
“Emak mesti buat ketupat!” Macam satu perintah sahaja bunyi permintaan Ziyad.
“Haah, mak buat lah, nak gantung kat luar tu,” Husna menyokong.
“Cepatlah mak,” rayu Ziyad. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi.
Saya memang tak de mood nak sambut raya kali ini. Tapi melihatkan riak wajah anak-anak yang tidak sabar-sabar menanti hari lebaran, saya buang perasaan sayu jauh-jauh. Saya perlu memastikan anak-anak tetap gembira menyambut Aidil Fitri kali ini walaupun suasananya nyata sekali jauh berbeza.
Saya pergi ke beberapa kedai berhampiran USM. Riben yang dicari tidak ditemui. Yang ada hanyalah riben kain. Hmm… saya masih terlalu baru dengan kehidupan di pulau ini, masih terpinga-pinga mencari kedai yang di dalamnya ada seribu macam barang… macam kedai alatan menjahit di Banting. Continue reading