…antara keperluan, kemahuan & kemampuan

Tulis… padam… tulis… padam…
Entah kenapa begitu sukar mencari kata pemula.
Hari ini, Ramadhan bermula… bulan yang sentiasa dirindu oleh saya dan arwah suami. Semalam seharian saya mengemas rumah. Begitulah selalunya, Ramadhan kami sambut seperti ingin menyambut Aidil Fitri. Namun, kali ini saya tak mampu mengemas rumah sebaiknya kerana batasan kudrat yang sendirian menggalas semuanya. Ramadhan kali ini terlalu berbeza buat saya. Read the rest of this entry »
Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini. Soalan yang ditanya sangat mengejutkan. Dia ingin meminta penjelasan tentang cara mengira iddah. Saya cuba meminta kepastian kerana tidak ada sebab untuk seseorang bertanya tentang iddah melainkan jika dia berada dalam keadaan yang menyedihkan itu. Benar! Dia baru bercerai. Hakim memerintahkan dia beriddah selama 3 kali suci. Rakan ini meminta kepastian daripada Yang Arif tentang maksud 3 kali suci itu. Malang sekali, tiada penjelasan yang dapat diberikan.
Saya menyelongkar semula fail-fail dalam komputer saya. Alhamdulillah fail tentang iddah masih ada. Mengenangkan ramai di luar sana yang masih tidak jelas bagaimana hendak mengira iddah, jadi saya cuba make up sikit sebanyak slide power point tentang iddah untuk tatapan semua. Harap dapat dimanfaatkan.
[Jika slide tidak keluar,pastikan anda 'allow pop-up'. Untuk paparan yang lebih menarik, selepas keluar slide, sila klik 'Slide Show' yang terletak di sebelah kanan-bawah]

Gembiranya seorang ayah saat memangku putera puteri yang dikasihi. Tetapi, andainya ketentuan ajal tiba mendahului segalanya...
Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))
Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu’tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian. Read the rest of this entry »

Phew!
Letih jugak tukar hosting ni. Entah apa-apa isu teknikal yang timbul dari server, dns, domain, registrar, mysql data, page 404 dan macam-macam lagi.
Sebelum ni guna Internet-Webhosting.com milik Shamsul Kamal. Bukan tak ok. OK juga dan sangat sesuai untuk orang yang nak berjinak dengan website. Sesiapa yang nak mulakan small online business pun boleh cuba. Maklumlah, hosting cuma RM80 je setahun untuk 3GB diskspace dan ada 15 addon domain. Tapi saya pakai takat 400mb je.
Sebelum tu lagi… guna Sempoihosting.com milik Suhaimy… pun ok jugak, sangat sesuai untuk sesiapa yang nak memiliki website/blog pertama. Saya hanya bayar kalau tak silap RM18 je setahun, hihiiiii….. Read the rest of this entry »

Banyak sangat benda yang berlaku kebelakangan ni. Student lama dan baru dah masuk semula ke desa untuk sesi 2008/2009. Kuliah pula bermula hari ni. Macam biasa, kena ajar subjek paling panas: MUNAKAHAT a.k.a. Institusi Kekeluargaan Islam….. selain beberapa subjek lain termasuk subjek master.
Malam tadi buat rondaan kat desa-desa dalam USM. Pukul 2 pagi baru habis. Hening, sunyi, tenang, sedih, marah, benci, risau… macam-macam perasaan timbul tengok USM after dark. Pagi ni pening lalat… ngantuk maaa…..
Dalam masa yang sama servis hosting untuk blog ni dah nak expired, nak kena renew balik. Cadang-cadang nak pindah server, so, banyak pula isu teknikal yang akan timbul. Untuk beberapa hari mungkin tak dapat update apa-apa sebab nak kena selesaikan perkara ni dulu. Ada banyak domain sharing dalam hosting ni, so , banyak kerja la nak buat. Sabar ye, nantilah bila dah selesai isu teknikal kita gegarkan Malaysia!!! hihii…
sebenarnya…
banyak sangat benda nak ditulis kat dalam ni…. terlalu banyak, tapi biarlah ia menjadi mIstEri……
Kadang-kadang memang nak marah kat hosting provider. Masa tengah edit post lepas tentang Seminar Terkini di USM, tiba-tiba je hilang habis post tu. Iey… geramnya!
Dipendekkan cerita, kalau nak lihat maklumat lanjut tentang seminar tu, sila klik: http://www.usm.my/semlis2008

Enam purnama telah berlalu. Rasa seperti tidak percaya semuanya telah berlaku ke atas saya dan 5 zuriat kesayangan. Namun, ketentuan tuhan pasti akan terlaksana sebagaimana yang telah dirancang. Biar pun begitu perit rasanya dugaan, tetapi setiap yang dirangka oleh Yang Maha Esa pasti mempunyai HIKMAH yang sangat besar, tak mampu ditelah oleh akal cetek seorang insan…
Enam purnama telah berlalu. Sudah terlalu lama hidup dalam kesedihan. Mungkin sudah sampai masanya untuk saya tidak lagi berpaling ke belakang. Kehidupan mesti diteruskan. Kalau terus ditangisi yang telah pergi, tak mungkin saya sekeluarga dapat meredah dugaan yang setiap hari datang pergi tiada kesudahan.
Pertama kali dalam blog ini saya bermonolog meluahkan kesedihan yang tidak tertanggung rasanya. Cukuplah untuk dua hari monolog itu disiarkan dalam blog ini… sehari sempena hari bapa dan sehari lagi sempena ulangtahun kelahiran Ustaz Rosdi yang ke-37. Semoga Allah s.w.t. memberikan keampunan dan rahmat buatnya.
Saya rasa sangat perlu untuk unpublished monolog dua hari lepas kerana setiap kali saya membacanya, badai kesedihan akan menghempas kembali…

This day will change the world!!!
Pagi-pagi lagi saya ke Desasiswa Tekun, USM (senang sebut: Desa Tekun). Lapor diri sebagai Penolong Penggawa! Suspen, teruja, berdebar-debar, resah, gembira semuanya ada. Maklumlah, tugas baru ni sangat berat. Menuntut banyak pengorbanan dan kesabaran. Semoga Allah s.w.t. mudahkan segala urusan dan memberkati setiap yang saya usahakan. Amiin…
* Penolong penggawa? Apa tu?
–> Macam penolong warden la. Tapi anak ramai. Seribu lebih! Jenuh kepung…

“Emak,” rengek Husna.
“Kenapa?” Saya memandang wajah comel anak kedua yang akan menyambut hari jadi ke-8 esok.
“Emak tak payah kerjalah hari ini,” pintanya. Dahi saya berkerut.
“Kerja banyak kat USM. Lagipun hari Sabtu lepas mak dah bawa ke Zoo Taiping. Hari Ahad balik kampung. Ziarah kubur ayah lagi.” Saya cuba memujuk. Cuti sekolah, pasti membosankan bagi anak-anak jika duduk di rumah sahaja. Namun, tak mungkin saya pun turut bercuti sepanjang dua minggu cuti sekolah. Tugas di USM banyak. Sementelahan saya telah bercuti terlalu lama selepas melahirkan Hajar.
“Husna nak main teka-teka perkataan macam tadi,” Husna menjelaskan. Read the rest of this entry »

Air mata tak dapat ditahan lagi.
Merintih dia kepada lelaki itu mengharapkan dia tidak ditinggalkan seorang diri. Dia bimbang yang amat sangat. Melihatkan pasir dan batu di sekelilingnya, bagaimana mungkin dia dapat hidup di tempat yang kering kontang dan begitu asing seperti itu.
“Adakah ini perintah tuhan-Mu?” Tanya Hajar.
“Ya”. Pendek dan lesu jawapan Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim berkata kepada Hajar, “bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguhnya kalau bukan perintah dan wahyu-Nya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat kucintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah.” Read the rest of this entry »
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita. Jika anda rasa dengan melayari blog ini sekadar membuang masa anda, please, juz leave me alone....