Muhasabah diri sebelum ajal – renungan pagi Isnin

Rosdi Yusof (17 Jun 1971 - 19 Disember 2007) Di pusara ini, tiada putus air mata mengiringi kerinduan isteri dan anakanda berlima buat ayahanda tercinta. "Ya Allah, ampunkanlah ayah. Letakkanlah ayah di tempat yang mulia. Masukkanlah ayah ke dalam syurga. Kami ingin jumpa ayah di syurga." ...doa kudus anak-anak sentiasa bersamamu.

Rosdi Yusof (17 Jun 1971 - 19 Disember 2007) Di pusara ini, tiada putus air mata mengiringi kerinduan isteri dan anakanda berlima buat ayahanda tercinta. "Ya Allah, ampunkanlah ayah. Letakkanlah ayah di tempat yang mulia. Masukkanlah ayah ke dalam syurga. Kami ingin jumpa ayah di syurga." ...doa kudus anak-anak sentiasa bersamamu.

Hari-hari yang kita lalui dipentas dunia ini penuh dengan berbagai dugaan, macam-macam yang kita pelajari daripada kerenah, penglibatan dan penglihatan kita sehari-hari. Latihan yang kita terima amat berharga bak sebutir mutiara. Deretan untaian-untaian mutiara yang kita perolehi daripada sumber-sumber tersebut jika dijalinkan akan menjadi pedoman kepada kita dikemudian hari.
Walaupun manusia itu dibekalkan dengan pengalaman tersebut jika ianya tidak didasari dengan keimanan kepada Allah semuanya akan menjadi sia-sia bak kapas yang berterbangan ditiup angin. Keseluruhan amalan kita diatas muka bumi ini akan diperhitungkan olehNya diakhirat nanti. Segala bekalan yang akan kita bawa pastinya menjadi penyelamat kita di hari hisab nanti. Perlu kita ingat,  apakah amalan-amalan yang kita perlu sediakan sebagai bekalan menemui Allah kelak dan apakah ianya sarat dengan amalan kebajikan ataupun kejahatan?
Jika diteliti daripada sirah Rasululllah, baginda amat menitikberatkan perkara ini sehingga dijelaskan oleh siti Aisyah r.a bahawa beliau pernah melihat baginda Rasulullah bersolat sehingga kakinya bengkak-bengkak. Ertinya disini walaupun baginda seorang manusia yang terpilih disisi Allah dan merupakan kekasihnya namun baginda tetap tekun melakukan ibadah-ibadah ditakuti baginda dikategorikan sebagai seorang hamba yang tidak bersyukur.Juga pernah dijelaskan oleh baginda darihal seseorang apabila ia menghapiri saat kematiannya dan saat ia akan dikuburkan dengan sabdanya:
“Mayat kekubur akan diiringi oleh tiga perkara, iaitu keluarganya, harta bendanya dan amalannya, yang dua akan pulang (kembali) dan satunya akan tinggal.Yang pulang adalah keluarga dan harta bendanya sedangkan yang tetap akan tinggal ialah amalannya” Riwayat  Bukhari & Muslim.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa amalan yang dapat meringankan kesakitan semasa  menghadapi ajal. Antaranya amalan taubat yang diamalkan oleh hamba dapat meringankan  siksa disaat kematiannya. Jika dia masih mempunyai dosa yang memerlukan kepada taubat bererti ia masih lagi belum bersiap sedia menemui Tuhannya. Menyedari hal yang sedemikian maka bersegeralah bertaubat, sebab mereka yang senantiasa dalam kekuatiran dan ketakutan  maut akan menjemputnya akan beroleh kenikmatan hidup diakhirat kelak.

Hari-hari yang kita lalui di pentas dunia ini penuh dengan pelbagai dugaan. Macam-macam yang kita pelajari daripada kerenah, penglibatan dan penglihatan kita sehari-hari. Latihan yang kita terima amat berharga bak sebutir mutiara. Deretan untaian-untaian mutiara yang kita perolehi daripada sumber-sumber tersebut jika dijalinkan akan menjadi pedoman kepada kita di kemudian hari.

Walaupun manusia itu dibekalkan dengan pengalaman tersebut jika ianya tidak didasari dengan keimanan kepada Allah semuanya akan menjadi sia-sia bak kapas yang berterbangan ditiup angin. Keseluruhan amalan kita di atas muka bumi ini akan diperhitungkan oleh-Nya di akhirat nanti. Segala bekalan yang akan kita bawa pastinya menjadi penyelamat kita di hari hisab nanti. Perlu kita ingat,  apakah amalan-amalan yang kita perlu sediakan sebagai bekalan menemui Allah kelak dan apakah ia sarat dengan amalan kebajikan ataupun kejahatan? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Saya dah tak sanggup hidup – Aduh, mudahnya menjadi manusia

“Pisau kat bawah bantal hari tu, untuk apa?” Saya mula memberi tekanan.
Ema terus tunduk. Tangisannya semakin kuat. Esak tangis itulah yang menjadi teman setianya sejak hubungan dengan kekasihnya mula menghadapi masalah. Esok kekasihnya akan bertunang dengan wanita lain.
pisau-2

“Nak buat apa dengan pisau tu?” Saya terus menekan. Ingatan saya kembali kepada peristiwa beberapa hari lalu. Jam 2.40 pagi saya dikejutkan dengan berita bahawa ada pelajar mahu mencederakan diri. Mujurlah ketika itu dia sudah terlalu lemah kerana tidak makan beberapa hari. Tindakan segera telah diambil. Namun, spot check di biliknya menemukan saya dengan sebilah pisau ‘tolak’ (pisau pemotong kertas) yang matanya sudah sedia untuk menjalankan tugasnya. Hairannya, pisau itu diletakkan betul-betul di sebelah surah Yasin! Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Ramadan best kerana ada zakat fitrah


Ibn Abbas telah menyebut (maksudnya):

Rasulullah s.a.w. telah memfardukan zakat fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada fakir miskin. Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang (hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa

[hadith riwayat Ibn Majah]

Hari ini berlalulah 17 hari kita berpuasa di bulan yang mulia ini. 17 hari dah berlapar berdahaga… Hmmm… apa rasanya? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Jangan zalimi ibu tunggal

“Ayam tinggal sikit,” kata pembantu rumah saya sewaktu saya hendak melangkah keluar rumah pagi tadi.
“Alhamdulillah…” spontan sahaja respon saya.
“Udang? Dah habis?” Soal saya.
“Udah. Habis semua,” jawab pembantu rumah yang dipanggil bibik. Bibik ialah perkataan Jawa yang bermaksud makcik.
“Alhamdulillah… syukur,” balas saya.

Begitulah selalunya. Setiap kali mendapat tahu bahawa bekalan makanan untuk anak-anak habis, saya akan memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Sambutan Hari Valentine


Hari Valentine semakin menghamipiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati….

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Bila kita hidup bahagia, kita sangka akan hidup lama

Bila kita hidup bahagia,
Kita sangka akan hidup lama…

Itulah hakikatnya. Dahulu saya pun fikir begitu. Walaupun tahu ajal akan tiba pada saat perjanjiannya, tetapi, setiap hari ada sahaja angan-angan yang dicipta, kerana menyangka bahawa kita akan hidup lama…

Malam tadi jam 12.30 tengah malam, ketika saya sedang memandu pulang dari Kampus Kejuruteraan (di Transkrian) ke Kampus Induk USM kerana membawa pelajar untuk majlis tilawah, tiba-tiba saya menerima sms dari jiran di Taman Bertam Permai (TBP). Suspen! Itulah reaksi spontan saya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Azimat Hajar

Air mata tak dapat ditahan lagi.

Merintih dia kepada lelaki itu mengharapkan dia tidak ditinggalkan seorang diri. Dia bimbang yang amat sangat. Melihatkan pasir dan batu di sekelilingnya, bagaimana mungkin dia dapat hidup di tempat yang kering kontang dan begitu asing seperti itu.

“Adakah ini perintah tuhan-Mu?” Tanya Hajar.
“Ya”. Pendek dan lesu jawapan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim berkata kepada Hajar, “bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguhnya kalau bukan perintah dan wahyu-Nya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat kucintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah.” Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Ya Allah, dari-Mu kami datang, kepada-Mu kami kembali


Arwah Ustaz Rosdi bersama sebahagian anak-anak. Tenang sehari sebelum pembedahan | Lagi gambar arwah

Seperti tak percaya melihat insan di hadapan saya terbujur kaku. Berkali-kali saya bertanya doktor yang bertugas untuk mencari kepastian walaupun jelas tubuh itu telah sejuk beku. Semuanya berlaku begitu pantas.

Saya kehilangan suami tercinta sehari sebelum Aidil Adha, iaitu jam 12 tmalam 19 Disember 2007. Tiada kalimah yang dapat digambarkan pabila melihat insan yang menjadi tempat bermanja tiba-tiba sahaja enggan bergerak. Akhirnya perkara yang sangat saya takuti sejak dua tahun lalu menjadi kenyataan. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Peningkatan Jati Diri Melalui Penghayatan Fardhu Ain

Klik di sini & allow pop-up

Melihat semangat siswi UniKL MSI dalam dewan petang itu membuatkan saya terkedu seketika. Saya cuba menilai, apakah yang mereka mahu dari ceramah petang ini. Mereka bukan tidak tahu apa yang ingin diberitahu, hanya mungkin keseronokan berkinja di alam ‘remaja tua’ itulah yang kadangkala menguji mereka ketika menghayati ibadah yang telah difardhukan. Pun begitu, tak mungkin semuanya begitu.

Ala kulli hal, tahniah buat penganjur yang tidak mensia-siakan waktu senggang di bulan Ramadhan ini untuk mengisi rohani para siswi dan meningkatkan motivasi mereka.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Warkah tak diundang….

Ini bukan kali pertama. Sudah bebapa kali saya diajukan persoalan yang semacam ini.
Setiap kali warkah seperti ini mengetuk peti mail saya, pasti nafas saya akan terhenti seketika. Apa yang telah berlaku dengan generasi yang bakal menggantikan kita suatu masa nanti?

Fikirkanlah…

Assalamualaikum Dr..saya xxxxxxxxxxxx. ingin mengajukan masalah saya kepada Dr..sekiranya seseorang pelajar telah terlibat dengan zina tetapi mahu bertaubat dan mengubah cara hidupnya.namun,desakan hawa nafsu tidak dapat dikawal.ingin berkahwin tetapi kedua belah keluarga belum bersetuju kerana si lelaki masih belajar.ingin menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku, takut keluarga terkejut dan memandang serong.jadi, bagaimana yang harus dilakukan agar dosa-dosa besar tersebut dapat ditinggalkan.pasangan tersebut saling menyayangi. adakah patut berkahwin secara sembunyi-sembunyi bagi mengelakkan berulangnya dosa-dosa besar tersebut?atau menceritakan kepada ibu bapa tentang perkara tersebut?dosa-dosa tersebut menyebabkannya tertagih untuk melakukannya kembali Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare