…mencari al-hasanah di dunia dan akhirat
Assalamualaikum,
Fuh, 3 bulan beriddah dengan blog ni. Merajuk pada yang tak sayang, takdenye dia nak memujuk, hihii…
Rencam menjadi penulis, ada sahaja yang tidak ‘diperkenan’ oleh orang yang membaca sehingga timbul tohmah dan fitnah. Aduhai diri, sabarrr…. sabaaarrr….. “Inna Allah ma’a al-sabirin”
Malas hendak melayan kata-kata orang, kerana:
Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
Aku juga tidak mati dengan [...]
Harap-harap ini ialah entri terakhir yang saya tulis tentang iddah. Dah tak larat cakap pasal iddah. Soalan tentang iddah pun tak putus-putus datang. Kadang-kadang tu jawapannya dah ada, tapi entahlah, kadangkala sikap kita ni, kira nak senang dapat jawapan je, tanpa berusaha nak cari dulu maklumat berkaitan.
Ok, bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah [...]
Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.
Melangkah pergi yang tiada kembalinya…
Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, ‘iddah).
Apa maksud iddah?
Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh [...]
Ini bukan kali pertama. Sudah bebapa kali saya diajukan persoalan yang semacam ini.
Setiap kali warkah seperti ini mengetuk peti mail saya, pasti nafas saya akan terhenti seketika. Apa yang telah berlaku dengan generasi yang bakal menggantikan kita suatu masa nanti?
Fikirkanlah…
Assalamualaikum Dr..saya xxxxxxxxxxxx. ingin mengajukan masalah saya kepada Dr..sekiranya seseorang pelajar telah terlibat dengan zina tetapi [...]
Hah! hah! Ramai yang nak kawin, tapi tak menyangka mereka perlu tengok balik surat beranak dan congak umur mereka berapa tahun sekarang!
Tahukah anda bahawa jika anda tidak cukup umur, anda tidak boleh berkahwin?
Sebenarnya, kalau dilihat secara kasar dalam pandangan lama tentang umur minimum untuk kawin, tidak had umur minimum untuk tujuan tersebut. Tetapi
“Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?”
“Ahli muzik, mak…”
“Pantang keturunan aku ahli muzik!”
Dialog ini mungkin jarang kita dengar dalam kalangan masyarakat hari ini. Tetapi, tempiasnya dapat dirasakan terutamanya apabila ada rombongan membawa sireh pinang dan cincin sebentuk. Soalan yang sering ditanya kepada kepala rombongan… “dia kerja apa? kat mana?” dll.
Jarang yang ‘berani’ bertanya… “dia tahu [...]
Assalamualaikum,
Kembali kepada janji saya untuk menumpukan artikel tentang perkahwinan.
***********
Apabila kita membuka kitab-kitab tentang perkahwinan, antara perkara awal yang sering disebut ialah kebaikan berkahwin, dalil-dalil yang menggalakkan perkahwinan dan sebagainya. Orang yang memang teringin nak kahwin tak perlu diajar tentang kenapa dia perlu kahwin. Kalau tak disuruh pun, dia akan kahwin juga.
Tetapi, kita jarang disajikan [...]
Alhamdulillah….
Setelah berpening kepala dengan entah apa-apa makhluk pickcell ni, akhirnya saya berjaya jugak setup portal e-learning ke tahap yang boleh diguna pakai!!!
So, my dearest student yang ambil HIS 224: Institusi Kekeluargaan Islam, sila klik logo entering Ijazah Pertama di sebelah kanan blog ni dan anda akan dibawa ke my e-learning portal.
Kemudian, anda boleh [...]
Terima kasih kerana terus setia bersama saya.
Sebagai satu penghargaan, saya ingin menghadiahkan kepada anda e-kuliah tentang Kekeluargaan dan Perkahwinan Islam (Kuliah 1).
Untuk mendapatkan hadiah anda, sila isi Buku Tetamu terlebih dahulu. Anda akan diberikan password untuk mendapat akses kepada hadiah tersebut.
Ini baru permulaan, banyak lagi freebies yang akan menyusul kemudian.
Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidil Adha (kalau saya masih belum terlambat untuk mengucapkannya!!!) buat semua.
Kuliah di USM telah pun bermula. Cabaran baru juga bermula. Semester ini, saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek yang paling digemari oleh para pelajar, iaitu bab kawin… kawin…. kawin….
Untuk menyesuaikan landskap minda saya dengan blog ini, maka saya akan menumpukan penulisan selepas [...]
Assalamualaikum,
Maaf, lambat tambah info tentang misyar. Saya terlalu sibuk dengan tugas membangunkan beberapa laman web selain tugas-tugas rasmi di USM.
Minggu lepas saya baru je selesai menguruskan Bengkel Etika Kerja Dalam Islam 2006 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Baru je rasa nak bernafas sedikit, kuliah pula dah nak bermula minggu depan.
Hari ini saya ingin [...]
Assalamualaikum,
Saudara, sebagaimana yang pernah dijanjikan, saya akan menulis sedikit mengenai misyar dalam bulan Ogos. Maaf kerana saudara terpaksa menunggu sehingga hujung bulan kerana sepanjang bulan ini saya sangat sibuk.
Artikel asal bertajuk: Zawaj al-Misyar: Hukmuhu al-Shar’i, ditulis oleh Muhammad To’mah al-Qudhah, diterbitkan dalam www.ArabLawInfo.com
Definisi Kahwin Misyar:
Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar [...]
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.