Seminar Tokoh-tokoh Hadis Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan

Akhirnya, hari seminar pun tiba. Penat lelah berbulan lamanya diuji pula pada hari ini. Tak tahulah apa pandangan peserta yang datang dari pelusuk dunia. Tapi, bagi kami, inilah yang terdaya kami lakukan.

Pagi tadi, Syeikh Salim al-Hilali dari Jordan datang untuk memberikan ucaputama. Banyak persoalan yang ditimbulkan. Esok beliau akan memberikan satu pembentangan pula. Ada satu soalan yang saya akan kemukakan. Tunggulah….

Petang, Ustaz Rosdi membentangkan kertas kerja bertajuk: Sumbangan al-Qaradawi dalam Pentafsiran Hadis Asnaf Zakat: Kajian ke atas Buku Fiqh al-Zakah. Kertas kerja ini mengemukakan hasil kajian awal kami tentang pemikiran baru dan juga pemikiran yang agak asing tentang pentafsiran asnaf zakat yang dikemukakan oleh al-Qaradawi. Idea-idea yang dibentangkan ialah yang mempunyai kaitan dengan pemahaman beliau ke atas hadis. Ringkasnya, ada 4 isu yang dibentangkan pada petang ini, iaitu:
1) bantuan saraan perkahwinan untuk fakir dan miskin
2) amil wanita
3) mualaf bukan Islam
4) bantuan untuk mangsa bencana alam

Sebenarnya, kertas ini ditulis secara bersama dengan saya, tapi, sajalah… malas nak bentang sebab banyak sangat benda yang masuk dalam kepala. Dengan selamba, saya duduk kat meja peserta dan buat-buat sibuk ambil gambar Ustaz! :)

Lepas pembentangan, macam biasalah, soalan yang dikemukakan untuk kami sentiasa lebih banyak daripada yang dikemukakan untuk pembentang lain. Nampaknya, ramai yang berminat dengan pemikiran baru yang dibawa oleh al-Qaradawi dalam bab zakat.

Lebih mengejutkan, selepas itu, wakil media datang bertemu saya dan… hih.. hih… tak payah cakaplah!

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Konvokesyen USM 2007

Selamat Bergraduat!

Sejambak tahniah buat semua graduan USM yang akan menyambut konvokesyen mulai esok. Semoga kejayaan ini akan dijadikan pencetus kejayaan yang lebih besar dan hebat buat anak bangsa dan tamadun negara.

Tahniah!

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Warkah tak diundang….

Ini bukan kali pertama. Sudah bebapa kali saya diajukan persoalan yang semacam ini.
Setiap kali warkah seperti ini mengetuk peti mail saya, pasti nafas saya akan terhenti seketika. Apa yang telah berlaku dengan generasi yang bakal menggantikan kita suatu masa nanti?

Fikirkanlah…

Assalamualaikum Dr..saya xxxxxxxxxxxx. ingin mengajukan masalah saya kepada Dr..sekiranya seseorang pelajar telah terlibat dengan zina tetapi mahu bertaubat dan mengubah cara hidupnya.namun,desakan hawa nafsu tidak dapat dikawal.ingin berkahwin tetapi kedua belah keluarga belum bersetuju kerana si lelaki masih belajar.ingin menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku, takut keluarga terkejut dan memandang serong.jadi, bagaimana yang harus dilakukan agar dosa-dosa besar tersebut dapat ditinggalkan.pasangan tersebut saling menyayangi. adakah patut berkahwin secara sembunyi-sembunyi bagi mengelakkan berulangnya dosa-dosa besar tersebut?atau menceritakan kepada ibu bapa tentang perkara tersebut?dosa-dosa tersebut menyebabkannya tertagih untuk melakukannya kembali Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Seminar Terkini di USM

Seminar Tokoh-tokoh Hadith Pasca Kurun ke-13 Hijrah: Kesarjanaan dan Sumbangan akan berlangsung tidak lama lagi. Beberapa maklumat terkini telah dimasukkan dalam laman web rasmi seminar iaitu di www.usm.my/hadith/ .

Jika anda berminat untuk menyertai seminar tersebut, sila daftar segera secara online dan buat pembayaran yuran dengan segera. Memandangkan tarikh tutup pendaftaran ialah pada penghujung bulan ini dan kami juga baru sahaja melakukan promosi ‘agak’ besar-besaran, maka jumlah kerusi kosong yang ada tinggal sedikit sahaja lagi. Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar pengunjung blog saya menggunakan peluang yang ada untuk menambah ilmu dalam seminar yang akan diadakan sebelum kehadiran Ramadan yang mulia.

Lawati: www.usm.my/hadith/ .
Webmaster seminar: saya :)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Ting tong

Aduhai badan, banyaknya kerja nak kena buat. Banyak betul cabaran jadi pensyarah di USM ni. Baru je lepas kursus Pengajaran dan Pembelajaran 2 minggu, esok kena masuk Kursus Induksi pulak. 2 minggu lagi! Dalam masa yang sama, banyak kertas kerja, proposal, artikel, persediaan pengajaran dan lain-lain yang kena buat. Meeting lagi. Dah la hubby out-station manjang. Yang comel-comel keliling pinggang ni pulak, macam-macam kerenahnya. Aduhai badan…..

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Aku mahu kaya!!!

Lama dulu, rakyat Malaysia tidak ambil pusing tentang internet kecuali untuk melihat berita, chatting dan bermain online game secara percuma. Tetapi apabila muncul cerita bagaimana orang menjadi jutawan internet seperti Dr. Irfan Khairi, mata kita pun ikut bersinar sama. Perasaan ‘tergedik-gedik’ untuk turut menjadi jutawan tak boleh disembunyikan lagi.

glossy-warning-button.jpg
“Aku mahu kaya!”, kata Leman selepas terbaca testimoni dalam laman em- pay.
“Aku pun! Kau tengok ni, ab fund, swiss cash, arab fund, ada macam-macam lagi ni!”, Ruslan menyampuk. Suasana dalam Cyber Cafe jadi panas seketika.
“Ah, leceh lah. Nak kena ada duit untuk melabur. Aku mana ada duit”, keluh Murad.
“Aku ingat, kau buat website, buat program Sumbangan Ikhlas, minta bantuan orang ramai. Rakyat Malaysia kan suka bersedekah.” Sampuk Leman. Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Hmmmmm….

Dipetik dari laman web Bernama: http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=255053

04 April, 2007 21:53 PM

Jambatan Pulau Pinang Sesak Teruk Gara-gara Panggilan Bom

PULAU PINANG, 4 April (Bernama) — Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk selama lebih dua jam mulai 4.45 petang ini berikutan tindakan polis menutup laluan bagi kedua-dua arah di jambatan itu ekoran satu panggilan bom yang diterima petang ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Azam Abdul Hamid berkata jambatan itu ditutup mulai pukul 4.45 petang ini bagi membolehkan unit pengesan bom membuat pemeriksaan dan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap pengguna jambatan itu.

Beliau berkata polis bertindak menutup jambatan itu sejurus selepas menerima panggilan bom itu.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sebatang paip sepanjang 30.48 sentimeter di Km38 laluan Butterworth menghala ke Pulau Pinang, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Unit pengesan bom kemudian meletupkan batang paip berkenaan di tempat kejadian pada kira-kira 6.30 petang.

Jambatan itu dibuka semula pada kira-kira pukul 7 petang setelah polis memastikan bahawa keadaan kembali selamat.

– BERNAMA

(betul ke batang paip tu berisi bom?)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kenapa ya pak polisi?

Tersangkut lagi di pejabat!

Inilah cabaran hidup di sebuah pulau. Setiap kali timbul masalah di jambatan Pulau Pinang yang indah itu, maka setiap kali itu jugalah saya tersangkut di kerusi ini.

Entah apa lah puncanya. Kedua-dua hala ditutup.

Seorang rakan membuat andaian. “Pagi tadi masa akak lalu, nampak diorang dah susun-susun penghadang kat tepi jambatan. Agaknya, ni pasal nak lebarkan jambatan kot!”, begitu yakin cik kak tu. Dulu dia pernah bercita-cita nak jadi spekulator agaknya Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Kau kurindu walau wajahmu tak tergambar di mata hati. Kuharap syafaatmu, mungkinkah diri ini layak bertamu di sisi?

Entah kenapa, jemari ini seakan beku bila dilabuhkan di atas hamparan kekunci ahruf. Sebulan rupanya, tiada perkhabaran yang dapat dilayangkan ke mata dunia. Hambatan tugas, antara akademik, keluarga, melayan ragam manusia dan entah apa lagi tidak pernah putus datang dan pergi, tidak mengizinkan hamba yang kerdil ini daripada rancak menilik mengelek wacana piksel ini.

Sejenak, saya terfikir, di keriuhan umat Islam berkeliling berzikir berselawat… sempena maulid Rasulullah s.a.w., sudah berapa lamakah sebenarnya peristiwa maulid itu berlaku? 1428 tahun? Mungkinkah? Tidak! Itu angka peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. yang membuka sinar baru daulah Islamiyyah di kota Yathrib (Madinah). 1441 tahun? Tidak! Itu baru fasa permulaan sinar agama wahyu yang suci. Jadi bilakah peristiwa kenabian itu berlaku? Continue reading

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Jom berseminar

Assalamualaikum,

Lamanya tak menceceh kat sini.
Mintak maaf semua ya. Minggu ni kepala dingdong. Entah kenapa, semua benda dia punya dateline minggu ni. Kecelaruan minda dibuatnya.
Proposal YADIM (done), proposal FRGS (sempat ke hantar esok?), meeting (done), mana nak prepare ngajar lagi (esok ada dua kelas). Dah lah bilik asyik kena ketuk je, sebab ngada-ngada letak dateline untuk student hantar tugasan munakahat hari ni jugak. Tu atas kabinet ada beratus kertas kerja student nak kena semak (tolong semak boleh?). Student SHE lagi (cepat sikit ya). Artikel untuk jurnal MSI (done). Melayan emel yang tanya macam-macam soalan dunia lagi (tanyalah, sementara bumi senget sebelah je. Kalau bumi dah terbalik karang, mesti lah tak boleh tanya sebab kabel jalur lebar dasar laut rosak!). Kerja-kerja persatuan penduduk lah… (jawatan baru! adoi, pening.. pening…. sabtu ni meeting. Surat jemputan mesyuarat nak kena edar petang ni jgak.). Website seminar, brosur, promosi seminar dan entah apa-apa lagi….
Now I know….. bukan senang ghupenye kerja pensyarah ni…. ;)


****************************************************************
SEMINAR KEBANGSAAN
TOKOH-TOKOH HADITH PASCA KURUN KE-13 HIJRAH: KESARJANAAN DAN SUMBANGAN

****************************************************************

Okay, semua dijemput hadir. But hih! hih! It’s not fReE! Alah, yuran murah je. Boleh cek maklumat lanjut dalam:

http://www.usm.my/hadith

Penyertaan sebagai pembentang kertas kerja juga sangat dialu-alukan

Laman web ni saya yang buat. Ubah suai design yang diambil fReEly kat internet. Boleh daftar online. Tq staf PPKT, tolong setup pendaftaran online tu.

Brosur pun saya yang buat, main godam Photoshop CS dan Paint Shop Pro. Lihat dalam: Brosur seminar hadith.
Kalau baik hati, sila print dan tampal lah kat mana sahaja kat dunia ni ;) … terima kasih jika sudi berbuat demikian!

Ni pula poster untuk seminar. Main conteng je guna Photosohop CS. Klik di sini!

Any comment? Mesti banyak, coz bangunkan website dan design mendesign bukan bidang saya.
Komen lah. Conteng-conteng je kat sini! TQ :-)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare