Laman Sosial Perlu Disekat? Warga USM Sudah Bersedia?

Hmmph… Lamanya tak update blog. Sesekali jenguk laman sosial bernama facebook dan kalau tergerak hati, akan jenguk laman sosial bernama twitter. Kadang-kadang rasa tak seronok bila login facebook kerana tak boleh ‘appear as invisible’ sebagaimana feature yang ada pada yahoo messenger. Maka, bila login facebook, sekejap sahaja akan logout. Twitter pula jarang benar lekat lama sebab tak banyak yang ‘perlu’ dilihat.

Mmm… macamana agaknya kalau laman sosial ini semua disekat? Disekat dalam erti kata, macam pelaksanaan di sesetengah pejabat & institusi yang halang terus fb, macam err…. USIM (jangan marah ye warga USIM hihii…. ada orang dalam yang beritahu saya!). Kadangkala hairan juga saya kerana ada sahaja pelajar USIM yang add saya walaupun fb disekat. Mereka akses dari mana? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Jemputan ke Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan

Persidangan yang julung-julung kali diadakan, iaitu Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan akan diadakan pada 16-17 Julai 2010 di Universiti Sains Malaysia.

Sukacita dijemput para pencinta alam dan kesusasteraan untuk menghadiri seminar ini. Saya hanya AJK promosi yang ditugaskan untuk membuat website dan update. Warna hijau saya pilih untuk membangkitkan rasa ‘kealaman’ dan beberapa gambar yang diambil dengan Nikon D90 telah saya gunakan.

Semalam saya telah upload tentatif terkini program. Insya Allah hari ini saya akan upload kertas kerja untuk seminar ini. Namun kertas kerja tersebut hanya boleh diakses oleh peserta seminar sahaja. Maklumat lanjut? Lihat: http://alamsastera.usm.my

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Cuti semester dah nak habis menyebabkan kuliah hampir bermula

Alkisahnya, cuti semester hampir 2 bulan yang sering dicemburui oleh semua orang yang kononnya “best la jadi pensyarah, ada cuti 2 bulan” hihiii… dah nak habis. Sebenarnya, bila jadi pensyarah, no cuti-cuti nooo (ikut slang speaking orang utagha). Dua bulan saya sangat padat. Meeting tak pernah putus. Bengkel sana-sini. Kena operate pula, cuti 2 minggu, tapi dalam cuti sakit tu, kerja kena jalan juga. Penyeliaan pelajar, pemeriksaan tesis Ijazah Tinggi. Kalau tak boleh ke ofis, saya akan suruh pelajar mai rumah. Habis cuti sakit, bila masuk ofis, huhuu… lagi la kerja tak putus. Artikel… artikel… artikel… itulah rencam pensyarah di universiti APEX. Desasiswa pula, tak sunyi dari manusia. Walaupun pelajar USM takde, penginapan dari orang orang luar tak henti-henti. Seronok juga tinggal di Tekun ni sebab lokasi strategik untuk foto mania macam saya hihiii…

Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Usul Fiqh – ilmu yang dijauhi

Usul Fiqh

Hari ni hari terakhir kuliah HIS 213 iaitu Sumber dan Prinsip Perundangan Islam. Sob… sob… sedih… setiap kali berakhirnya pengajaran saya dalam sesuatu subjek pada sesuatu semester, mesti rasa sedih… uh, sentimental sungguh.

“Sebelum saya akhiri kuliah ini, suka saya nak berpesan kepada para pelajar sekelian supaya dalami dengan bersungguh-sungguh bidang yang kamu ambil sekarang ni. Ada yang bio, ada yang komunikasi, ada yang bidang seni dan macam-macam lagi. Gali dan cari pula segala ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan bidang yang kamu ambil. Kemudian kaji ayat-ayat tersebut, nanti kamu akan bertemu dengan rahsia-rahsia Allah yang tersingkap di sebalik ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut. Kalau kamu bidang bio pokok sebagai contoh, Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Demam TOT ku tidak sama dengan demam mereka

Demam di hati, manakah termometernya?
Alhamdulillah Temasya Olahraga Tahunan di USM berakhir semalam. Alhamdulillah juga kerana sepanjang TOT saya demam, migrain, batuk, selsema, sakit perut bla..bla… Maka bebaslah saya dari terlibat dengan TOT. Habis je TOT, demam pun baik, sakit perut tinggal sikit-sikit, selsema dah kurang… Alhamdulillah…. [Sungguh, saya terkejut dengan 'bantuan' yang Allah berikan, kerana 3-4 hari sebelum TOT, saya berharap yang semasa TOT saya sakit dan demam.]

“Slm, Dr Hasanah djemput hdir utk mnjdi hakim utk khemah & prbarisan TOT. Perasmian TOT akn brmula pd jm 8 mlm ini.TQ” Demikianlah sms entah dari siapa-siapa yang saya terima petang Jumaat lepas.
“Slm, maaf, sy mc, demam” Pendek jawapan saya untuk anonymous. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan

Screenshot laman sesawang Seminar Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan

My another Joomla project.

Alhamdulillah, laman sesawang (Pengarah tak guna perkataan laman web!) ini telah saya siapkan. Jenguk-jenguklah http://alamsastera.usm.my terutamanya bagi yang meminati sastera, kesusasteraan Islam, pencinta alam bla…bla…. Ops! Jangan lupa scroll down laman tu dan klik kat ‘webmaster’ :)

Sempena Maulid al-Rasul ini mungkin indah juga kalau kita mengenang betapa baginda Rasulullah s.a.w. sentiasa menjaga kelestarian untuk umat Islam. Tutur bahasa baginda pula sarat dengan nilai sastera walaupun yang mahu disampaikan ialah dakwah akidah, akhlak dan penyampaian hukum.

Hmm…. bunyinya macam boleh jadi tema Maulid Nabi tahun depan ni, hihiii

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Pertunangan – peluang untuk memilih jodoh

Moto DrHasanah.com

Assalamualaikum,
Fuh, 3 bulan beriddah dengan blog ni. Merajuk pada yang tak sayang, takdenye dia nak memujuk, hihii…
Rencam menjadi penulis, ada sahaja yang tidak ‘diperkenan’ oleh orang yang membaca sehingga timbul tohmah dan fitnah. Aduhai diri, sabarrr…. sabaaarrr….. “Inna Allah ma’a al-sabirin”
Malas hendak melayan kata-kata orang, kerana:

Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
Aku juga tidak mati dengan keji mereka.

Biarkan manusia terus berkata-kata, bila penat, diamlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Ibarat anak-anak bila ditunjukkan gambar kambing, mereka akan kata, itu kambing, padahal itu bukan kambing. Itu ‘gambar’ kambing.
Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Ingraw, PPA12, Desa, HEA dan RICH

Minggu kacau bilau.

Tadi seharian dah meeting. Esok pagi-pagi sambung lagi meeting. Nak rebuild Program Minor Pengajian Islam di USM. Dok pikir ni. Apa lah sentuhan baru yang diberikan. But for sure, I’ll propose a new subject: Zakat dan Wakaf Kontemporari. Borang HEA dah siap dah pun. Harap-harap diterima dan esok-esok dapat sambutan dari pelajar. Letih la ajar munakahat. Best tu memang best, tapi student ramai sangat (sebab terlalu best la tu gamaknya) tak larat nak melayannya… hihii… jangan marah my beloved student. Sebenarnya, dah rindu nak tumpu kat zakat. But please don’t be sad, saya and the gang: Dr. Nizam & Dr. Jasni akan tetap ajar munakahat.

Pengalaman paling seronok mengajar HIS 224 Institusi Kekeluargaan Islam (munakahat) ialah masa ngajar mak-mak dan bapak-bapak orang dari school of education. Apa lah diorang tu, dah ada anak 3-4 orang pun nak belajar munakahat lagi. Kalau yang bapak-bapak tu memang paham sangat lah… (hihii…. apa lah sebabnya depa nak menajamkan ilmu bab kawin-kawin ni ye), tapi yang mak-mak tu, apo nak dibueknyo lai? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Sabatralog – Siri 1

Welcome to Sabah

Perjalanan ke Sabah bermula sebelum orang lain mula bergerak ke destinasi itu. Saya memulakannya dengan solat istikharah dua hari sebelum hari ekspedisi. Keputusan untuk bersama-sama kira-kira 70 orang penghuni dan kakitangan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun mengunjungi negeri di bawah bayu itu bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya musafir tinggalkan anak-anak sejak Ustaz Rosdi meninggal dunia. Selama ini, ke mana sahaja saya pergi pasti anak-anak dikelek bersama. Kalau tidak, siapa yang nak uruskan mereka?
Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Musim mengambang

Tak menjadi langsung!

Fuh! Macam-macam jadi. Ada juga yang menjadi-jadi. Tak kurang pula yang tak menjadi! Alhamdulillah, takde pula yang ‘apa pun tak jadi’. Sekurang-kurangnya jadilah juga walau pun tak berapa menjadi.

3-4 hari ni… Alhamdulillah projek khidmat masyarakat saya menjadi walaupun belum betul-betul jadi. Lihat http://www.skbg.edu.my yang terhasil selepas saya dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir dan juga PIBG untuk membangunkan laman web sekolah. Inilah laman web sekolah yang pertama yang pernah saya buat. Terasa seronok bila dapat berkhidmat untuk sekolah di mana anak saya belajar walaupun saya bukan AJK PIBG. (Saya hadir mesyuarat PIBG hari tu, tapi buat senyap je… takut orang lantik jadi AJK! hihiii….). Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kursus CPD | Modul e-Learning

Universiti Sains Malaysia sentiasa berusaha untuk menjadi yang lain daripada yang lain.

Hari ni, saya dan ahli kumpulan ACES baru sahaja selesai membuat pembentangan portal e-learning untuk modul CPD. Lepas ni cuma tinggal lengkapkan modul artikel jurnal sahaja. Lega rasanya…
[dari bulan Julai hingga November tak habis-habis dengan kursus. Bukan tak bagus, tapi, mana nak mengajar lagi, nak selia pelajar MA & PhD, research, desa, bla...bla.....] Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Air

Air mata…

Itulah yang meniti di pipi mak (mak arwah suami) Sabtu lepas.
Hari ini di teritori yang sama, saya senyum sahaja. Geli hati melihat telatah anak-anak terkial-kial belajar berenang dengan instrutctor, Uncle Zainoba.

“Kena garang sikit,” pesan saya pada uncle.
Uncle Zainoba tersenyum. Dia orang lama. Masak sangat dengan kerenah kanak-kanak yang takut-takut bila kaki tidak mencecah lantai kolam renang.

Saya faham kenapa mak sedih. Ya lah, anak kesayangan dia, ayah kepada anak-anak ini dahulunya cukup hebat berenang menyusuri sungai dan lubuk. Kalau sesekali kami menginap di hotel, memang tidak sah kalau dia tidak terjun ke dalam kolam. Kalau ada family day dengan saudara-mara, tak payah lah cabar berenang dengan dia. Pasti menang sahaja. Saya pula, hihi….. tolong sengih je… Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare