Posted on: Monday, Dec 6, 2010


Artikel berikut dipetik dari: http://www.jasainternetmarketing.com/dompetdhuafa/2010/10/07/ahlan-wa-sahlan-forum-zakat-malaysia/
(Saya dijemput ke persidangan dan forum ini, tetapi, shameless to say, tak sempat nak sampaikan hasil program dalam blog ini. Walaupun program ini khusus untuk rakyat Malaysia, tetapi laporan di bawah ditulis oleh peserta Indonesia!)
Ahlan wa Sahlan Forum Zakat Malaysia
October 7, 2010 12:52 pm
arifwidodo
Belum genap satu pekan sejak berakhirnya World Zakat Forum di Yogyakarta, Indonesia, yang berakhir pada tanggal 1 Oktober 2010, di Kuala Lumpur Malaysia diselenggarakan Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan 2010 yang berlangsung pada tanggal 5 – 6 Oktober 2010. Konferensi zakat dan pajak yang diselenggarakan oleh Malaysian Association for Tax Accountan (MATA) ini mengambil tema Memartabatkan Zakat dalam Arus Perdana Negara. Persidangan zakat dan pajak ini diikuti oleh lebih dari 100 orang akuntan pajak di Malaysia, wakil-wakil organisasi zakat negara bagian Malaysia, pusat-pusat kajian zakat dan undangan khusus dari Indonesia yang mewakili Forum Zakat (FOZ), BAZNAS, dan Dompet Dhuafa. Read the rest of this entry »
Posted on: Friday, Nov 12, 2010
Kajian Kes Harta Sepencarian Dalam Jurnal Hukum 1997-2009

Posted on: Tuesday, Nov 9, 2010

Rumah di sebuah perkampungan di lereng Gunung Merapi, terbakar kerana udara dan debu yang terlalu panas! Gambar: Jakarta Globe
600 darjah celcius!
Ya! Itulah suhu udara panas yang melingkari perkampungan di persekitaran puncak Gunung Merapi. Demikianlah yang dilaporkan dalam akhbar Jakarta Globe yang saya beli di Lapangan Terbang Sokaerno Hatta, Jakarta pada subuh 7 November 2010 yang lepas. Selepas lima hari melawati Bandung dan Jakarta dengan doa yang terpahat supaya ditunjukkan dengan hikmah dan kebesaran Allah s.w.t., saya sujud syukur kerana pulang dengan selamat selain memperoleh beberapa ibrah yang telah Allah berikan. Read the rest of this entry »
Posted on: Wednesday, Oct 20, 2010
Dulu, saya pernah menjadi moderator forum iLuvIslam. Tapi sekejap sahaja. Saya ‘meletakkan jawatan’ bila menerima jawatan Penolong Penggawa di Desasiswa Tekun, USM. Pening juga jadi moderator forum, maklumlah, laman iluvislam sangat aktif dan soalan/perbincangannya kadangkala membelitkan urat kepala.
Apabila saya tidak menjadi moderator, sesekali saya jenguk juga laman itu. Bukan untuk mengawal forum, tetapi untuk menghantar artikel yang terasa tergerak di hati untuk dikongsi di sana. Audien iluvislam memang sangat ramai. Kadangkala saya bingung melihat artikel di blog saya ini mencatat statistik yang jauh lebih rendah berbanding artikel sama yang dimuatkan di iluvislam.
Artikel ‘Saya dah tak sanggup hidup’ sebagai contoh dibaca sebanyak 9000 kali, artikel ‘Sekufu‘ dan ‘Valentine‘ dibaca sebanyak 6000 kali, manakala artikel terkini iaitu bertajuk ‘Ada apa dengan Islam’ [tajuk asal: Apa ada pada Islam] telah di share & like dalam facebook sebanyak 2500 kali walaupun ia baru dipaparkan selama 3 hari! Read the rest of this entry »
Posted on: Monday, Oct 18, 2010

Minggu lalu, seorang wanita tidak dikenali menghubungi saya. No. hp saya diperolehi dari maklumat yang saya gunakan untuk membuat tempahan tiket AirAsia secara online. Memang baru-baru ini saya sering membuat tempahan online sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk pembantu rumah yang pulang ke Indonesia.
Wanita tersebut menawarkan insuran kemalangan yang menggiurkan. Maklumlah, dengan premium yang rendah, perlindungan yang diberikan menjangkau setengah juta ringgit (RM500,000) bagi setiap ahli keluarga saya yang seramai 7 orang! Saya terfikir, kalau berlaku musibah besar ke atas saya atau suami atau anak seperti kecacatan, lumpuh atau…. err…. inna lillah wa inna ilayhi rajiun…, setengah juta akan masuk ke dalam akaun dan boleh digunakan untuk perubatan, alat bantu hayat, menyara anak-anak yang masih kecil dsb. Kalau 3-4 orang sekali kena? Fuh! Tak mahu ke? Bukan mahu mendoakan musibat tersebut, tetapi kena beringat, jangan nanti bila dah terhantuk baru nak terngadah. Read the rest of this entry »
Posted on: Wednesday, Oct 13, 2010

“Wah! Hebat. Berapa gaji sekarang?” tanya saya.
“Bolehlah cukup-cukup makan,” x menjawab tersipu-sipu.
“Kenal tak sesiapa yang tak cukup makan?” Saya bertanya lagi.
“Erk… mmm… kenapa ustazah?” Respon terkejut x kepada soalan saya.
“Ye lah, kalau dah mewah begini, mesti banyak dah gaji tu. Tahu tak yang 2.5% gaji tu bukan awak punya?” Saya cuba memerangkap.
“Hisy, apa ni? Ustazah ingat saya curi duit orang ke? Ini semua hasil titik peluh saya,” bidas x.
Bagus! Ini baru mukadimah. Puji-puji sikit biar dia terasa dekat dan tersenyum, kemudian hmm…. barulah masuk gear 2! Read the rest of this entry »
Posted on: Sunday, Sep 26, 2010

Abang di hospital sebelum pembedahan. Tiada kusangka bahawa detik sakaratul maut terlalu dekat menghampiri.
Artikel berikut ialah sambungan penulisan al-marhum yang dikasihi Ustaz Rosdi Yusof bagi artikel bertajuk: Muhasabah Diri Sebelum Ajal. Sambungan artikel ini saya temui dalam salah satu folder yang ada di komputer kami.
Kadang-kadang kita mudah terpedaya dengan kemewahan dan tarikan duniawi sehinggakan kita terlupa tentang persinggahan yang seterusnya iaitu alam akhirat yang semestinya pasti. Kata-kata Abu Darda’ mungkin boleh menginsafkan kita tentang matlamat kita sebenarnya. Abu Darda’ r.a. berkata:
“Ada tiga hal yang membuat aku tertawa dan tiga hal yang membuat aku menangis. Read the rest of this entry »
Posted on: Wednesday, Sep 22, 2010
Kes Sosilawati dibunuh makin meleret-leret. Dari kes jenayah hinggalah disuntik bau politik. Suspek pula, Datuk K Pathmanabhan Nalliannen bukan calang-calang, seorang yang pakar dalam hal bagaimana mahu mengelakkan diri dari disabitkan kesalahan. Pastinya, sangat sukar untuk mensabitkan bahawa Pathmanabhan ialah pembunuhnya. Kalau sekadar dapat membuktikan bahawa Sosilawati benar-benar kena bunuh, kena bakar, kena buang… itu tidak cukup bagi Yang Arif hakim mensabitkan kesalahan. Maka tidak hairanlah nanti kiranya Pathmanabhan dapat dibebaskan kerana kegagalan pendakwaan dan pensabitan.
Lokasi kejadian di Tanjong Sepat… Rata-rata rakyat Banting terutamanya saya hihii… tahu apa ada di Tanjong Sepat. Dua ‘keistimewaan’ Tanjong Sepat yang tiada di pesisir pantai lain di sepanjang Selangor agaknya, iaitu: Read the rest of this entry »
Posted on: Saturday, Sep 11, 2010
Artikel ini merupakan karangan al-marhum Ustaz Rosdi Yusof yang telah kembali ke rahmatullah sehari sebelum Hari Raya Korban 1428H (2007M). Hari Raya Korban pada tahun itu merupakan ibadat korban terakhir yang al-marhum sempat lakukan. Artikel ini pernah diterbitkan dalam satu penerbitan dalaman di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute, Kulim, Kedah.
Al-fatihah buat yang dikasihi Ustaz Rosdi Yusof.
Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.
Ibadah korban dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmatnya, dipanjangkan umur kesejahteraan akal fikiran dan agama sebagai ikutan kepada peristiwa Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih anaknya Ismail yang diadaptasikan semula oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam syariatnya. Read the rest of this entry »
Posted on: Tuesday, Sep 7, 2010

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Tak tertazkirah pula nampaknya sebab balik kampung awal sangat & tiada internet pula. Entri ini pun, tulis kalut-kalut sebab nak ambil barang di USM.
Semoga berbahagia di Aidil Fitri ini. Maafkanlah orang lain sebelum orang itu memohon maaf daripada anda.
Usah terlalu berseronok kerana Aidil Fitri kali ini, pada 11 September (911), sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat telah lama menyusun rancangan untuk MEMBAKAR AL-QURAN bagi mengenang peristiwa 911! Carilah di search engine dengan key word ‘international burn a quran day’, banyak info tersedia untuk anda baca dengan hati. Aduh, di luar sana Islam diancam. Di TV3 kita pun Islam diperleceh dan dimasukkan jarum Kristianisasi (merujuk kepada iklan raya TV3 yang ala2 santa claus dan masjid yang menaranya seperti ada salib serta banyak lagi dakyah halus di sebaliknya).
Posted on: Wednesday, Aug 25, 2010

Ramadhan…
Bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan daripada api neraka…
Ramadhan 1431H di Malaysia hangat dengan isu haram. Macam-macam yang haram sibuk diperkatakan di sana-sini. Daripada bufet haram, penjualan mercun secara haram hinggalah pembuangan bayi yang pastinya haram juga hukumnya di sisi Islam.
Pegawai JAKIM nampaknya tak boleh duduk senang sepanjang Ramadhan ini. Mungkin sudah rahmat di bulan Ramadhan, umat Islam menjadi begitu sensitif tentang haram atau tak haram makanan yang mahu disumbat penuh-penuh ke dalam perut semasa berbuka. Read the rest of this entry »
Posted on: Thursday, Aug 12, 2010

Alhamdulillah, masih sempat lagi jiwa ini berenak-enak dalam damai bayu Ramadhan 1431H. Selepas 11 purnama meninggalkan Ramadhan yang lalu, tidak pasti, apakah tarbiyah Ramadhan 1430H berbekas pada akhlak dan budi. Sungguh kerdil manusia di sisi Allah s.w.t. Cakap berdegar-degar, tetapi aplikasinya tidak seberapa. Read the rest of this entry »
Komen baru