Hasanah & Open Educational Resources (OER) bidang pengajian Islam

Seperti biasa lah hidup ini dikejar garis mati (deadline!). Sibuk itu adalah resam. Lagi pula di taman yang baru saya tinggal saya mula diberikan tugas itu ini untuk membantu menggerakkan aktiviti taman. Pesan seorang sahabat saya, “kalau jadi ustaz ustazah memang kena wakafkan diri untuk ummat Islam!” Allah akbar, terima kasih kerana berikan peringatan. Inilah masa untuk memulangkan ‘wang’ kepada masyarakat kerana dahulu sejak belajar lagi iaitu di SMAS, SMAP(Kajang), Universiti Mu’tah (Jordan), IIUM & Universiti Malaya pastinya ada wang rakyat yang telah digunakan untuk menaja pengajian saya.

Pada masa sekarang saya banyak mempelbagaikan platform penyampaian ilmu. Kalau dahulu hanya blog ini jadi tempatnya, kini saya pelbagaikan di beberapa tempat. Dengan rendah diri saya rasa masih terlalu sedikit yang dikongsikan. Sangatlah sedikit. Saya kena tapis, edit & kemaskini dahlu setiap bahan sebelum di upload dan semua itu memerlukan masa. Itu pun pasti ada banyak kesilapan & kekurangan yang ada. Harapnya yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. Yang salah tolong beritahu saya!

Semasa di USM dahulu saya banyak terlibat dengan elearning. Sekarang di UKM saya bersederhana sahaja dengan elearning 🙂

KPI di sini lebih mengerikan. Mahu 4 penerbitan jurnal setiap tahun. Malangnya saya bukan hantu tulis jurnal. nehi…nehiii…… Baik saya fokus pada Open Educational Resources (OER) berbanding tulis jurnal yang tidak dibaca oleh sesiapa!

Ok. Di bawah ini ada beberapa link OER bidang pengajian Islam yang saya maksudkan. Sila klik gambar setiap satu ye. Selain bidang pengajian Islam mungkin ada terselit juga di celah-celah OER tu topik yang lain macam sikit, seperti topik yang berkaitan developing e-content. Well, saya berminat explore ‘developing e-content for Islamic Studies’

 

OER slideshare usul fiqh

Hasanah @ Slideshare.net

 

Tidak terlalu terlambat. Yang penting ia sudah bermula!

OER Hasanah di Youtube - video pengajian Islam

Hasanah @ Youtube.com

 

OER Hasanah di Blendspace

Hasanah @ blendspace.com

Ada beberapa link lagi yang menjadi tempat perkongsian saya seperti padlet, scibd dll. In sya Allah saya kongsikan url nya dalam post akan datang.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *