Permata baru


Berbicara tentang pengalaman, terlupa untuk mencatatkan tentang kelahiran seorang puteri pada 31 Januari 2008.Pengalaman melahirkan anak tanpa suami tercinta tak mungkin dapat dilupakan…

Saat-saat menanti hari untuk bersalin sangat mendebarkan dan menggusar perasaan. Sudahlah kandungan dirasakan lebih besar dari selalu, suami pula tiada untuk membantu secara moral dan fizikal sementelahan anak yang empat orang masih kecil dan sentiasa meminta dilayan dan diberikan perhatian.

31 Januari 2008
Seperti selalu, tarikh jangkaan bersalin tidak pernah tepat. Selepas 3 hari ‘overdue’ barulah terasa ‘contraction’ seawal jam 5.30 pagi. Saya sentiasa memerhatikan jam. Sakit masih jarang-jarang. Sekitar 20 minit sekali. Pengalaman bersalin empat kali sebelum ini membuatkan saya masak benar dengan sakit bersalin. Walaupun terasa sakit, saya masih boleh sambung tidur! Saya tahu, saya perlu cukup rehat untuk bersalin.
Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Iddah

Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.

Melangkah pergi yang tiada kembalinya...
Melangkah pergi yang tiada kembalinya…

Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, ‘iddah).

Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya. Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kembali

Lama sungguh tak menulis. Itulah hakikatnya. Setiap hari teringatkan blog yang dah lama dibiarkan. Terlalu banyak yang hendak ditulis hingga tak tahu di mana hendak bermula. Malah, konsep blog ini pun hampir-hampir hendak diubah!

Malam tadi satu artikel dihantar kepada editor majalah Aniqah. Dalam emel kepada Puan Khairana atau lebih senang dikenali sebagai Puan Kay, saya maklumkan tentang pemergian ustaz (artikel saya dan ustaz pernah diterbitkan dalam majalah Aniqah. Malah ada beberapa artikel lagi yang telah dihantar tapi tak nampak lagi bayang untuk diterbitkan). Pagi tadi Puan Kay telefon. Terkejut juga. Pertama kali bersembang dengan Puan Kay, nyata dia seorang yang sangat peramah dan prihatin. Puan Kay bertanyakan khabar kami sekeluarga. Dia sangat terkejut dengan berita yang disampaikan kerana dia sendiri tertanya-tanya, “Mana Rosdi Yusof ni? Dah lama tak hantar artikel, takde ke nak hantar artikel lagi?” Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Ya Allah, dari-Mu kami datang, kepada-Mu kami kembali


Arwah Ustaz Rosdi bersama sebahagian anak-anak. Tenang sehari sebelum pembedahan | Lagi gambar arwah

Seperti tak percaya melihat insan di hadapan saya terbujur kaku. Berkali-kali saya bertanya doktor yang bertugas untuk mencari kepastian walaupun jelas tubuh itu telah sejuk beku. Semuanya berlaku begitu pantas.

Saya kehilangan suami tercinta sehari sebelum Aidil Adha, iaitu jam 12 tmalam 19 Disember 2007. Tiada kalimah yang dapat digambarkan pabila melihat insan yang menjadi tempat bermanja tiba-tiba sahaja enggan bergerak. Akhirnya perkara yang sangat saya takuti sejak dua tahun lalu menjadi kenyataan. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare