kemuafakatan atau perdamaian. Pendekatan demikian berbeza dengan kaedah penyelesaian masa kini yang merujuk kepada sumbangan yang diberi oleh pihak-pihak bertikai merupakan asas penting yang mempengaruhi keputusan mahkamah. Dalam konteks pembahagian terdapat beberapa cara digunakan, iaitu: Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Memahami Isu Harta Sepencarian – Peruntukan Undang-undang Berkaitan Harta Sepencarian di Malaysia

Sambung diskusi tentang harta sepencarian. Tempohari saya telah bawa isu pendefinisian harta sepencarian. Kali ini kita akan melihat pula topik harta sepencarian dari sudut peruntukan undang-undang. Berikut ialah sebahagian daripada kandungan kertas kerja saya dan rakan penyelidik yang telah dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Harta Islam di UKM minggu lepas.

Pada masa sekarang, setiap negeri telah ada peruntukan khas bahawa seorang wanita atau lelaki yang telah bercerai boleh memfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapat satu perintah tentang pembahagian harta sepencarian. Mengikut peruntukan di dalam Undang-Undang Keluarga Islam 1984, Seksyen 54 tentang Kuasa Mahkamah dalam membuat pembahagian harta sepencarian. Seksyen itu berbunyi seperti berikut: Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Memahami Isu Harta Sepencarian – Intro

Sudah lama tidak menulis secara kritis. Asyik menulis secara ‘popular’ hingga rentak blog ini berubah irama. Berikut ialah sedikit intro mengenai isu harta sepencarian yang sudah di peringkat akhir kajian melalui Geran FRGS. Intro ini ada saya masukkan dalam kertas kerja yang akan dibentangkan tidak lama lagi dalam Seminar Pengurusan Harta di UKM. (Namun dalam tulisan berikut, nota rujukan telah saya buang)

Jika anda juga membuat kajian berkaitan harta sepencarian dan memerlukan maklumat, boleh lihat blog info harta sepencarian yang dibangunkan di http://www.drhasanah.com/hs . Namun, blog ini saya letak password atas sebab-sebab tertentu. Jika anda mahukan password tersebut, sila emel saya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare