Selepas sibuk macam-macam

Alhamdulillah, banyak hal dah selesai. Paling kritikal ialah semak skrip final exam dua subjek yang saya ajar, iaitu Institusi Kekeluargaan Islam (subjek hot! hot! di USM) dan juga Prinsip dan Sumber Perundangan Islam. Macam biasa, ada lah pelajar yang akan tersenyum dan tak de apa saya boleh katakan pada yang saya tak boleh beri ‘markah kesian’ :( selain berusahalah lagi dengan bersungguh-sungguh. Tahniah juga kepada lapan orang pelajar USM yang saje-saje ambil subjek Institusi Kekeluargaan Islam sebagai ‘persediaan untuk masa hadapan’ :)

Selepas sibuk yang macam-macam ni pun sebenarnya tak boleh juga nak berehat. Oh, tiada maknanya rehat kerana ia akan merugikan diri sendiri sebab tiada output. Orang yang paling sibuk ialah orang yang paling banyak memberi manfaat!

Sementara pelajar ijazah pertama bercuti, masuk pula pelajar Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Urrggghhh… siapa yang tak tahu, mereka semua dah bekerja, sudah berkereta. Lihat padang kawad, kawasan parking stadium USM yang minggu lepas USM menang 3 gol huhuuu… dan sekeliling kompleks Restu, Saujana, Tekun. Subhanallah, lautan kereta sangat menyesakkan, oh… sabarlah jiwa dengan kehidupan ini. Sentiasalah berterima kasih kepada Allah kerana telah memberi apa yang hati ni terlalu mudah nak kata “menyusahkan!” Berterima kasih pada Allah kerana memberi susah kerana Dia mahu kita selalu insaf dengan ni’mat yang telah diberi sekian lama. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kenapa iLuvIslam?

Dulu, saya pernah menjadi moderator forum iLuvIslam. Tapi sekejap sahaja. Saya ‘meletakkan jawatan’ bila menerima jawatan Penolong Penggawa di Desasiswa Tekun, USM. Pening juga jadi moderator forum, maklumlah, laman iluvislam sangat aktif dan soalan/perbincangannya kadangkala membelitkan urat kepala.

Apabila saya tidak menjadi moderator, sesekali saya jenguk juga laman itu. Bukan untuk mengawal forum, tetapi untuk menghantar artikel yang terasa tergerak di hati untuk dikongsi di sana. Audien iluvislam memang sangat ramai. Kadangkala saya bingung melihat artikel di blog saya ini mencatat statistik yang jauh lebih rendah berbanding artikel sama yang dimuatkan di iluvislam.

Artikel ‘Saya dah tak sanggup hidup’ sebagai contoh dibaca sebanyak 9000 kali, artikel ‘Sekufu‘ dan ‘Valentine‘ dibaca sebanyak  6000 kali, manakala artikel terkini iaitu bertajuk ‘Ada apa dengan Islam’ [tajuk asal: Apa ada pada Islam] telah di share & like dalam facebook sebanyak 2500 kali walaupun ia baru dipaparkan selama 3 hari! Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Cuti semester dah nak habis menyebabkan kuliah hampir bermula

Alkisahnya, cuti semester hampir 2 bulan yang sering dicemburui oleh semua orang yang kononnya “best la jadi pensyarah, ada cuti 2 bulan” hihiii… dah nak habis. Sebenarnya, bila jadi pensyarah, no cuti-cuti nooo (ikut slang speaking orang utagha). Dua bulan saya sangat padat. Meeting tak pernah putus. Bengkel sana-sini. Kena operate pula, cuti 2 minggu, tapi dalam cuti sakit tu, kerja kena jalan juga. Penyeliaan pelajar, pemeriksaan tesis Ijazah Tinggi. Kalau tak boleh ke ofis, saya akan suruh pelajar mai rumah. Habis cuti sakit, bila masuk ofis, huhuu… lagi la kerja tak putus. Artikel… artikel… artikel… itulah rencam pensyarah di universiti APEX. Desasiswa pula, tak sunyi dari manusia. Walaupun pelajar USM takde, penginapan dari orang orang luar tak henti-henti. Seronok juga tinggal di Tekun ni sebab lokasi strategik untuk foto mania macam saya hihiii…

Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Menanti di Barzakh

….::::||||::::….
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Anyam Ketupat: Seni Kraftangan Melayu yang dilupakan

ketupat riben | nak gantung kat luar rumah heheee....

“Emak mesti buat ketupat!” Macam satu perintah sahaja bunyi permintaan Ziyad.
“Haah, mak buat lah, nak gantung kat luar tu,” Husna menyokong.
“Cepatlah mak,” rayu Ziyad. Dia sudah tidak boleh bersabar lagi.

Saya memang tak de mood nak sambut raya kali ini. Tapi melihatkan riak wajah anak-anak yang tidak sabar-sabar menanti hari lebaran, saya buang perasaan sayu jauh-jauh. Saya perlu memastikan anak-anak tetap gembira menyambut Aidil Fitri kali ini walaupun suasananya nyata sekali jauh berbeza.

Saya pergi ke beberapa kedai berhampiran USM. Riben yang dicari tidak ditemui. Yang ada hanyalah riben kain. Hmm… saya masih terlalu baru dengan kehidupan di pulau ini, masih terpinga-pinga mencari kedai yang di dalamnya ada seribu macam barang… macam kedai alatan menjahit di Banting. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Tergendala

Banyak sangat benda yang berlaku kebelakangan ni. Student lama dan baru dah masuk semula ke desa untuk sesi 2008/2009. Kuliah pula bermula hari ni. Macam biasa, kena ajar subjek paling panas: MUNAKAHAT a.k.a. Institusi Kekeluargaan Islam….. selain beberapa subjek lain termasuk subjek master.

Malam tadi buat rondaan kat desa-desa dalam USM. Pukul 2 pagi baru habis. Hening, sunyi, tenang, sedih, marah, benci, risau… macam-macam perasaan timbul tengok USM after dark. Pagi ni pening lalat… ngantuk maaa…..

Dalam masa yang sama servis hosting untuk blog ni dah nak expired, nak kena renew balik. Cadang-cadang nak pindah server, so, banyak pula isu teknikal yang akan timbul. Untuk beberapa hari mungkin tak dapat update apa-apa sebab nak kena selesaikan perkara ni dulu. Ada banyak domain sharing dalam hosting ni, so , banyak kerja la nak buat. Sabar ye, nantilah bila dah selesai isu teknikal kita gegarkan Malaysia!!! hihii…

sebenarnya…
banyak sangat benda nak ditulis kat dalam ni…. terlalu banyak, tapi biarlah ia menjadi mIstEri……

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kenapa ya pak polisi?

Tersangkut lagi di pejabat!

Inilah cabaran hidup di sebuah pulau. Setiap kali timbul masalah di jambatan Pulau Pinang yang indah itu, maka setiap kali itu jugalah saya tersangkut di kerusi ini.

Entah apa lah puncanya. Kedua-dua hala ditutup.

Seorang rakan membuat andaian. “Pagi tadi masa akak lalu, nampak diorang dah susun-susun penghadang kat tepi jambatan. Agaknya, ni pasal nak lebarkan jambatan kot!”, begitu yakin cik kak tu. Dulu dia pernah bercita-cita nak jadi spekulator agaknya Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kau kurindu walau wajahmu tak tergambar di mata hati. Kuharap syafaatmu, mungkinkah diri ini layak bertamu di sisi?

Entah kenapa, jemari ini seakan beku bila dilabuhkan di atas hamparan kekunci ahruf. Sebulan rupanya, tiada perkhabaran yang dapat dilayangkan ke mata dunia. Hambatan tugas, antara akademik, keluarga, melayan ragam manusia dan entah apa lagi tidak pernah putus datang dan pergi, tidak mengizinkan hamba yang kerdil ini daripada rancak menilik mengelek wacana piksel ini.

Sejenak, saya terfikir, di keriuhan umat Islam berkeliling berzikir berselawat… sempena maulid Rasulullah s.a.w., sudah berapa lamakah sebenarnya peristiwa maulid itu berlaku? 1428 tahun? Mungkinkah? Tidak! Itu angka peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. yang membuka sinar baru daulah Islamiyyah di kota Yathrib (Madinah). 1441 tahun? Tidak! Itu baru fasa permulaan sinar agama wahyu yang suci. Jadi bilakah peristiwa kenabian itu berlaku? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kuliah Institusi Perkahwinan Islam | Hadiah untuk anda!

Terima kasih kerana terus setia bersama saya.

Sebagai satu penghargaan, saya ingin menghadiahkan kepada anda e-kuliah tentang Kekeluargaan dan Perkahwinan Islam (Kuliah 1).

Untuk mendapatkan hadiah anda, sila isi Buku Tetamu terlebih dahulu. Anda akan diberikan password untuk mendapat akses kepada hadiah tersebut.

Ini baru permulaan, banyak lagi freebies yang akan menyusul kemudian.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Oh Mama! Saya mahu kawin!!!!

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Adha (kalau saya masih belum terlambat untuk mengucapkannya!!!) buat semua.

Kuliah di USM telah pun bermula. Cabaran baru juga bermula. Semester ini, saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek yang paling digemari oleh para pelajar, iaitu bab kawin… kawin…. kawin….

Untuk menyesuaikan landskap minda saya dengan blog ini, maka saya akan menumpukan penulisan selepas ini dalam bab kawin-cerai.

Kepada para pelajar, ini bukan nota kuliah ye!!!?? :-)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Hedonisme

“Apa ke pelik sangat bunyinya?”

Itulah persepsi pertama saya semasa pertama kali mendengar perkataan ini.

Hedonisme dalam Webster’s New World Dictionary dijelaskan sebagai: ” (Philos) the ethical doctrine that pleasure, variously conceived of in terms of happiness of the individual or of society, is the principal good and the proper aim of action.” (third college edition, hlm. 648).

Penjelasan lanjut tentang hedonisme yang dijelaskan dalam kamus tersebut: “(psychol.) the theory that a person always acts in such a way as to seek pleasure and avoid pain; the self-indulgent pursuit of pleasure as a way of life” (hlm. 648-649)

hedonist – noun, hedonic/hedonistic – adj, hedonistically – adv.

****************

Apabila menghayati ceramah yang diberikan oleh Datuk Seri Harussani tentang protokol Yahudi, jelaslah bahawa hedonisme yang berleluasa sama ada di timur mahupun di barat, sebenarnya adalah propaganda Yahudi.

Yahudi yang sanggup bertopengkan apa saja, akan memasukkan jarum secara perlahan-lahan untuk menyuntik semangat mencari hiburan dan kegembiran dalam kalangan penduduk dunia.

Kita lambat menyedari bahawa ada hantu besar di sebalik semua program hiburan di seluruh dunia kerana kesilapan kita sendiri yang tagih dengan ‘candu’ yang diberikan oleh Yahudi.

 

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Hasanah for sale!

Dituduh spammer beberapa kali oleh pemilik webhosting percuma menyebabkan saya nekad untuk memiliki laman sendiri. Kisah yang terjadi di awal tahun 2006 membawa saya melayari beberapa domain registrar untuk membeli domain hasanah.com. Kecewa tak terkata kerana mesej yang sering keluar ialah “hasanah.com is unavailable”.
Saya periksa dalam whois.com untuk melihat siapa yang memliki domain tersebut. Maklumat yang saya dapat ialah pendaftar domain itu (kalau tak silap) beralamat di United Kingdom.

Saya masih tidak berpuas hati. Saya pun taip hasanah.com pada browser. Bertambah kecewanya saya kerana domain yang saya ‘gilai’ dimiliki oleh syarikat komputer di Turkey yang nama syarikatnya bukanlah hasanah pun, tapi entah apa-apa. Saya tertanya-tanya, “kenapalah diorang ni tak ambil nama domain yang lebih releven dengan nama syarikat ataupun produk yang dijual? kenapalah mereka “menggunakan” nama saya untuk satu website yang tak cantik, tak updated, tak bla… bla…”.

Saya periksa sekali lagi dalam whois.com. Hmm, nampaknya, payment yang dibuat untuk domain ini akan tamat tak lama lagi. Saya tunggu. Lepas bebapa bulan, saya try lagi semak hasanah.com.

Berangin terus rasanya! Hasanah.com is for sale!!!!

Jangan ingat ini berita gembira. Domain ini dijual secara lelong. Siapa yang boleh letak harga paling tinggi, maka dia akan menang. Tahu tak berapa harga yang diletak? Sekarang minimum bid is USD688. Ini pun rasanya dah kurang sikit. Sebelum ni, kalau tak silap saya, minimum bid is USD1,000!!!

Anda berani beli?

Saya cuba pula hasanah.net. Unavailable juga. Akhirnya, saya terpaksa memilih domain name yang saya tak suka iaitu drhasanah.com.

Kenapa mesti .com??? Sebabnya ialah .com sentiasa mendapat keutamaan apabila anda taip sesuatu domain tanpa sebarang ‘dot’. Maksudnya, jika anda taip pada browser: ‘hasanah’, maka laman web yang keluar ialah hasanah.com. Jika anda taip, islam, maka, laman web yang keluar ialah islam.com. Jadi, jika anda juga hendak memilih domain, maka sentiasa utamakan .com. Namun begitu, lain-lain dot pun masih boleh ditimbangkan :)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare