Fatwa Berkaitan Pelaburan Emas

Dulu, ramai yang tak ambil kisah tentang pelaburan emas. Masa itu, bagi wanita yang penting ialah menambah emas perhiasan. Asal ada duit sedebuk, memang kira nak tambah koleksi je lah. Tapi oh, saya bukan jenis ni. Teringat almarhum suami yang selalu sebut, “alhamdulillah, dapat isteri yang tak suka pakai barang kemas!” hahahaaa….

Emas pertama yang saya beli sendiri (sendiri tu maksudnya: guna duit pinjaman pelajaran JPA hihiii) ialah masa belajar di Jordan. Kalau tak silap masa tu tahun 2 dan dalam musim sejuk. Ceritanya bermula bila sorang makhluk Iraq dok cuba ngorat saya. Tiap-tiap hari dia dok kacau. Menyampah betul. Jadi, memandangkan tradisi atau budaya (disebut ‘urf dalam ilmu usul fiqh) bahawa cincin belah rotan (cincin emas yang tidak berbatu-batu) merupakan lambang seseorang wanita sudah dimiliki atau belum, maka saya naik bas pergi ke al-Karak untuk beli cincin belah rotan. Saya sarungkan di jari manis kanan. Itu maknanya saya sudah bertunang. Kalau disarungkan di jari manis kiri, maknanya saya sudah berkahwin. Nak bagi ganas, saya pinjam cincin belah rotan kawan serumah dan pakai di jari manis kiri. Kemudian, jeng…jeng…jeng… saya pun pergi ke kedai gambar tempat makhluk tu kerja dan tayang-tayang cincin belah rotan di jari manis kiri dan kanan!!! hahahaa saya sudah bertunang dan berkahwin dalam masa yang sama! Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Celaru ‘Siapa Aku’

Saya bukan peminat filem. Saya tak suka terbaring berjam-jam di depan tv. Dalam sejarah hidup pun, saya tak pernah jejak panggung wayang (kolot?). Namun pagi ini (sekejap lagi) saya dijemput untuk memberi komentar tentang ‘dokumentari’ Siapa Aku. Rasa macam tak kena je bila saya kena ulas dokumentari seperti ini. Program sebelum Solat Jumaat ini akan diadakan di Dewan Kuliah D, USM (yang saya pun tahu dok belah mana hihii). Dan err… layakkah ‘Siapa Aku’ dikategorikan sebagai sebuah dokumentari? Ahh… siapa yang celaru?

Dalam entri ini, saya hanya nak kongsikan artikel ilmiah, diulangi… artikel ILMIAH… yang ditulis oleh tok guru saya a.k.a penyelia saya semasa belajar di peringkat Ph.D iaitu Prof. Madya Datin Dr. Paizah hj. Ismail. Beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang menjadi ahli Majlis Fatwa (correct me if I’m wrong).

Janganlah celaru mencari diri sendiri. Kerana kalau tak kenal diri sendiri, maka dibimbangi anda tidak kenal Allah. نعوذ بالله من ذلك

AURAT WANITA:KONSEP DAN HUKUM MENGENAINYA

Oleh:
Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail

Pendahuluan

Masalah aurat wanita suatu tajuk perbincangan yang besar dan memakan ruang yang banyak. Ia merangkumi konsep aurat itu sendiri, batas-batas yang ditentukan, samada dalam sembahyang atau dalam kehidupan biasa. Bahkan, perbincangan tentang aurat dalam kehidupan biasa akan merangkumi pula keadaan yang bermacam-macam, seperti sewaktu berada seorang diri di tempat tertutup atau di dalam gelap, di hadapan muhram, bersama perempuan muslim, bersama perempuan bukan Islam dan akhirnya di hadapan lelaki bukan muhram. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Sisi Gelap Mangsa Jenayah Seks Rogol dan Sumbang Mahram

Prihatin dengan derita jiwa yang menyelubungi mangsa rogol dan sumbang mahram telah membuahkan fikrah untuk membuat kajian perbandingan dalam undang-undang syariah dan undang-undang sivil. Kajian perbandingan tentang jenayah rogol dan sumbang mahram ini tersimpan di khazanah Tun Sri Lanang, komputer saya dan juga kotak buku di stor!

Hari ini saya kongsikan sedikit kandungan penulisan tentang perkara ini yang merupakan kajian Ijazah Sarjana Pengajian Islam yang dikasihi al-marhum suami, ustaz Rosdi Yusof. Sebelum pemergian beliau pada tahun 2007,  beliau hanya sempat menyiapkan draf awal sejumlah 69 halaman yang sebahagiannya merupakan ‘sedutan’ daripada kajian peringkat Ijazah Sarjana untuk di transformasi menjadi buku. Bertambah dukacita lagi, saya belum dapat menyempurnakan hasrat penerbitan buku tersebut kerana terdapat beberapa isi kandungan yang perlu ditambah, dinilai dan ditulis semula. Sila klik gambar di atas. Tiada satu perkataan pun yang ditambah, dikurang atau diubah. Doakanlah semoga buku ini akan diterbitkan juga suatu masa nanti dengan segala penambahbaikan.

Semoga abang diampunkan segala dosa dan diberikan sebesar-besar rahmat daripada Allah s.w.t. di alam sana. Biar berganti pasangan, namun rindu dan kasih isteri dan anak-anak tidak pernah bertepi. Tiada putus doa kami buat abang. Sesungguhnya masa dan tikanya akan tiba jua untuk kami menuruti abang. Semoga kita akan bertemu jua nanti dalam suasana penuh kebaikan. Bak tutur Hajar, puteri bongsu abang yang tidak sempat abang tatap wajahnya, “kalau Hajar mati, nanti Hajar boleh jumpa ayah… kalau mak mati, nanti mak boleh jumpa ayah…”

اللهم اغفر لرشدي بن يوسف
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

- mengingati ulangtahun kelahiran abang yang ke 40 esok, 17 Jun 2011 -

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Memahami Isu Harta Sepencarian – Kaedah Pembahagian

Sambung lagi perbincangan tentang harta sepencarian. Ini ialah bahagian ketiga selepas  dua entri sebelum ini yang membahaskan isu harta sepencarian.

Secara umumnya adalah sukar untuk menentukan kaedah pembahagian harta sepencarian kerana tiada ketetapan khusus mengenai pembahagian ini samada ½, 1/3 atau seumpamanya.

 Dalam sistem adat terdapat pendekatan tertentu yang dapat mentautkan kembali hubungan kekeluargaan sesama pasangan iaitu dengan menyelesaikan sesuatu pertikaian itu melalui kemuafakatan atau perdamaian. Pendekatan demikian berbeza dengan kaedah penyelesaian masa kini yang merujuk kepada sumbangan yang diberi oleh pihak-pihak bertikai merupakan asas penting yang mempengaruhi keputusan mahkamah. Dalam konteks pembahagian terdapat beberapa cara digunakan, iaitu: Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Pertunangan – peluang untuk memilih jodoh

Moto DrHasanah.com

Assalamualaikum,
Fuh, 3 bulan beriddah dengan blog ni. Merajuk pada yang tak sayang, takdenye dia nak memujuk, hihii…
Rencam menjadi penulis, ada sahaja yang tidak ‘diperkenan’ oleh orang yang membaca sehingga timbul tohmah dan fitnah. Aduhai diri, sabarrr…. sabaaarrr….. “Inna Allah ma’a al-sabirin”
Malas hendak melayan kata-kata orang, kerana:

Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
Aku juga tidak mati dengan keji mereka.

Biarkan manusia terus berkata-kata, bila penat, diamlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Ibarat anak-anak bila ditunjukkan gambar kambing, mereka akan kata, itu kambing, padahal itu bukan kambing. Itu ‘gambar’ kambing.
Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Bagaimana iddah bagi wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah putus haid – menopause

Sepi hati meniti hari

Harap-harap ini ialah entri terakhir yang saya tulis tentang iddah. Dah tak larat cakap pasal iddah. Soalan tentang iddah pun tak putus-putus datang. Kadang-kadang tu jawapannya dah ada, tapi entahlah, kadangkala sikap kita ni, kira nak senang dapat jawapan je, tanpa berusaha nak cari dulu maklumat berkaitan.

Ok, bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid (haidh), jika:

1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari
2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.
3. diceraikan… hah, yang ni panjang sikit ceritanya Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kuliah Memaknakan Taharah Untuk Kita-Kita Je

“Allah berkata: Apakah yang menghalangmu sujud kepada Adam pada waktu aku menyuruhmu? Jawab iblis: Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya daripada api sedangkan dia Engkau cipta daripada tanah.” [Al-Quran, Al-A'raf: 12]

Meneliti ayat ini, benarkah api lebih mulia daripada tanah?
Api hebat membakar. Ada api, boleh la buat bbq. Hmm.. betul tu. Tanah pula ada yang subur, ada pula yang keras, kontang dan macam-macam lagi.

Mmmm… cuba bayangkan. Kalau kita ada benih jagung, kita campak ke dalam api. Apa yang terjadi? Hangus rentung, kan. Dalam bahasa kasar, “apa pun tak guna!”.
Kalau dicampak satu lagi benih ke tanah. Untung-untung bercambah juga. Silap gaya, benih yang satu tu boleh menghasilkan sebatang pokok jagung yang menghasilkan banyak buah. Jangan lupa, jagung ialah sejenis pokok yang ada pakej lengkap sistem reproduktif pada satu pokok. Pokok yang satu tu akhirnya boleh menghasilkan beratus-ratus lagi pokok jagung!
Jadi, mestikah api yang hebat membakar tu lebih hebat berbanding tanah? Mestikah iblis yang dicipta dari api itu lebih hebat berbanding manusia yang dicipta daripada tanah? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Apa yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang berada dalam iddah kematian suami?

sepi sendiri

Persoalan kali ini akan menjengkelkan golongan ‘pembela wanita’ yang beriya-iya mahu ‘membebaskan’ golongan wanita dari cengkaman ‘kezaliman’.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Islam itu zalim, Islam tidak indah, Islam mengongkong wanita dan macam-macam lagi apabila mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai halangan yang dikenakan ke atas wanita yang baru sahaja kematian suami. Tidakkah mereka ini patut dibiarkan bebas untuk ‘menghiburkan hati’ yang sedang sedih? Biarkan sahaja mereka pergi kenduri-kedara, pergi melancong, window shopping dll… Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Tempoh Iddah: Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)

SetBersalin.com

Selepas bebeapa kali diajukan soalan tentang iddah wanita yang sedang mengandung, barulah saya sedar bahawa semasa membahaskan topik iddah, saya terlupa untuk mencatatkan tentang iddah wanita mengandung.

Tempohari (errr… lama dulu sebenarnya!) ada saya catatkan bahawa bagi perempuan yang kematian suami ketika sedang mengandung, maka iddahnya tamat apabila dia bersalin, tidak kira sama ada tempoh mengandungnya panjang ataupun pendek, atau sama ada kandungannya cukup bulan atau pun tidak.

Dalam hal ini sebenarnya ada perbincangan panjang antara fuqaha sama ada hendak dikira sehingga wanita ini bersalin ataupun melihat kepada tempoh yang paling panjang (ab’ad al-ajalayn) kerana ada pertindihan dua faktor pengiraan iddah, iaitu kematian dan kehamilan. Perbahasan lanjut hal ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab fiqh munakahat. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Untuk kita-kita: Istihadhah

hitam-putih
Lanjutan tentang soal-jawab tentang haidh tempohari, hari ini saya akan sentuh pula tentang istihadhah (dieja juga dengan: istihadah)

ISTIHADHAH/ ISTIHADAH

S: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIHADHAH

J: Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.

S: BOLEH JELASKAN DENGAN CARA YANG LEBIH MUDAH? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Untuk awak: Soal jawab tentang haid/ haidh (bahagian 2)

OK, sambungan topik dua hari lepas. Kali ini saya akan sentuh tentang haid dan hubungan suami-isteri.

Amaran: Entri ini tidak sesuai dibaca oleh orang yang belum kahwin atau telah berkahwin (seperti saya). Hanya orang yang sedang berkahwin sahaja boleh baca!!!


+++++++++++++++++++++++++
ISTERI HAID?
+++++++++++++++++++++++++

S: ISTERI SAYA HAID, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN KE ATAS ISTERI SAYA?

J: Soalan ini sangat menarik. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid / haidh (bahagian 1)

takde kena mengena
Resah, resah juga, tapi, biarlah dalam minda separa sedar sekalipun, saya tetap akan terus menulis walaupun pada skala tidak stabil.

OK, berikut ialah soal jawab tentang hukum haid. Tak pasal-pasal je saya tulis pasal haid. Puncanya, ceramah saya lusa akan menyentuh hal sulit a.k.a rahsia wanita.

Disclaimer: Soal jawab ini sesuai untuk orang awam sahaja. Jika anda ada Ijazah Pengajian Islam, tak perlulah kutuk jawapan yang saya berikan kerana saya telah mengambil kira aspek semasa dan setempat apabila memberikan jawapan. (Kadang-kadang malas juga berdepan dengan orang yang ta’sub mazhab ataupun tolak mazhab dan cuma nak pakai quran & sunnah semata-mata. Simpati dengan orang seperti ini kerana mereka berasa diri lebih hebat daripada perawi hadith seperti Imam Malik dan Imam Syafii :( yang telah menggunakan fiqh & usul fiqh dalam memahami hadith) Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare