Tak tahu tajuk. Raya? Mati? Wasiat?

“Salam, jenazah kb dh dibawa blk ke umah mak dia, akan kebumi esok kul 10 pg…” Demikian sms yang diterima pada hari raya pertama AidilFitri baru-baru ini. Terkedu membacanya. Di saat umat Islam bergembira dengan persiapan malam raya, rupa-rupanya sahabat saya, Khairul Bariah, dipanggil bertemu Rabbuljalal. Tinggallah empat orang anakandannya menjadi yatim dan merindui kasih ibu. اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها


[SMAS, Kajang, 3 Kuning, 1990. Berterabur: Hafiz Sarim, Madihah, Mardhiyah, Syirazi Hafiez, Hafiz Othman, Yusrina Yunus, Azri Sahat, Azrin Aziz, Shahril Yusni, Zairil, Nooradilah Mohd Rukon, Noradillah, Raslina Mohamed Nor, Faizal Yassin, Hasbi Arifin, Syukri, Fariheena, Halim Hafiz, Mohd Helmi, Amalina Mahidin, Iskandar Hamim, Faris Hasbullah, Afizah Yaakob, Nur Ahmad, Hasanah Abd Khafidz (teka yang mana?), Mohd Zulakhmar Zakiyudin, Siham Ismail, Che Iazmi Che Sof, Ariffaizad, Khairul Bariah Abas Azmi, Norhidayah, Kamarul Arrifin Ali, Rosmiyati, Intan Syafinaz Mat Shafie, Norleen Rashid, Hazalina, Norlin Soraya Ahmad Bashri, Suzlina Shokri and Syazli Fathi] Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Insuran vs Takaful

Minggu lalu, seorang wanita tidak dikenali menghubungi saya. No. hp saya diperolehi dari maklumat yang saya gunakan untuk membuat tempahan tiket AirAsia secara online. Memang baru-baru ini saya sering membuat tempahan online sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk pembantu rumah yang pulang ke Indonesia.

Wanita tersebut menawarkan insuran kemalangan yang menggiurkan. Maklumlah, dengan premium yang rendah, perlindungan yang diberikan menjangkau setengah juta ringgit (RM500,000) bagi setiap ahli keluarga saya yang seramai 7 orang! Saya terfikir, kalau berlaku musibah besar ke atas saya atau suami atau anak seperti kecacatan, lumpuh atau…. err…. inna lillah wa inna ilayhi rajiun…, setengah juta akan masuk ke dalam akaun dan boleh digunakan untuk perubatan, alat bantu hayat, menyara anak-anak yang masih kecil dsb. Kalau 3-4 orang sekali kena? Fuh! Tak mahu ke? Bukan mahu mendoakan musibat tersebut, tetapi kena beringat, jangan nanti bila dah terhantuk baru nak terngadah. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

2.5% tu bukan awak punya

“Wah! Hebat. Berapa gaji sekarang?” tanya saya.
“Bolehlah cukup-cukup makan,” x menjawab tersipu-sipu.
“Kenal tak sesiapa yang tak cukup makan?” Saya bertanya lagi.
“Erk… mmm… kenapa ustazah?” Respon terkejut x kepada soalan saya.
“Ye lah, kalau dah mewah begini, mesti banyak dah gaji tu. Tahu tak yang 2.5% gaji tu bukan awak punya?” Saya cuba memerangkap.
“Hisy, apa ni? Ustazah ingat saya curi duit orang ke? Ini semua hasil titik peluh saya,” bidas x.

Bagus! Ini baru mukadimah. Puji-puji sikit biar dia terasa dekat dan tersenyum, kemudian hmm…. barulah masuk gear 2! Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Tazkirah Awal Ramadhan 1431H – Setengah Kena Bagi Balik

Alhamdulillah, masih sempat lagi jiwa ini berenak-enak dalam damai bayu Ramadhan 1431H. Selepas 11 purnama meninggalkan Ramadhan yang lalu, tidak pasti, apakah tarbiyah Ramadhan 1430H berbekas pada akhlak dan budi. Sungguh kerdil manusia di sisi Allah s.w.t. Cakap berdegar-degar, tetapi aplikasinya tidak seberapa. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

بيت المال في الإسلام

 كانت هذه المقالة من رسالتي لنيل درجة الماجيستر في الفقه والأصول في الجامعة الإسلامية العالمية ماليزيا، سنة 2000م.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الكريم، وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد، فإن الله عز وجل خلق الإنسان وأكرمه بنعمه التي لا تحصى، ومن هذه النعم نعمة المال. قال تعالى: ]المال والبنون زينة الحياة الدنيا[ الكهف: 46. فالمال يجب تنظيمه تنظيما صالحا لا سيما تنظيم تلك الأموال التي فيها حقوق الفقراء والمساكين والمحتاجين الآخرين.

وقد شهد التاريخ الإسلامي تأسيس أول مؤسسة رسمية لتنظيم الأموال، وذلك في عصر عمر بن الخطاب رضي الله عنه حيث أسس ديوان المال لتنظيم أموال الفيء والخراج والغنيمة وغير ذلك. وتوالت جهود الخلفاء الراشدين من بعده في جمع أموال بيت المال وتوزيعها على مستحقيها. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Ramadan best kerana ada zakat fitrah


Ibn Abbas telah menyebut (maksudnya):

Rasulullah s.a.w. telah memfardukan zakat fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada fakir miskin. Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang (hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa

[hadith riwayat Ibn Majah]

Hari ini berlalulah 17 hari kita berpuasa di bulan yang mulia ini. 17 hari dah berlapar berdahaga… Hmmm… apa rasanya? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Sumber Sewaan Wajar Dizakat

Saya tidak sehebat orang-orang di luar sana yang asyik keluar masuk tv. Saya hanya orang biasa-biasa sahaja yang cuba menulis dan menulis kerana menyedari bahawa saya tidak mampu menggegarkan dunia dengan hanya mendiamkan diri.

Hari ini dalam sejarah, sedikit idea saya dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia. First time masuk surat khabar. Selalu masuk majalah je, hiii….

AS SEEN ON NEWSPAPER :D

Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Aku mahu kaya!!!

Lama dulu, rakyat Malaysia tidak ambil pusing tentang internet kecuali untuk melihat berita, chatting dan bermain online game secara percuma. Tetapi apabila muncul cerita bagaimana orang menjadi jutawan internet seperti Dr. Irfan Khairi, mata kita pun ikut bersinar sama. Perasaan ‘tergedik-gedik’ untuk turut menjadi jutawan tak boleh disembunyikan lagi.

glossy-warning-button.jpg
“Aku mahu kaya!”, kata Leman selepas terbaca testimoni dalam laman em- pay.
“Aku pun! Kau tengok ni, ab fund, swiss cash, arab fund, ada macam-macam lagi ni!”, Ruslan menyampuk. Suasana dalam Cyber Cafe jadi panas seketika.
“Ah, leceh lah. Nak kena ada duit untuk melabur. Aku mana ada duit”, keluh Murad.
“Aku ingat, kau buat website, buat program Sumbangan Ikhlas, minta bantuan orang ramai. Rakyat Malaysia kan suka bersedekah.” Sampuk Leman. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Pelaburan saham melalui Internet haram “ Majlis Fatwa

Dipetik dari:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Oleh NOR AZIAH JAAFAR, RUHAIDINI ABD KADIR dan RAMLI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 12 April “ Ketika wujud gelombang besar penyertaan orang ramai dalam skim-skim pelaburan Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda, aktiviti itu hari ini difatwakan sebagai haram di sisi Islam.

Keputusan Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-77 di Kuala Terengganu itu sudah pasti memberi kesan kepada aktiviti pelaburan melibatkan tidak kurang 500,000 orang Islam termasuk golongan kenamaan dan profesional berpangkat Tan Sri dan Datuk. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Punggahlah rezeki di lautan dalam, tapi…

Tapi jangan lupa dengan janji tuhan….

Antaranya….

Dajjal Akan Muncul Saat Kita Lupa

Dalam Al-Quran Surat Muhammad ayat 8, maksudnya:

“Maka tidaklah yang mereka menunggu-unggu kerana hari kiamat datang dengan tiba-tiba. Kerana sesungguhnya telah datang syarat-syaratnya.”Sedangkan syarat atau tanda-tanda (kecil) kiamat di antaranya tercantum dalam Hadits Riwayat Muslim dari Umar bin Khaththab Radhiallaahu anhu, yang diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Ibnu Abbas. Yang pertamanya “Apabila budak perempuan melahirkan tuannya……”.
Apakah fenomena di atas sudah terjadi saat ini? Sekarang ini, anak yang kurang ajar dan suka memerintah orangtua bukan hanya berlaku di Barat. Di Malaysia yang majoritinya Muslim pun terjadi. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kisah si tenggang bukanlah perkara asing lagi hari ini.

Kita perlu berhati-hati dengan perkara ini. Ingat! setiap insan yang ada di muka bumi ialah anak. Tidak mungkin kita menjadi anak tanpa ibu dan bapa. Maka, fikirkan sejenak. Apakah agaknya perkara terakhir yang telah kita lakukan kepada ibu bapa kita hari ini, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun-tahun yang lepas?

Menung, menung sejenak…..

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare