Fatwa Berkaitan Pelaburan Emas

Dulu, ramai yang tak ambil kisah tentang pelaburan emas. Masa itu, bagi wanita yang penting ialah menambah emas perhiasan. Asal ada duit sedebuk, memang kira nak tambah koleksi je lah. Tapi oh, saya bukan jenis ni. Teringat almarhum suami yang selalu sebut, “alhamdulillah, dapat isteri yang tak suka pakai barang kemas!” hahahaaa….

Emas pertama yang saya beli sendiri (sendiri tu maksudnya: guna duit pinjaman pelajaran JPA hihiii) ialah masa belajar di Jordan. Kalau tak silap masa tu tahun 2 dan dalam musim sejuk. Ceritanya bermula bila sorang makhluk Iraq dok cuba ngorat saya. Tiap-tiap hari dia dok kacau. Menyampah betul. Jadi, memandangkan tradisi atau budaya (disebut ‘urf dalam ilmu usul fiqh) bahawa cincin belah rotan (cincin emas yang tidak berbatu-batu) merupakan lambang seseorang wanita sudah dimiliki atau belum, maka saya naik bas pergi ke al-Karak untuk beli cincin belah rotan. Saya sarungkan di jari manis kanan. Itu maknanya saya sudah bertunang. Kalau disarungkan di jari manis kiri, maknanya saya sudah berkahwin. Nak bagi ganas, saya pinjam cincin belah rotan kawan serumah dan pakai di jari manis kiri. Kemudian, jeng…jeng…jeng… saya pun pergi ke kedai gambar tempat makhluk tu kerja dan tayang-tayang cincin belah rotan di jari manis kiri dan kanan!!! hahahaa saya sudah bertunang dan berkahwin dalam masa yang sama! Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Celaru ‘Siapa Aku’

Saya bukan peminat filem. Saya tak suka terbaring berjam-jam di depan tv. Dalam sejarah hidup pun, saya tak pernah jejak panggung wayang (kolot?). Namun pagi ini (sekejap lagi) saya dijemput untuk memberi komentar tentang ‘dokumentari’ Siapa Aku. Rasa macam tak kena je bila saya kena ulas dokumentari seperti ini. Program sebelum Solat Jumaat ini akan diadakan di Dewan Kuliah D, USM (yang saya pun tahu dok belah mana hihii). Dan err… layakkah ‘Siapa Aku’ dikategorikan sebagai sebuah dokumentari? Ahh… siapa yang celaru?

Dalam entri ini, saya hanya nak kongsikan artikel ilmiah, diulangi… artikel ILMIAH… yang ditulis oleh tok guru saya a.k.a penyelia saya semasa belajar di peringkat Ph.D iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah hj. Ismail. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang menjadi ahli Majlis Fatwa (correct me if I’m wrong).

Janganlah celaru mencari diri sendiri. Kerana kalau tak kenal diri sendiri, maka dibimbangi anda tidak kenal Allah. نعوذ بالله من ذلك

AURAT WANITA:KONSEP DAN HUKUM MENGENAINYA

Oleh:
Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail

Pendahuluan

Masalah aurat wanita suatu tajuk perbincangan yang besar dan memakan ruang yang banyak. Ia merangkumi konsep aurat itu sendiri, batas-batas yang ditentukan, samada dalam sembahyang atau dalam kehidupan biasa. Bahkan, perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan merangkumi pula keadaan yang bermacam-macam, seperti sewaktu berada seorang diri di tempat tertutup atau di dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama perempuan bukan Islam dan akhirnya di hadapan lelaki bukan muhram. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Sisi Gelap Mangsa Jenayah Seks Rogol dan Sumbang Mahram

Prihatin dengan derita jiwa yang menyelubungi mangsa rogol dan sumbang mahram telah membuahkan fikrah untuk membuat kajian perbandingan dalam undang-undang syariah dan undang-undang sivil. Kajian perbandingan tentang jenayah rogol dan sumbang mahram ini tersimpan di khazanah Tun Sri Lanang, komputer saya dan juga kotak buku di stor!

Hari ini saya kongsikan sedikit kandungan penulisan tentang perkara ini yang merupakan kajian Ijazah Sarjana Pengajian Islam yang dikasihi al-marhum suami, ustaz Rosdi Yusof. Sebelum pemergian beliau pada tahun 2007,  beliau hanya sempat menyiapkan draf awal sejumlah 69 halaman yang sebahagiannya merupakan ‘sedutan’ daripada kajian peringkat Ijazah Sarjana untuk di transformasi menjadi buku. Bertambah dukacita lagi, saya belum dapat menyempurnakan hasrat penerbitan buku tersebut kerana terdapat beberapa isi kandungan yang perlu ditambah, dinilai dan ditulis semula. Sila klik gambar di atas. Tiada satu perkataan pun yang ditambah, dikurang atau diubah. Doakanlah semoga buku ini akan diterbitkan juga suatu masa nanti dengan segala penambahbaikan.

Semoga abang diampunkan segala dosa dan diberikan sebesar-besar rahmat daripada Allah s.w.t. di alam sana. Biar berganti pasangan, namun rindu dan kasih isteri dan anak-anak tidak pernah bertepi. Tiada putus doa kami buat abang. Sesungguhnya masa dan tikanya akan tiba jua untuk kami menuruti abang. Semoga kita akan bertemu jua nanti dalam suasana penuh kebaikan. Bak tutur Hajar, puteri bongsu abang yang tidak sempat abang tatap wajahnya, “kalau Hajar mati, nanti Hajar boleh jumpa ayah… kalau mak mati, nanti mak boleh jumpa ayah…”

اللهم اغفر لرشدي بن يوسف
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

- mengingati ulangtahun kelahiran abang yang ke 40 esok, 17 Jun 2011 -

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Insuran vs Takaful

Minggu lalu, seorang wanita tidak dikenali menghubungi saya. No. hp saya diperolehi dari maklumat yang saya gunakan untuk membuat tempahan tiket AirAsia secara online. Memang baru-baru ini saya sering membuat tempahan online sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk pembantu rumah yang pulang ke Indonesia.

Wanita tersebut menawarkan insuran kemalangan yang menggiurkan. Maklumlah, dengan premium yang rendah, perlindungan yang diberikan menjangkau setengah juta ringgit (RM500,000) bagi setiap ahli keluarga saya yang seramai 7 orang! Saya terfikir, kalau berlaku musibah besar ke atas saya atau suami atau anak seperti kecacatan, lumpuh atau…. err…. inna lillah wa inna ilayhi rajiun…, setengah juta akan masuk ke dalam akaun dan boleh digunakan untuk perubatan, alat bantu hayat, menyara anak-anak yang masih kecil dsb. Kalau 3-4 orang sekali kena? Fuh! Tak mahu ke? Bukan mahu mendoakan musibat tersebut, tetapi kena beringat, jangan nanti bila dah terhantuk baru nak terngadah. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Tazkirah Pertengahan Ramadhan: Haram Haram di bulan Ramadhan

Ramadhan…
Bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan daripada api neraka…
Ramadhan 1431H di Malaysia hangat dengan isu haram. Macam-macam yang haram sibuk diperkatakan di sana-sini. Daripada bufet haram, penjualan mercun secara haram hinggalah pembuangan bayi yang pastinya haram juga hukumnya di sisi Islam.

Pegawai JAKIM nampaknya tak boleh duduk senang sepanjang Ramadhan ini. Mungkin sudah rahmat di bulan Ramadhan, umat Islam menjadi begitu sensitif tentang haram atau tak haram makanan yang mahu disumbat penuh-penuh ke dalam perut semasa berbuka. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Memahami Isu Harta Sepencarian – Intro

Sudah lama tidak menulis secara kritis. Asyik menulis secara ‘popular’ hingga rentak blog ini berubah irama. Berikut ialah sedikit intro mengenai isu harta sepencarian yang sudah di peringkat akhir kajian melalui Geran FRGS. Intro ini ada saya masukkan dalam kertas kerja yang akan dibentangkan tidak lama lagi dalam Seminar Pengurusan Harta di UKM. (Namun dalam tulisan berikut, nota rujukan telah saya buang)

Jika anda juga membuat kajian berkaitan harta sepencarian dan memerlukan maklumat, boleh lihat blog info harta sepencarian yang dibangunkan di http://www.drhasanah.com/hs . Namun, blog ini saya letak password atas sebab-sebab tertentu. Jika anda mahukan password tersebut, sila emel saya. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Islam itu rahmat

Dalam kesibukan, tugas rasmi dan tidak rasmi, saya cuba menggunakan sedikit kesempatan ini untuk memberi tazkirah untuk diri sendiri terutamanya.

Berpuluh-puluh tahun dahulu, sebaik sahaja saya dilahirkan, abah terus mengazankan dan mengiqamahkan di telinga saya. Saya terus dibesarkan dalam didikan penuh dengan nilai keagamaan. Namun, hal itu rupa-rupanya membuatkan saya sering menilai kehidupan beragama ini dari sudut tanggungjawab semata-mata. Setiap hari kena solat 5 waktu. Berbuih mulut mak bertanya, “dah sembahyang ke belum?”. Bulan puasa, letih mak kejut bangun sahur dan macam-macam lagi nostalgia ‘liat dan culas’ semasa kanak-kanak. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Portal e-learning, ABWAB the Islamic Links & mAkMaL wOrdPreSs v6

Mana Hasanah ni?
Assalamualaikum,

Ramai yang tegur, kenapa senyap je? Makin jarang-jarang… kadang-kadang… kata Nujum Pak Belalang!

Sengaja saya diamkan diri seketika dan rebuild projek e-learning saya dan Ustaz Rosdi (how to spell? elearning or e-learning or e-Learning?). Hmm…, projek e-learning tu dulu saya kerjakan untuk membantu pengajaran suami di Malaysian Spanish Institute iaitu sejak tahun 2006. Sekarang MSI dikenali sebagai Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Fuh! Punyalah panjang nama. Kadang-kadang bila orang tanya, “Hah? Apa dia? Kolumpo? Suami kerja kat Kolumpo ke?”. Saya akan jawab, “Bukan, UniKL cawangan Kulim!”. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Sumber Sewaan Wajar Dizakat

Saya tidak sehebat orang-orang di luar sana yang asyik keluar masuk tv. Saya hanya orang biasa-biasa sahaja yang cuba menulis dan menulis kerana menyedari bahawa saya tidak mampu menggegarkan dunia dengan hanya mendiamkan diri.

Hari ini dalam sejarah, sedikit idea saya dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia. First time masuk surat khabar. Selalu masuk majalah je, hiii….

AS SEEN ON NEWSPAPER :D

Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Definisi Kahwin Misyar

Assalamualaikum,

Saudara, sebagaimana yang pernah dijanjikan, saya akan menulis sedikit mengenai misyar dalam bulan Ogos. Maaf kerana saudara terpaksa menunggu sehingga hujung bulan kerana sepanjang bulan ini saya sangat sibuk.

Artikel asal bertajuk: Zawaj al-Misyar: Hukmuhu al-Shar’i, ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah, diterbitkan dalam www.ArabLawInfo.com

Definisi Kahwin Misyar:

Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai pemergian.

Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat (bahasa ammiyah) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar, Majallah al-Mujtama’ al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31, Majallah al-Syariah, bil. 392, bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah:

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah daripada lelaki tersebut. (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.)

Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang berpanjangan.(Akhbar al-Dustur, 10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya, tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah Umar al-Ashqar, Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani’, ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak pembahagian giliran bermalam). Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada bila-bila masa atau waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan:

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana telahpun memilikinya.

Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri daripada beberapa hak tertentu.

Cukup dahulu, jumpa lagi di lain hari.

.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare