…mencari al-hasanah di dunia dan akhirat
Situasinya terlalu berbeza. Kering, debu, panas. Itu sahaja yang ada. Kiri atau kanan, sudah tiada siapa yang mampu menghulur bantuan. Tenat si kecil hanya menanti terpisah hayat daripada badan. http://youtu.be/pZ8nGTdTmkQ Tiada bunga bahasa usai menatap renungan sepi anak ini. Ya Allah, rahmatilah anak-anak Somalia.
Bismillahirrahmanirrahim. Di keheningan subuh 12 Rabiul Awal yang merupakan detik mawlid al-Rasul s.a.w. yang penuh keberkatan ini……Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. laman www.Isla.my (lebih mudah ditulis dengan satu perkataan, iaitu ‘Islamy’ yang berbunyi ‘islami’) telah dapat disiapkan. Sempena dengan detik kelahiran baginda Rasulullah s.a.w., maka saya dengan rendah hati ingin menjemput para pembaca [...]
Pendek sahaja entri kali ini kerana banyak tugasan yang perlu dibuat. Seperti tajuk entri ini, masanya sudah tidak terlalu lama. Laman web sosial untuk Muslim yang memikul tugas berat sebagai alternatif facebook untuk muslim terutamanya rakyat Malaysia sudah boleh digunakan. Namun, ia masih di peringkat beta. Beberapa orang telah dijemput untuk mengujinya. Beberapa ubahsuai dan [...]
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Tak tertazkirah pula nampaknya sebab balik kampung awal sangat & tiada internet pula. Entri ini pun, tulis kalut-kalut sebab nak ambil barang di USM. Semoga berbahagia di Aidil Fitri ini. Maafkanlah orang lain sebelum orang itu memohon maaf daripada anda. Usah terlalu berseronok kerana Aidil Fitri kali ini, pada [...]
Alhamdulillah, masih sempat lagi jiwa ini berenak-enak dalam damai bayu Ramadhan 1431H. Selepas 11 purnama meninggalkan Ramadhan yang lalu, tidak pasti, apakah tarbiyah Ramadhan 1430H berbekas pada akhlak dan budi. Sungguh kerdil manusia di sisi Allah s.w.t. Cakap berdegar-degar, tetapi aplikasinya tidak seberapa.
Hari ni hari terakhir kuliah HIS 213 iaitu Sumber dan Prinsip Perundangan Islam. Sob… sob… sedih… setiap kali berakhirnya pengajaran saya dalam sesuatu subjek pada sesuatu semester, mesti rasa sedih… uh, sentimental sungguh. “Sebelum saya akhiri kuliah ini, suka saya nak berpesan kepada para pelajar sekelian supaya dalami dengan bersungguh-sungguh bidang yang kamu ambil sekarang [...]
“Pisau kat bawah bantal hari tu, untuk apa?” Saya mula memberi tekanan. Ema terus tunduk. Tangisannya semakin kuat. Esak tangis itulah yang menjadi teman setianya sejak hubungan dengan kekasihnya mula menghadapi masalah. Esok kekasihnya akan bertunang dengan wanita lain. “Nak buat apa dengan pisau tu?” Saya terus menekan. Ingatan saya kembali kepada peristiwa beberapa hari [...]
Fuh! Macam-macam jadi. Ada juga yang menjadi-jadi. Tak kurang pula yang tak menjadi! Alhamdulillah, takde pula yang ‘apa pun tak jadi’. Sekurang-kurangnya jadilah juga walau pun tak berapa menjadi. 3-4 hari ni… Alhamdulillah projek khidmat masyarakat saya menjadi walaupun belum betul-betul jadi. Lihat http://www.skbg.edu.my yang terhasil selepas saya dijemput oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir [...]
Hari Valentine semakin menghamipiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…. Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.
Assalamualaikum, Ramai yang tegur, kenapa senyap je? Makin jarang-jarang… kadang-kadang… kata Nujum Pak Belalang! Sengaja saya diamkan diri seketika dan rebuild projek e-learning saya dan Ustaz Rosdi (how to spell? elearning or e-learning or e-Learning?). Hmm…, projek e-learning tu dulu saya kerjakan untuk membantu pengajaran suami di Malaysian Spanish Institute iaitu sejak tahun 2006. Sekarang [...]
Santai sikit rasanya pagi ini. Sempatlah curi-curi masa untuk intai blog ini sambil mendengar nasyid “kasihnya ibu membawa ke syurga…, kasihnya ayah tak sanggup berpisah…” yang dipasang dari CD original Adikku Sayang. Bagus CD ni sebab banyak nasyid nasihat untuk anak-anak. Jangan beli CD cetak rompak, takut berkat nasihat tu tak sampai kat hati anak-anak. [...]
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.