Alkisahnya, cuti semester hampir 2 bulan yang sering dicemburui oleh semua orang yang kononnya “best la jadi pensyarah, ada cuti 2 bulan” hihiii… dah nak habis. Sebenarnya, bila jadi pensyarah, no cuti-cuti nooo (ikut slang speaking orang utagha). Dua bulan saya sangat padat. Meeting tak pernah putus. Bengkel sana-sini. Kena operate pula, cuti 2 minggu, tapi dalam cuti sakit tu, kerja kena jalan juga. Penyeliaan pelajar, pemeriksaan tesis Ijazah Tinggi. Kalau tak boleh ke ofis, saya akan suruh pelajar mai rumah. Habis cuti sakit, bila masuk ofis, huhuu… lagi la kerja tak putus. Artikel… artikel… artikel… itulah rencam pensyarah di universiti APEX. Desasiswa pula, tak sunyi dari manusia. Walaupun pelajar USM takde, penginapan dari orang orang luar tak henti-henti. Seronok juga tinggal di Tekun ni sebab lokasi strategik untuk foto mania macam saya hihiii…
Category Archives: Third Class Photo-Graphic
Sabatralog – Siri 1

Perjalanan ke Sabah bermula sebelum orang lain mula bergerak ke destinasi itu. Saya memulakannya dengan solat istikharah dua hari sebelum hari ekspedisi. Keputusan untuk bersama-sama kira-kira 70 orang penghuni dan kakitangan Desasiswa Restu, Saujana dan Tekun mengunjungi negeri di bawah bayu itu bukanlah satu keputusan yang mudah bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya musafir tinggalkan anak-anak sejak Ustaz Rosdi meninggal dunia. Selama ini, ke mana sahaja saya pergi pasti anak-anak dikelek bersama. Kalau tidak, siapa yang nak uruskan mereka?
Continue reading
Tukar cover e-book… eh, e-zine SetBersalin.com
Lumrah manusia memang tidak pernah berpuas hati. Begitu jugalah saya bila melihat cover e-zine Panduan Ibu Hamil yang dibuat oleh Suhaimy (jangan marah ye Suhaimy!).
Saya ustazah hihiii… jadi bila tengok cover ‘woman’ e-zine tu belum masuk Islam dan tak pakai tudung, saya jadi tak senang duduk
.
Oleh yang demikian, malam ini bila anak5 dan orang gaji dah tidur, saya pun cuba buat cover saya sendiri menggunakan action script Photoshop yang saya beli daripada Nurul a.k.a. Luvleey.
Di bawah ni, ada dua cover yang saya buat dengan menggunakan design percuma yang Nurul beri. Tolong beri pandangan, cover yang mana lebih cantik dan menarik? Biru atau coklat?
Portal e-learning, ABWAB the Islamic Links & mAkMaL wOrdPreSs v6

Assalamualaikum,
Ramai yang tegur, kenapa senyap je? Makin jarang-jarang… kadang-kadang… kata Nujum Pak Belalang!
Sengaja saya diamkan diri seketika dan rebuild projek e-learning saya dan Ustaz Rosdi (how to spell? elearning or e-learning or e-Learning?). Hmm…, projek e-learning tu dulu saya kerjakan untuk membantu pengajaran suami di Malaysian Spanish Institute iaitu sejak tahun 2006. Sekarang MSI dikenali sebagai Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Fuh! Punyalah panjang nama. Kadang-kadang bila orang tanya, “Hah? Apa dia? Kolumpo? Suami kerja kat Kolumpo ke?”. Saya akan jawab, “Bukan, UniKL cawangan Kulim!”. Continue reading
Wajarkah umat Islam dikenakan zakat pendapatan?

Santai sikit rasanya pagi ini. Sempatlah curi-curi masa untuk intai blog ini sambil mendengar nasyid “kasihnya ibu membawa ke syurga…, kasihnya ayah tak sanggup berpisah…” yang dipasang dari CD original Adikku Sayang. Bagus CD ni sebab banyak nasyid nasihat untuk anak-anak. Jangan beli CD cetak rompak, takut berkat nasihat tu tak sampai kat hati anak-anak. Eh! Sempat pula kempen ‘belilah yang ori’!
Hari ini saya ingin berkongsi persoalan yang dikemukakan oleh seorang pembaca artikel zakat saya tempohari. Pembaca ini meminta pendapatan tentang kewajipan membayar zakat pendapatan yang diwajibkan ke atas masyarakat Islam di Malaysia. Keresahan yang cuba dikongsi ialah bahawa pendapatan yang diterima sentiasa habis diguna, malah ‘dikorek-korek’ simpanan yang ada, jadi wajarkah dikenakan pula zakat pendapatan? Tambahan pula, katanya Imam Syafii sendiri pun tak mewajibkan zakat pendapatan. Hmm… Mungkin saudara juga pernah dihantui persoalan ini. Ya lah, setiap bulan gaji yang diterima perlu digunakan untuk menampung kos kehidupan yang sentiasa meningkat (walaupun minyak dah turun!).
Jadi, berikut sedikit respon saya yang diharap dapat menjawab persoalan ini. Continue reading
Salam Aidil Fitri buat semua | Maaf Zahir Batin
Iddah: Bahagian Tiga (Iddah bagi wanita yang kematian suami)

Gembiranya seorang ayah saat memangku putera puteri yang dikasihi. Tetapi, andainya ketentuan ajal tiba mendahului segalanya...
Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))
Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti Mu’tah, Jordan, iaitu Dr. Abd al-Hamid al-Majali (ArabLawInfo.com: 2002), dijelaskan tentang hikmah disyariatkan iddah bagi wanita yang kematian suami. Beliau antara lain menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat kuat dan suci yang diasaskan oleh perasaan cinta dan kasih sayang. Al-Quran banyak memberikan gambaran yang indah tentang hubungan perkahwinan (lihat: al-Baqarah ayat 187 dan al-Rum ayat 21) di mana pasangan suami isteri menjadi pakaian antara satu sama lain dan dijadikan pula pasangan itu tempat untuk bersenang-senang dan mendapat ketenangan. Ikatan zahir dan batin yang begitu kuat ini pastinya menjadikan perpisahan antara kedua-duanya sangat sukar sekali apatah lagi jika perpisahan itu akibat kematian. Continue reading
Seminar Terkini di USM %7
Enam purnama telah berlalu

Enam purnama telah berlalu. Kesedihan kami sekeluarga masih tidak hilang. Kerinduan di hati masih kukuh tidak berkurang. Melihat Huda yang baru berusia 2 tahun menangis terkenang ayah ketika saya, Hanan dan Husna membaca Yasin malam tadi, Allah… tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika cuba memujuk dia agar jiwanya kembali tenang.
Enam purnama telah berlalu. Rasa seperti tidak percaya semuanya telah berlaku ke atas saya dan 5 zuriat kesayangan. Namun, ketentuan tuhan pasti akan terlaksana sebagaimana yang telah dirancang. Biar pun begitu perit rasanya dugaan, tetapi setiap yang dirangka oleh Yang Maha Esa pasti mempunyai HIKMAH yang sangat besar, tak mampu ditelah oleh akal cetek seorang insan…
Enam purnama telah berlalu. Sudah terlalu lama hidup dalam kesedihan. Mungkin sudah sampai masanya untuk saya tidak lagi berpaling ke belakang. Kehidupan mesti diteruskan. Kalau terus ditangisi yang telah pergi, tak mungkin saya sekeluarga dapat meredah dugaan yang setiap hari datang pergi tiada kesudahan.
This day will change the world!!!

This day will change the world!!!
Pagi-pagi lagi saya ke Desasiswa Tekun, USM (senang sebut: Desa Tekun). Lapor diri sebagai Penolong Penggawa! Suspen, teruja, berdebar-debar, resah, gembira semuanya ada. Maklumlah, tugas baru ni sangat berat. Menuntut banyak pengorbanan dan kesabaran. Semoga Allah s.w.t. mudahkan segala urusan dan memberkati setiap yang saya usahakan. Amiin…
* Penolong penggawa? Apa tu?
–> Macam penolong warden la. Tapi anak ramai. Seribu lebih! Jenuh kepung…
Tips mengawal anak-anak dari pejabat

“Emak,” rengek Husna.
“Kenapa?” Saya memandang wajah comel anak kedua yang akan menyambut hari jadi ke-8 esok.
“Emak tak payah kerjalah hari ini,” pintanya. Dahi saya berkerut.
“Kerja banyak kat USM. Lagipun hari Sabtu lepas mak dah bawa ke Zoo Taiping. Hari Ahad balik kampung. Ziarah kubur ayah lagi.” Saya cuba memujuk. Cuti sekolah, pasti membosankan bagi anak-anak jika duduk di rumah sahaja. Namun, tak mungkin saya pun turut bercuti sepanjang dua minggu cuti sekolah. Tugas di USM banyak. Sementelahan saya telah bercuti terlalu lama selepas melahirkan Hajar.
“Husna nak main teka-teka perkataan macam tadi,” Husna menjelaskan. Continue reading
Azimat Hajar

Air mata tak dapat ditahan lagi.
Merintih dia kepada lelaki itu mengharapkan dia tidak ditinggalkan seorang diri. Dia bimbang yang amat sangat. Melihatkan pasir dan batu di sekelilingnya, bagaimana mungkin dia dapat hidup di tempat yang kering kontang dan begitu asing seperti itu.
“Adakah ini perintah tuhan-Mu?” Tanya Hajar.
“Ya”. Pendek dan lesu jawapan Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim berkata kepada Hajar, “bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungimu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguhnya kalau bukan perintah dan wahyu-Nya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat kucintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah.” Continue reading





