…antara keperluan, kemahuan & kemampuan
Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini. Soalan yang ditanya sangat mengejutkan. Dia ingin meminta penjelasan tentang cara mengira iddah. Saya cuba meminta kepastian kerana tidak ada sebab untuk seseorang bertanya tentang iddah melainkan jika dia berada dalam keadaan yang menyedihkan itu. Benar! Dia baru bercerai. Hakim memerintahkan dia beriddah selama 3 kali suci. Rakan ini [...]
Wanita yang kematian suami mempunyai tempoh iddah yang berbeza berbanding perpisahan akibat perceraian. Disebutkan dalam ayat 234 Surah al-Baqarah:
((..dan bagi perempuan yang kematian suami di antara kamu dan kemudiannya mahu berkahwin maka hendaklah dia menahan dirinya (beriddahh) selama empat bulan dan sepuluh hari))
Dalam satu kertas kerja yang ditulis oleh pensyarah saya semasa belajar di Universiti [...]
Enam purnama telah berlalu. Kesedihan kami sekeluarga masih tidak hilang. Kerinduan di hati masih kukuh tidak berkurang. Melihat Huda yang baru berusia 2 tahun menangis terkenang ayah ketika saya, Hanan dan Husna membaca Yasin malam tadi, Allah… tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika cuba memujuk dia agar jiwanya kembali tenang.
Enam purnama telah berlalu. Rasa [...]
Pertama kali dalam blog ini saya bermonolog meluahkan kesedihan yang tidak tertanggung rasanya. Cukuplah untuk dua hari monolog itu disiarkan dalam blog ini… sehari sempena hari bapa dan sehari lagi sempena ulangtahun kelahiran Ustaz Rosdi yang ke-37. Semoga Allah s.w.t. memberikan keampunan dan rahmat buatnya.
Saya rasa sangat perlu untuk unpublished monolog dua hari lepas kerana [...]
Tempohari kita dah sentuh tentang tempoh iddah jenis pertama, iaitu 3 kali suci.
Jenis kedua pula ialah 3 bulan
Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci)
Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya. Sekiranya dia diceraikan, maka [...]
Sambung semula perbincangan tentang iddah.
Tahukah saudara berapa lamakah seseorang perempuan perlu beriddah? Satu bulan? Tiga bulan? Empat bulan? Sampai mati? atau berapa sebenarnya?
Kerana tidak tahu dari mana hendak bermula, maka biarlah saya jana semula penulisan berdasarkan pengalaman saya yang baru kematian suami.
Melangkah pergi yang tiada kembalinya…
Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah. (Dieja juga dengan idah, edah, eddah, ‘iddah).
Apa maksud iddah?
Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh [...]
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita. Jika anda rasa dengan melayari blog ini sekadar membuang masa anda, please, juz leave me alone....