Mimpi Anugerah e-Pembelajaran Negara @ NUCEL 2015? Biar betul!?

logo-nucel-2015

 

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT pada tahun 2015 banyak kejayaan yang diperoleh. Sebagai ibu yang dikelilingi 7 orang anak & isteri berkerjaya yang sangat sibuk, bagi saya semua tu adalah pengalaman hidup yang sangat bermakna dan menjadi motivasi untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Tahun ini saya peroleh 2 anugerah/hadiah peringkat kebangsaan!  Tak pernah mimpi pun uhuhuu. Sesuatu yang tak pernah disangka2. Terbaik baq hang! Kikikiiii. Melawak sat nooo.
Setiap tahun Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis ELearning IPTA atau MeIPTA dan beberapa pihak lagi akan anjurkan Karnival e Pembelajaran Peringkat Kebangsaan atau National University Carnival on e Learning (NUCEL). Dalam NUCEL ada majlis penyampaian Anugerah e-Pembelajaran Negara (AEN) untuk beberapa kategori bagi ahli akademik yang cemerlang dalam e-pembelajaran (tapi saya tak pun). Pada masa sekarang MeIPTA dikepalai oleh Profesor Hanafi Atan dari USM. Beliau juga merupakan orang kuat e pembelajaran di USM bersama Profesor Abd Karim Alias. NUCEL 2015 telah diadakan di UPSI pada 14 & 15 Disember yang lalu.

Ok, apakah anugerah yang saya dapat? Jeng…jeng…jeng…

Alhamdulillah saya mendapat Anugerah Bahan e-Pembelajaran Kreatif & Interaktif (Video Pembelajaran).
Bahan yang dimaksudkan adalah video-video yang saya buat dan upload dalam channel YouTube saya serta beberapa inisiatif di website lain.

nucel-2015-anugerah

Ter over action pula masa ambil hadiah! Abaikan ya.
Ops ada lagi…

Selain anugerah, saya juga dapat tempat pertama kategori terbuka dalam Pertandingan Blog Pendidikan Terbaik Peringkat Kebangsaan. Hadiah nya sangat dicemburui oleh anak2 😀 sebab emak dapat iPad Mini 4! Latest model tuuu. Heheh. Sila lah jeles ya anak-anak semua!

nucel-2015-edublog-terbaik

 [Sumber semua gambar di atas: http://nucel2015.upsi.edu.my/]

Gambar lain tentang pertandingan blog pendidikan ini boleh dilihat di: http://edublogpict.blogspot.my/2015/12/pemenang-bersama-hadiah-yang-dimenangi.html

Yang ni sebenarnya kejayaan pembaca blog saya juga yang sentiasa beri semangat untuk saya terus menulis perkara yang bermanfaat di blog. Jadi saya tidak lah merapu je. Alhamdulillah syukur , tahun ini 10 tahun usia blog drhasanah.com dan tahun ini juga blog ini dapat 2 hadiah. 1 di peringkat UKM dan kini diiktiraf di peringkat kebangsaan pula. Alhamdulillah
Terima kasih ya para pembaca setia drhasanah.com!

Eh ada lagi!

Ahah! Dalam karnival NUCEL ni juga ada pertandingan inovasi e pembelajaran iaitu Invention, Innovation and Design in e-Learning (IIDEL). Untuk makluman, saya dan rakan-rakan di Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi SME atau subject matter expert (bukan small medium enterprise ya) telah membangunkan kursus online bagi subjek Hubungan Etnik. Kursus ini menggunakan konsep Massive Open Online Course atau MOOC. Sudah lebih 1 tahun kursus ini dibangunkan dan boleh diakses di openlearning.com . Kalau berminat nak tahu lebih lanjut boleh lihat di https://www.openlearning.com/courses/etnik 

Ok balik pada NUCEL 2015. Kami telah menyertai 3 kategori dalam pertandingan inovasi tersebut untuk membawa produk inovasi kami mengikut 3 fokus yang berbeza. Siang malam berhempas-pulas siapkan poster & barang bukti untuk pertandingan tersebut. Alhamdulillah ketiga-tiga kategori yang kami masuk telah mendapat pingat Emas!

hasanah-nucel-iidel-gold medal

[Senyum sampai belakang telinga 🙂 . Dari kiri: Cik Rozita, Puan Rozmel, Dr. Hasanah & PM Dr. Fazilah. Tiada dalam gambar Dr. Ahmad Zamri, Dr. Nasruddin & PM Dr. Nazri]

Cuma…memandangkan IIDEL letak syarat bahawa 1 poster boleh ada 5 nama sedangkan kami ada 7 orang, maka kena la ‘bedak-bedak’ kata orang Kedah hihii. Maka, nama saya hanya ada dalam 2 poster. Alhamdulillah saya tetap gembira dengan kejayaan berpasukan ini. Saya kongsi di sini gambar poster tersebut. Sila klik untuk view yang lebih jelas. Poster hitam di bawah 90% saya yang design. Cantik ke cantik? 😀

Slide1MOOC Hubungan EtnikSlide1

Ringkasnya dalam NUCEL 2015 saya dapat 4 anugerah/hadiah/pingat peringkat kebangsaan. Semoga kemuncak usia 40 tahun dengan kejayaan ini semua akan mendekatkan lagi saya dengan Rabbuljalil & menjadi motivasi untuk menjadi lebih cemerlang. Doakan!

Pada suami & anak-anak semua, terima kasih yang tidak terhingga & ampun maaf dipohon kerana terlalu banyak masa dan perhatian yang terkurang dek lekanya diri ini melayan blog & e-learning 🙁

hasanah-nucel-happy family hasanah-nucel-4 hadiah

Terima kasih kepada para penganjur NUCEL2015. Pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada semua penggiat e-pembelajaran di Malaysia terutama para pensyarah adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk menggalakkan pembangunan e-pembelajaran memandangkan KPI tahunan para pensyarah tidak begitu menyebelahi e-pembelajaran.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *