10 tahun drhasanah dot com

domain-drhasanah-whois-icann

Wowwww!!!! Perjalanan domain drhasanah.com ini sudah genap 10 tahun. Ia bukanlah satu tempoh yang pendek. Lihat bukti pada screenshot whois data di atas. Domain drhasanah.com mula didaftarkan sejak 16 Oktober 2006 lagi! Wah… alhamdulillah, thumma alhamdulillah…

Terlalu banyak perjalanan yang dilalui oleh domain ini. Jejak awal kejadian pemilihan domain ini bukanlah untuk berbangga dengan pangkat ‘Dr.’ yang saya baru dapat. Tapi kisah di sebaliknya pernah saya ceritakan di sini (sila klik).

Itu kisah permulaan baru tu.

Bagi yang baru nak belajar memiliki domain dot com sendiri, anda perlu tahu bahawa ada domain sahaja tidak cukup. Sebenarnya ada 3 keperluan teknikal asas yang mesti ada, iaitu: domain, hosting & software. Oh ya, satu lagi ialah internet connection. Jangan lupa, anda juga perlu ada komputer atau gajet untuk update kandungan. Selepas beli domain dot com dengan pendaftar domain di Canada, saya sewa pula hosting atau boleh juga disebut server. Hosting tu maksudnya ruang dalam server. Perjalanan hosting juga banyak ranjaunya. Lihat sebahagian kisah di sini (sila klik). Sekarang saya guna cloud server yang disediakan oleh Exabytes. Maksudnya saya sewa ‘awan’ pula lah, bukan ruang biasa lagi. Sejak dok awan ni, panjang lah pula angan-angan hihii.

Selepas selesai urusan domain & hosting, tibalah masa bermain dengan software. Saya pilih WordPress iaitu free opensource software. Memang best. Sangat user friendly & search engine friendly. Namun, tidak dinafikan beberapa kali juga blog drhasanah.com ini kena hack dengan penyamun tarbus! Waduh fenin kepala makcik ni kui3… Biasanya saya akan contact support bagi server provider dan mereka yang selesaikan. Thumbs up for Exabytes! Your software engineers & support services are great!

Domain, server & software hanyalah medium. Hakikatnya PATI blog lah yang paling penting. Ini bukan PATI pendatang asing tanpa izin ya. Ini tentang menulis dengan penulisan yang berkualiti dan menarik. Ahah! Yang ini paling rumit dan mencabar segala sel-sel otakku hingga kadangkala terganggu neuron dalam vertebrata yang tersyasyul hantar isyarat ke sereblum dan serebral. Lobus-lobus pun kembang kecut dengan kecelaruan jiwa tuannya. Maka akhirnya segala emosi, memori dan  persepsi yang dikawal oleh lapisan korteks seperti neokorteks, isokorteks, arcikorteks, paleokorteks dan entah apa-apa lagi akhirnya terbantut dan tidak menghasilkan apa-apa artikel baru pun. Faham ke tak faham ni?

Nanti saya buat bengkel blog dot com ya supaya lebih faham lagi. Doakan perjalanan ini agar sentiasa dirahmati Allah swt.

Di bawah ini merupakan statistik bilangan pages yang dilawati oleh pengunjung berdasarkan negara (top 25) bagi sepanjang tahun 2015 sahaja:

drhasanah-statistik-negara-2015

Manakala statistik kandungan blog ini boleh dilihat dalam gambar di bawah:

drhasanah-statistik-kandungan

Sesungguhnya perjalanan ini terlalu panjang. Terlalu banyak yang ingin diceritakan…

Ya Allah, izinkan hamba-Mu ini untuk terus menulis dan menulis…. pada jalan kebaikan, amiiinnn…..

 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *