Bila Terdesak Barulah Jumpa Jalan – Kajian Kes al-Kisah Rakaman Kuliah dalam Bahasa Arab (Power Point Windows Based) Menggunakan Camtasia for Mac

Fuh! Panjang tajuk entri kali ini. Sebenarnya ini al-kisah semalam. Bermula jam 10.30 malam selepas anak-anak tidur dan selesai semuanya jam 1 pagi. Saya nak laporkan kejadian ini dalam bentuk laporan kes & hasil pembelajaran.

Ditaqdirkan suami saya terkena sakit mata sampai merah menyala. Saya sendiri takut tengok [Tiba-tiba teringat kisah Nabi Ayub saat¬†terkena sakit kulit yang teruk hingga isteri gerun dan tinggalkan beliau. Allah… sedih…]

Semalam hari Ahad, suami asyik berkira-kira tidak mahu membatalkan kuliah jam 8 pagi Isnin walaupun matanya sudah ala-ala juara sumo Yaban!
Saya memberi cadangan, apa susah, GOALS (Platform e-learning USIM) kan ada. Camtasia Mac ada. Tak pun, buatlah Google Talk. Skype pun boleh, cuma saya tak pandai sangat makhluk skype ni. Selepas ditimbang tara, dengan mengambil kira berbagai aspek termasuklah wifi yang sukar dijangka, maka kami pilih untuk buat rakaman menggunakan Camtasia yang telah di install dalam Mac Book saya. Kami cadang nak upload video tersebut dalam Youtube. Terima kasih UKM kerana beri lesen Camtasia for Mac untuk saya kerjakan.

[Pelajaran pertama >> jika tidak dapat hadir memberikan kuliah, jangan batalkan kuliah, tapi ubah kepada pembelajaran maya. Alternatif banyak. Rakaman video menggunakan Camtasia yang kemudiannya di upload dalam Youtube merupakan antara pilihan terbaik. Kemudian terserah kepada kreativiti pensyarah untuk adun pembelajaran dengan sebarang aktiviti]

Masalah problem nya ialah…

Para ustaz ustazah sekelian kena faham bahawa, teks Arab yang ditulis dalam Power Point, Word dan sebagainya yang ditulis dalam komputer berasaskan Windows akan mengalami masalah teks Arab yang pecah-pecah apabila dibuka dalam komputer Apple Mac walaupun Mac tersebut telah di install dengan Microsoft Power Point for Mac. Macam dalam gambar ini (klik untuk lihat dengan lebih jelas):

Apple Mac arabic text problem for Power Point

Jadi penyelesaiannya ialah…

Upload fail tersebut dalam Google Drive. Kemudian klik mouse kanan dan pilih open with Google Slides.
Selepas itu, klik Present

Tadaaa…. anda akan dapati bahawa teks Arab tersebut akan kelihatan comel molek sahaja tanpa masalah. Klik gambar di bawah ni ya.

Apple Mac arabic text view from Power Point using Google Drive

Lepas ini para ustaz ustazah yang selalu gerem apabila bermasalah buka fail kelahiran Windows dalam Mac Book boleh lah gunakan Google Drive untuk selamatkan pembentangan. Jangan lupa, fail Power Point kena open with Google Slides. Manakala fail Word kena buka dengan Google Docs. Fail Excel pula buka dengan Google Sheets.

[Pelajaran kedua >> Belajarlah menggunakan Google Drive kerana ia mempunyai fungsi yang sangat banyak. Selain boleh digunakan untuk Cloud Storage/Backup, ia juga mesra pengguna Mac & Windows. Masalah right-left language boleh diselesaikan menggunakan Google Drive]

Masalah teks Arab dah selesai. Seterusnya…

Kami mula setup ‘studio mini’ di balkoni rumah. Latar belakang pilihan ialah Surau Tazkiah. Sumber cahaya yang digunakan ialah semata-mata lampu kalimantang 2 kaki yang terletak di atas pintu balkoni. Memandangkan kami tidak ada meja portable mahupun rostrum (betul ke eja ni?) yang boleh digunakan untuk meletakkan Mac Book, maka kami susun:

kerusi
2 box besar berisi stok sapu tangan untuk disulam (sempat lagi promosi!)
1 box nebulizer

>> barulah kami mendapat ketinggian yang dikehendaki.

Saya cuba apply konsep green screen. Camtasia for Mac ada green screen feature. Tapi akhirnya pemandangan surau waktu malam juga yang jadi pilihan. Santai sedikit dengan bunyi cengkerik dan katak dari kolam di hadapan rumah.

[Pelajaran ketiga >> Nampak tak? Tak perlu mahal-mahal setup studio. Guna apa sahaja yang ada. Yang penting konsep asas rakaman difahami iaitu: cahaya cahaya cahaya… lalalala…..]

Rakaman hendak dimulakan, tetapi masalah seterusnya…
Irfan yang umur 4 tahun ni tak nak tidur jugak. Alahai… Nyaris terbalik Mac Book yang hanya diletakkan atas susunan kotak.

Penyelesaiannya ialah…
Apa lagi, terpaksa lah umpan dia dengan 1 lagi laptop dan pasang Upin Ipin. Pandai betul emak, kan? Betul…betul…betul…

[Pelajaran keempat >> Kanak-kanak mahukan perhatian dan sentiasa mahu terlibat sama dalam aktiviti ibu bapa. Tapi nanti kejap ya. Hari-hari dah rakam anak-anak. Bagi chan kat abi pula hahaa ]

Seterusnya ialah make-up artis. Hmm… yang ni no comment. Artis sempoi je. Suruh pakai spek hitam untuk cover mata comel pun tak nak. Suruh pakai baju korporat pun tak nak. Haisy artis macam ni lah yang selalu kena maki dengan recording crew. Belum glamer dah sombong tak nak dengar cakap pengarah ni. Cut! I fire me!

Rakaman kuliah Pengurusan Fatwa di anjung seri

[Pelajaran kelima >> Sebagai pengarah filem, jangan ambil suami sebagai artis ke, hero ke. Jangan!]

Rakaman bermula…

Cara membuat rakaman screencast atau rakaman paparan skrin boleh ditonton dalam video tutorial yang saya upload di Youtube. Buka Youtube dan search nama saya. Di bawah channel saya ada tutorial tersebut.

[Iklan penaja: Jangan lupa subscribe channel saya tau!]

Semasa membuat rakaman eloklah dihadkan kepada 5-10 slide sahaja bagi setiap sesi. Nanti boleh cantum-cantum masa editing.

[Pelajaran keenam >> Kalau tak tahu, kena lah belajar. Ilmu teknikal jenis step by step tidak sukar dipelajari. Allah swt telah berfirman maksudnya “Katakalah, apakah sama antara orang yang TAHU dengan orang yang TIDAK TAHU?“]

Masalahnya masa membuat rakaman, tiba-tiba…

grrrr…. ¬†dapat error: disk full. Uwwwaaaaa…..
Maka terhenti sebentar rakaman. Terpaksa selongkar Mac Book. Baru perasan ada ber gegabytes video yang saya transfer dari iphone memenuhi storage.

Cubaan penyelesaian 1 gagal. Iaitu, cuba transfer fail video tersebut ke dalam external hard disk yang di format untuk komputer Windows. Adoooiiii…. lupo. External hard disk mahupun thumb drive mestilah di format dengan format yang support Apple system. Kalau guna yang diformat untuk Windows pada komputer Mac, kita hanya boleh buka fail, tetapi tidak boleh save fail dalam hard disk tersebut.
Cubaan penyelesaian 2 berjaya. Iaitu, transfer fail video ke dalam thumb drive yang di format support Apple/Mac system.

[Pelajaran ketujuh >> Sesiapa yang jeles tengok saya bawa Mac Book dalam mesyuarat atau bengkel, ketahuilah, banyak ranjau dan duri yang terpaksa dilalui untuk hidup secara dua alam. Kejap Windows. Kejap Mac. Tu kalau ambil kira gadget Android panjang lagi ceritanya. Oleh yang demikian, walaupun laptop Windows anda tidak kelihatan osem macam Mac Book saya, tetapi berbahagialah dan bersyukurlah kerana separuh kepeningan saya tidak anda hadapi. Adoi… Mana koyok ni?]

Selesai rakaman….

Maka bermulah proses editing….. Cantum > trim > add transitions > add captions > play > edit > replay > edit > replay > edit bla..bla…zzzz…zzz….

Kemudian rander. Sangat lah lama menunggu proses randering. Sampai terlelap. Masa tu dah jam 12.30 tengah malam.

Akhirnya alhamdulillah, siap!!!

[Iklan penaja: Sila subscribe channel suami saya. Tapi yang paling penting jangan lupa subscribe channel saya tau! Kami sedang bersaing subscriber terbanyak hihiii…]

[Pelajaran kelapan >> Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih]

Lihatlah output lebih kurang yang dibuat. Maaflah kerana ia dibuat agak tergesa-gesa dengan artis pun dah tak nampak sangat muka sendiri. Pengarah yang merangkap technician, penerbit, koordinator, penyunting, semua lah… dah terkebil-kebil tengok Mac jam 1 pagi. Mata pun mula gatal ni. Tolong jangan berjangkit!!!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *