Fatwa daripada Sheikh al-Azhar, Mesir

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia 31 Mei 2006

Perkahwinan misyar sah – Sheikh al-Azhar

KUALA LUMPUR 30 Mei – Sheikh al-Azhar, Mesir, Prof. Dr. Muhammad Sayyed Tantawi berkata, perkahwinan misyar mengikut syarak adalah sah.
Katanya, semua syarat syarak seperti ijab dan kabul, mas kahwin dan pengisytiharan kepada umum terdapat dalam perkahwinan ini dan tidak ada paksaan oleh mana-mana pihak.
“Kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk menolak haknya, jadi kedua-dua pihak dapat hidup dengan aman dan sempurna,” katanya kepada pemberita melalui terjemahan oleh Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman.
Prof. Muhammad Sayyed Tantawi yang kini dalam rangka lawatan ke negara rumpun Islam di rantau ini hari ini menyampaikan syarahan perdananya di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
Beliau berkata, tidak timbul soal penganiayaan kepada wanita kerana ia dibuat dengan persetujuan bersama tetapi dari segi lain.
“Mereka yang berkahwin misyar ini sebabnya ada wanita yang mungkin telah bercerai atau suaminya meninggal dunia tetapi wanita itu ingin hidup dalam keadaan bersih (terpelihara daripada maksiat) dan kebahagiaan (mendapat kasih sayang dan nafkah batin daripada suami),” katanya.
Lelaki yang mengamalkan perkahwinan misyar ini pula kebanyakannya terdiri daripada mereka yang sudah berumahtangga dan memang menjadi amalan di kebanyakan negara di Asia Barat, katanya.
Wanita akan bersetuju untuk tidak mendapat nafkah zahir kerana wanita itu sendiri mungkin mampu menyara hidupnya tetapi menuntut supaya suami datang menjenguk sekurang-kurangnya seminggu sekali, katanya.
Suami pula tidak boleh memaksa wanita itu pindah ke rumah isteri pertama malah terpaksa membenarkan isteri yang dikahwini secara misyar itu duduk bersama keluarga atau di rumah milik beliau sendiri, katanya.
“Sebenarnya perkahwinan misyar ini amat sesuai untuk wanita yang suka hidup di dalam rumah dan wanita yang suka dikelilingi oleh anak-anak mereka,” katanya.
Ketika ditanya jika ia boleh diamalkan di Malaysia, Muhammad menjawab: “Kalau berlaku demikian apa salahnya, kerjasama suami isteri amat digalakkan”.
Kahwin misyar dicetuskan baru-baru ini dalam akhbar tempatan oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid yang dikatakan sesuai untuk mengatasi masalah wanita tidak berkahwin.
Bagaimanapun, ia menimbulkan banyak reaksi dan tentangan daripada kaum wanita sendiri yang khuatir akan timbul penganiayaan dan perlepasan tanggungjawab oleh lelaki.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Petikan akhbar mengenai misyar yang mencetuskan polemik

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Mei 2006

Syor benarkan lelaki mengamalkan perkahwinan misyar

Oleh: WAN MOHD. HAFIZ WAN HAMZAH

KUALA LUMPUR 24 Mei – Seorang pensyarah universiti hari ini mencadangkan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.
Malah menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid, perkahwinan tersebut juga mampu mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat.
Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap isteri.
Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab.
Beberapa ulama termasuk Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fatwa Muasaraahnya berpendapat nikah misyar adalah sah.
Mereka membenarkan amalan tersebut berdasarkan situasi mashalahat berlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin.
Perkahwinan misyar difatwakan harus oleh beberapa ulama negara Arab dan telah pun diamalkan di Arab Saudi serta beberapa buah negara Teluk.
Perbezaan antara perkahwinan misyar dengan mutaah ialah mutaah mempunyai tarikh atau tempoh tertentu bagi sesebuah perkahwinan manakala misyar tiada tempoh ditetapkan.
Isu nikah misyar mula menjadi tumpuan apabila beberapa pihak menggesa supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa sama ada ia boleh dilaksanakan di negara ini atau tidak.
Ini kerana ada umat Islam di Malaysia yang berpendapat bahawa pernikahan tersebut merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah ramai wanita yang belum berkahwin.
Mahmud Zuhdi berkata, amalan perkahwinan misyar boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.
“Jika pihak isteri bersetuju bahawa lelaki tidak perlu memberi nafkah zahir seperti menyediakan rumah, pakaian dan sebagainya, tetapi hanya bertanggungjawab terhadap nafkah batin saja, maka ia tidak menjadi masalah,” tegasnya.
Apa yang menjadi masalah kata beliau, apabila timbul pertikaian berhubung siapa yang bertanggungjawab memberi nafkah dalam rumahtangga.
“Sekiranya tidak timbul soal siapa yang patut memberi nafkah atau siapa yang patut menanggung siapa, maka perkahwinan seperti itu tidak ada masalah untuk diamalkan.
“Apatah lagi dalam keadaan hari ini, wujudnya masalah ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin,” jelas beliau.
Mahmud Zuhdi berkata, amalan perkahwinan misyar boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
“Jika pihak isteri bersetuju bahawa lelaki tidak perlu memberi nafkah zahir seperti menyediakan rumah, pakaian dan sebagainya, tetapi hanya bertanggungjawab terhadap nafkah batin saja, maka ia tidak menjadi masalah.
“Apatah lagi dalam keadaan hari ini, wujudnya masalah ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin,” jelas beliau.
Mahmud Zuhdi berpendapat, perkahwinan seumpama itu sepatutnya dibenarkan, berdasarkan permasalahan yang berlaku pada masa kini.
Bagaimanapun, katanya perkahwinan ini harus dilakukan secara jujur dan tidak disalahgunakan bagi menganiaya kaum wanita.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Misyar, mishar, mishwar atau mis-yar? Sebutan mana yang betul?

Aduh! Ini pun jadi hal jugak. Macam-macam bunyi yang orang sebut. Orang ramai bila keluar kat paper ‘misyar’, maka pakat baca ‘mishar’.

Dalam satu siri Wanita Hari Ini, ketika isu ini panas dibincangkan, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi ada talipon untuk beri sedikit penjelasan. Katanya, yang betul ialah MISHWAR, iaitu yang berasal daripada ‘mushawarah’ atau mesyuarat bukannya misyar atau mishar.
Bagi kebanyakan ulama timur tengah, istilah yang digunakan ialah ‘MISYAR’ yang disebut dengan cara ‘MIS-YAR’.

Begini cara misyar ditulis dalam bahasa Arab:

Cara sebut: Za-wa-jul-mis-yar
Maksudnya: perkahwinan misyar

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare