Protokol Yahudi

Posted on: Friday, Dec 15, 2006

Kadang-kadang kita terlupa untuk memikirkan… kenapa begitu banyak perpecahan dan permusuhan yang berlaku dalam sejarah dunia.

Menurut Dato’ Seri Harussani, kaum Yahudi mempunyai satu protokol yang menyebut:

‘Kita mesti menguasai dunia’.

Bagaimanakah caranya Yahudi menguasai dunia?

Bangsa Yahudi bukan sahaja berusaha menghancurkan Islam untuk menguasai dunia. Malah, Kristian telah lama menerima nasib yang buruk angkara mereka. Contohnya, peristiwa Rainassence (salah eja ke?) berlaku angkara Yahudi hingga menyebabkan Kristian berpecah belah.

Antara cara biasa yang digunakan untuk merealisasikan cita-cita jahat mereka ialah dengan memberikan HIBURAN terhebat untuk musuh mereka hinggalah musuh mereka lalai dan meninggalkan agama.

Kelalaian seluruh bangsa manusia akhirnya mula memberi peluang untuk Yahudi menguasai ekonomi dunia.

Banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh umat Islam.

Bersambung dalam post yang akan datang.

 

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Cabaran Islam Liberal (fahaman humanitic)

Posted on: Thursday, Dec 14, 2006

Satu fahaman yang mula menular dengan hebat bagi menghancur Islam ialah gerakan Islam Liberal.

Dakyah yang dibawa antaranya ialah bahawa semua kitab suci boleh ditafsir ikut fahaman sendiri, iaitu fahaman yang berasaskan humanitic.

Maksudnya, sesiapa sahaja boleh mentafsirkan nas dalam mana-mana kitab suci ikut suka hati sendiri. Perkara ini telah lama menular dalam kitab-kitab suci yang lain seperti Taurat dan Injil (bible).

Kini, musuh Islam sedang cuba membawa fahaman yang sama ke atas Islam. Manalah tahu, kalau-kalau esok-esok umat ini juga akan terpecah belah dan saling memusuhi sebagaimana pendokong fahaman Kristian terpecah dan bermusuh bermati-matian.

Banyak sejarah berdarah yang menyaksikan permusuhan antara fahaman gereja-gereja yang berbeza.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Siapa musuh manusia?

Posted on: Wednesday, Dec 13, 2006

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Datuk Seri Hj. Harussani di USM, beliau mengingatkan bahawa:

Musuh manusia ialah: jin dan manusia sendiri

               Jin –> syaitan

               Manusia –> Yahudi

Syaitan sebagai musuh manusia sepanjang zaman tidak akan berpatah balik daripada janji untuk menyesatkan manusia.

Yahudi pula yang sentiasa menjadi musuh manusia yang lain juga tidak pernah berpatah balik daripada sumpah untuk memusuhi Islam. “Yahudi memusuhi Islam, tetapi tidak bertelagah dengan Islam!”

Fahami dan fikirkan betul-betul….. Yahudi memusuhi Islam, tetapi tidak bertelagah dengan Islam!!!!

 Jadi, bagaimanakah caranya mereka memusuhi Islam?

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Sejarah kemunculan (?) Kahwin Misyar

Posted on: Monday, Dec 11, 2006

Assalamualaikum,

Maaf, lambat tambah info tentang misyar. Saya terlalu sibuk dengan tugas membangunkan beberapa laman web selain tugas-tugas rasmi di USM.

Minggu lepas saya baru je selesai menguruskan Bengkel Etika Kerja Dalam Islam 2006 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Baru je rasa nak bernafas sedikit, kuliah pula dah nak bermula minggu depan.

Hari ini saya ingin menulis tentang asal-usul perkahwinan misyar.

Menurut Muhammad To’mah al-Qudhah, perkahwinan misyar telah lama wujud. Dalam artikel mengenai misyar yang ditulisnya, beliau ada menyebut bahawa Ibnu Qudamah pernah menyebutnya dalam Kitab al-Mughni, tetapi dengan istilah yang berbeza, iaitu: kahwin malam dan kahwin siang (zawaj al-layliyyat dan al-nahariyat). Perkara ini juga pernah disebut oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang melopor mazhab Hanbali. (Ibn Qudamah, al-Mughni, jld. 9, hlm. 487).

Pada zaman moden, kes perkahwinan misyar pada awalnya dikatakan berlaku di Daerah al-Qusaym di Saudi, iaitu perkahwinan Fahd Ghanim. Perkahwinan ini telah difatwakan sebagai harus dan sah oleh Sheikh Ibn Uthaymin.

 Perkahwinan seperti ini seterusnya tersebar di Mesir, Sudan, Lubnan, Afghanistan dll.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Islam dan Cabaran Semasa

Posted on: Monday, Nov 27, 2006

Hari Jumaat, 24 November 2006 bertempat di Universiti Sains Malaysia…

Selepas solat Jumaat, para jemaah Masjid USM, warga USM dan juga orang awam bergegas ke Dewan Kuliah A di USM untuk menatap wajah yang kini lebih top berbanding Siti Nurhaliza.

Petang itu, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam (SEFSI) menganjurkan Wacanah Ilmiah dengan menjemput Sohimus Samahah Dato’ Seri Haji Harussani bin Hj. Zakaria untuk memberikan ceramah tentang Cabaran Semasa untuk Umat Islam.

Majlis yang bermula tepat jam 3 petang itu dihadiri (anggaran) lebih seribu umat Islam dan bukan Islam. Masing-masing berharap dapat mendengar dari mulut Dato’ Seri sendiri tentang isu murtad yang melibatkan Azhar Mansor baru-baru ini.

Dato’ Seri seperti biasa ialah seorang pemimpin agama yang sangat ‘kool’. Walaupun beliau bercakap dengan amat berhati-hati, namun setiap butir bicaranya sangat menarik perhatian pendengar. Kerana itu, tidak hairanlah audien yang bersesak-sesak sanggup berdiri berjam-jam untuk mendengar peringatan, nasihat dan amaran yang keluar dari mulut Dato’ Seri.

Apakah yang dibicarakannya?

Nantikan post seterusnya!

 

*********************************

 

Hari itu, dalam sejarah, saya pulang ke rumah jam 10 malam kerana Pulau Pinang dilanda jem yang sangat teruk. Kalau tidak silap, ada trailer terbalik hingga menyebabkan kenderaan langsung tidak dapat lalu. Bandar Georgetown dan perkhidmatan feri juga mengalami kesesakan yang dahsyat kerana pengguna jambatan cuba lari ke terminal feri pula. Mungkinkah masalah ni akan selesai dengan pelebaran jambatan dan juga pembinaan jambatan baru? Kalaulah ada komuter, lrt atau seumpamanya di sini…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Hasanah for sale!

Posted on: Saturday, Nov 18, 2006

Dituduh spammer beberapa kali oleh pemilik webhosting percuma menyebabkan saya nekad untuk memiliki laman sendiri. Kisah yang terjadi di awal tahun 2006 membawa saya melayari beberapa domain registrar untuk membeli domain hasanah.com. Kecewa tak terkata kerana mesej yang sering keluar ialah “hasanah.com is unavailable”.
Saya periksa dalam whois.com untuk melihat siapa yang memliki domain tersebut. Maklumat yang saya dapat ialah pendaftar domain itu (kalau tak silap) beralamat di United Kingdom.

Saya masih tidak berpuas hati. Saya pun taip hasanah.com pada browser. Bertambah kecewanya saya kerana domain yang saya ‘gilai’ dimiliki oleh syarikat komputer di Turkey yang nama syarikatnya bukanlah hasanah pun, tapi entah apa-apa. Saya tertanya-tanya, “kenapalah diorang ni tak ambil nama domain yang lebih releven dengan nama syarikat ataupun produk yang dijual? kenapalah mereka “menggunakan” nama saya untuk satu website yang tak cantik, tak updated, tak bla… bla…”.

Saya periksa sekali lagi dalam whois.com. Hmm, nampaknya, payment yang dibuat untuk domain ini akan tamat tak lama lagi. Saya tunggu. Lepas bebapa bulan, saya try lagi semak hasanah.com.

Berangin terus rasanya! Hasanah.com is for sale!!!!

Jangan ingat ini berita gembira. Domain ini dijual secara lelong. Siapa yang boleh letak harga paling tinggi, maka dia akan menang. Tahu tak berapa harga yang diletak? Sekarang minimum bid is USD688. Ini pun rasanya dah kurang sikit. Sebelum ni, kalau tak silap saya, minimum bid is USD1,000!!!

Anda berani beli?

Saya cuba pula hasanah.net. Unavailable juga. Akhirnya, saya terpaksa memilih domain name yang saya tak suka iaitu drhasanah.com.

Kenapa mesti .com??? Sebabnya ialah .com sentiasa mendapat keutamaan apabila anda taip sesuatu domain tanpa sebarang ‘dot’. Maksudnya, jika anda taip pada browser: ‘hasanah’, maka laman web yang keluar ialah hasanah.com. Jika anda taip, islam, maka, laman web yang keluar ialah islam.com. Jadi, jika anda juga hendak memilih domain, maka sentiasa utamakan .com. Namun begitu, lain-lain dot pun masih boleh ditimbangkan :)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Punggahlah rezeki di lautan dalam, tapi…

Posted on: Friday, Nov 10, 2006

Tapi jangan lupa dengan janji tuhan….

Antaranya….

Dajjal Akan Muncul Saat Kita Lupa

Dalam Al-Quran Surat Muhammad ayat 8, maksudnya:

“Maka tidaklah yang mereka menunggu-unggu kerana hari kiamat datang dengan tiba-tiba. Kerana sesungguhnya telah datang syarat-syaratnya.”Sedangkan syarat atau tanda-tanda (kecil) kiamat di antaranya tercantum dalam Hadits Riwayat Muslim dari Umar bin Khaththab Radhiallaahu anhu, yang diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibnu Abbas. Yang pertamanya “Apabila budak perempuan melahirkan tuannya……”.
Apakah fenomena di atas sudah terjadi saat ini? Sekarang ini, anak yang kurang ajar dan suka memerintah orangtua bukan hanya berlaku di Barat. Di Malaysia yang majoritinya Muslim pun terjadi. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kisah si tenggang bukanlah perkara asing lagi hari ini.

Kita perlu berhati-hati dengan perkara ini. Ingat! setiap insan yang ada di muka bumi ialah anak. Tidak mungkin kita menjadi anak tanpa ibu dan bapa. Maka, fikirkan sejenak. Apakah agaknya perkara terakhir yang telah kita lakukan kepada ibu bapa kita hari ini, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun-tahun yang lepas?

Menung, menung sejenak…..

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Selamat Datang

Posted on: Friday, Nov 10, 2006

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, setelah sekian lama menulis blog dengan menggunakan servis percuma, kini, akhirnya saya dapat menulis dalam blog peribadi sendiri. Berbayar lah tu maksudnya! Biarlah… keluar duit sedikit daripada berpening kepala dengan ragam penyedia blog percuma yang kadangkala sangat menyakitkan hati. Untuk pengetahuan pengunjung, beberapa blog saya sebelum ini telah dicop sebagai spam. Akibatnya, saya tidak diberikan akses untuk mengupdate blog saya. 

Kini, dengan adanya blog sdn. bhd., pasti saya akan lebih rajin menulis kerana tidak perlu lagi melayan kerenah penyedia blog percuma. Saya telah mengimport post dalam beberapa blog terdahulu. Insya Allah, ia akan dikemaskini lagi. 

Akhir kata (harap-harap bukanlah yang terakhir!), semoga sedikit kata-kata yang dicatatkan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam sekelian.

Salam hormat,

Hasanah

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Definisi Kahwin Misyar

Posted on: Wednesday, Aug 30, 2006

Assalamualaikum,

Saudara, sebagaimana yang pernah dijanjikan, saya akan menulis sedikit mengenai misyar dalam bulan Ogos. Maaf kerana saudara terpaksa menunggu sehingga hujung bulan kerana sepanjang bulan ini saya sangat sibuk.

Artikel asal bertajuk: Zawaj al-Misyar: Hukmuhu al-Shar’i, ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah, diterbitkan dalam www.ArabLawInfo.com

Definisi Kahwin Misyar:

Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai pemergian.

Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar, Majallah al-Mujtama’ al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31, Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah:

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.)

Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur, 10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar, Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani’, ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan:

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

Cukup dahulu, jumpa lagi di lain hari.

.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

MISYAR vs ISRAEL

Posted on: Monday, Jul 31, 2006

Apa ni?

Takkan baru dua-tiga bulan menulis blog ni dah nak melalut?
Takkan la THE TERRORIST ISRAEL boleh dihancurkan dengan misyar?
hah! hah! hah! Mengarut!

Maaf saudara kalau saya melalut!

Hari ni memang saya hampir kehilangan semangat bercakap tentang misyar.
REMEH!

Dunia di sekeliling kita hampir hancur dipermainkan oleh THE REAL TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Umat Islam di sekeliling kita hidup merana diratah peluru THE TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Remaja di sekeliling kita makin huru-hara disesatkan oleh dakyah THE TERRORIST: ISRAEL tapi kita dok pi mai pi mai cakap pasal misyar.

Apa dah jadi dengan diri kita? Kenapa kita tak boleh ambil sebarang tindakan? Kalau kita tak mampu mengangkat senjata menentang Israel yang didalangi oleh Amerika, kenapa kita masih nak tabur duit ke poket mereka? Kenapa masih terus membeli belah di hypermarket mereka? Kenapa masih terus membeli produk mereka? Kenapa? Kenapa?

Saya merayu kepada saudara saudari sekelian,
Jika anda mampu melakukan sesuatu untuk menentang kezaliman Israel, maka lakukanlah. Tuliskan rasa hati anda dan hantar ke akhbar dan majalah. Hantar juga ke meja perdana menteri dan menteri-menteri yang lain (tidak ada salahnya!). Luangkan sedikit masa, cari di internet senarai syarikat yang dimiliki oleh Israel dan Amerika.
BOYCOTT ISRAEL & AMERICAN PRODUCT!!!
Selain itu, masih ada macam-macam cara lagi untuk PROTEST Israel. Fikir-fikirkanlah.

Dalam masa yang sama, jeling-jelinglah juga Tabung Derma untuk rakyat Lubnan yang baru sahaja di lancarkan. Capai handphone dan hantarlah mesej yang patut. Darah dan air mata rakyat Lubnan menanti sumbangan kita.

Untuk makluman, saya lebih rela blog saya ini dilupakan terus asalkan saudara saudari tidak melupakan nasib umat Islam di seluruh dunia!

Walaupun pedih hati, saya tetap akan meneruskan blog ini kerana masih ramai yang ingin mencari maklumat mengenai misyar. Saya tidak akan membiarkan mereka terpedaya pula dengan maklumat dan dakyah palsu mengenai misyar yang sangat mudah dicipta dan disebarkan di internet.

Saya telah menemui satu artikel yang sarat dengan maklumat, hujjah dan dalil mengenai misyar yang ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah dalam arablawinfo.com.
Insya Allah dalam bulan Ogos atau September ini akan saya terjemahkan untuk saudara sekelian.
Nantikanlah post seterusnya tapi jangan lupa: BOYCOTT ISRAEL PRODUCT!

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Wanita-wanita dalam Wanita Hari Ini

Posted on: Friday, Jul 7, 2006

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apa khabar saudara dan saudari sekelian. Diharapkan agar kita semua dapat menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh ketenangan dan ketabahan.

Maaf, kerana sudah beberapa hari tidak dapat updatekan blog ini. Apakan daya, banyak tugas yang perlu dilakukan setiap hari, daripada mulanya mencelikkan mata hinggalah ke malam hari.

Sebenarnya, saya berasa agak lega sedikit kerana melihat polemik isu misyar ini sudah reda sedikit.

Mungkin masyarakat secara umumnya semakin memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkahwinan misyar.

Dahulu, semasa isu ini baru sahaja tercetus, banyak pihak yang tergesa-gesa memberikan pandangan mereka berdasarkan apa yang mereka dengar, tetapi bukan berdasarkan apa yang mereka sepatutnya faham.

Namun, apabila Sheikh al-Azhar mengemukakan pandangannya bahawa hukum perkahwinan misyar adalah sah, maka, mulut kita pun terkunci seketika. Ya lah, masakan kita dengan mudah boleh menolak fatwa pihak yang berautoriti .

Sheikh al-Azhar bercakap menggunakan dalil.
Kita pula bercakap menggunakan hujjah dengar-dengar.

Akibatnya, timbullah berbagai salah tanggapan sehingga menyebabkan mereka mendakwa bahawa perkahwinan misyar lebih terok daripada kahwin mutaah, lelaki kahwin misyar adalah gigolo dan sebagainya.

Isu ini bermula dengan berita dalam Utusan Malaysia. Saya terlepas daripada membaca akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan pandangan Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi mengenai isu ini di muka hadapan. (Kalau dah letak kat muka hadapan, cepat lah isu ni jadi panas.)

Pada hari Jumaat, iaitu sehari selepas penyiaran berita tersebut, seorang rakan telah memaklumkannya kepada saya. Pada masa itu, saya baru sahaja selesai membentangkan satu kertas kerja di Universiti Malaya. Kebetulan pula, di sebelah petang saya sempat menonton rancangan Wanita Hari Ini yang menjadikan kahwin misyar sebagai topik utama.

Terkejut saya melihat cara isu ini dibincangkan.

Pihak media meminta pandangan orang ramai mengenai kahwin misyar sedangkan mereka sendiri masih terkejut dengan istilah misyar ini. Apa misyar tu pun mereka tak faham betul-betul.

Ayat yang asyik di sebut-sebut oleh pengacara rancangan itu pun ialah: kahwin misyar ialah suami tidak perlu menanggung nafkah zahir. Mereka hanya perlu menanggung nafkah batin semata-mata!

Apa ni?

Hendak je saya tanya pada pengacara rancangan tersebut, apa yang awak faham tentang kahwin misyar? Betul ke pemahaman tu? Apa pula maksud nafkah? Apa itu nafkah zahir? Nafkah batin tu pula apa? Seks sahaja ke?

Kasih sayang masuk dalam kategori apa? Kerjasama menguruskan rumah dan anak-anak pula bukan satu bentuk pemberian juga ke? Susah-payah suami pergi kedai, pergi pasar, hantar-ambil anak dari sekolah, menjaga anak isteri yang sesekali demam, dsb, semuanya tu apa? Si suami juga tetap perlu pergi bekerja.
Siapa kata suami kahwin misyar tak perlu bekerja?

Di akhir rancangan tersebut, pihak Wanita Hari Ini berjaya menghubungi Prof. Dato Zuhdi. Sempatlah beliau bercakap sedikit-sedikit mengenai maksud misyar. Itupun belum habis membela diri beliau yang telah dikecam ramai pembela hak asasi wanita, percakapannya telah dipotong.

Terkilan betul melihat keadaan ini.

Di awal rancangan, pihak WHI membuka ruang pada para penonton WHI untuk telefon mereka dan meluahkan pandangan menganai misyar.
Panas kerusi jadinya!

Bila rancangan dah nak habis, barulah Prof. Dato Zuhdi dihubungi.

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh Dato, jelas sekali bahawa apa yang pengacara dan penonton WHI fahami tidak selari dengan kahwin misyar yang beliau maksudkan.

Bukan misyar sahaja tidak difahami, malah pengertian nafkah zahir batin pun ada yang terkhilaf!

Kalaulah WHI menghubungi Dato Zuhdi terlebih dahulu, alangkah baiknya. Biar pengacara WHI terlebih dahulu memahami betul-betul maksud misyar.

Jangan asyik ulang-ulang ayat: suami hanya perlu beri nafkah batin (yang mereka maksudkan sebagai ‘18sx‘) semata-mata.

Peminat WHI.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

66% lelaki Qatar kahwin misyar?!!!

Posted on: Monday, Jun 26, 2006

Arab columnist backs Misiyar marriages

Monday, June 26, 2006
Web posted at: 6/11/2006 4:41:8
Source ::: The Peninsula

Doha •

Sixty-six per cent of ‘Misiyar’ marriages in Qatar are a result of men trying to avoid trouble at home with their other wives.

This startling statistic has emerged in a newspaper column written by a Qatari national — Ahmad Mohammad Rais Al Kuwari. Writing in Al Sharq, he said: “The women at home are possessive and they will not accept another wife. This is because of jealousy and men want to avoid trouble from bringing the new bride home.”

‘Misiyar’ is a legal marriage according to Islamic law where there is no commitment. Being somewhat controversial, it naturally has its share of supporters and detractors.

Those against it say ‘Misiyar’ creates moral problems and raises social issues. Those in favour say it is after all legal as per Islamic laws so there is nothing wrong with it. In the last five years, the phenomenon has become widespread throughout the GCC states, like Qatar. People are wary of getting married due to the high expenses and social commitments involved.

Ahmad Mohammad says he himself is in favour of ‘Misiyar’ marriages. He wrote: “It does not mean taking away the rights of the woman. A woman in this kind of marriage is not ‘cheap’. For many, it is either enter into a ‘Misiyar’ marriage or remain unmarried.”

He also states: “This concept is not really new in our society. After all, in the past, our forefathers used to travel to different parts of Asia and Africa and got married. They stayed with their wives for a few months then came back.”

The writer also raises some pertinent questions. “Would an old, divorced or widowed woman ever enter into an illicit relationship? Most would prefer going in for this form of marriage.”
He goes on to add that for women 40 and above, a ‘Misiyar’ marriage is suitable. Not so for those in the 20-35 age group. Ahmad Mohammad says that this form of marriage decreases chances of illicit relations.

Qatar, he says, is plagued with the problem of having a large unmarried population. This is not a new issue but is a problem spanning over several generations. “This is a national issue but ‘Misyar’ marriages are a solution to the problem,” he concluded.

source: www.thepeninsulaqatar.com

*************

Saya tak percaya ramai sangat orang Qatar yang kawin misyar. Betul ke?

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

19 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am