www.isla.my Sebagai Laman Komuniti Muslim Malaysia: Pengenalan Dan Sambutan Masyarakat

Posted on: Wednesday, Mar 28, 2012

Sudah setahun Islamy dibangunkan. Minggu lepas jumlah ahli berdaftar & sah telah melepasi aras ujian iaitu 2000 keahlian. Alhamdulillah feedback yang diterima sentiasa positif.

Berikut ialah abstrak satu kertas kerja yang pernah dibentangkan tentang Islamy. Kertas kerja ini telah dibentangkan pada tahun 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam satu seminar berkaitan dakwah media baru. Dalam kertas kerja ini, analisis sambutan yang dicerap dari google analytics telah dibentangkan.

“Abstrak: Laman sosial kini menjadi satu trend perhubungan secara maya di seluruh dunia. Antara laman sosial yang terkenal di dunia ialah seperti Facebook, Friendster, Myspace dan lain-lain. Facebook contohnya mempunyai bilangan pengguna sehingga 600 juta ahli dari seluruh dunia dan nilai  syarikat mencecah USD41 billion. Satu persoalan yang harus difikirkan bersama, adakah laman sosial hanya berorientasikan perhubungan kosong antara ahli berdaftar? Atau ia boleh dijadikan sebagai satu platform yang lebih berguna khususnya kepada pengguna Islam. Artikel ini membincangkan satu laman sosial alternatif kepada pengguna khususnya di Malaysia iaitu isla.my atau sebutannya Islamy. Ia dibangunkan oleh seorang pensyarah dalam bidang pengajian Islam iaitu Dr. Hasanah binti Abd Khafidz. Apa yang lebih unik lagi isla.my merupakan laman sosial Islamik yang boleh menjadi satu platform dakwah kepada para penggunanya. Walaupun ia baru mula bertapak di Malaysia, isla.my boleh memainkan peranan yang penting terhadap penyebaran dakwah Islam di Malaysia.”

Banyak juga cabaran sepanjang membangunkan laman sosial Muslim ni. Paling berat sekali bila masuk bab nak kena ambil server. Kosnya… uhuk… uhuk…

Ya Allah, bukakanlah jalan…

Sebenarnya pada sambutan mawlid al-rasul tahun ini, laman Islamy telah dinaiktaraf dari beta kepada versi penuh. Banyak ciri baru telah diberikan nilai tambah berbanding versi beta. Semua ahli Islamy gembira dengan perubahan yang dibuat. Bagi saya, paling melegakan ialah versi baru ini loading lebih cepat. Itu sangat penting bagi laman sosial yang mempunyai ahli yang ramai.

Gambar di atas merupakan layout frontpage yang sedikit berbeza berbanding versi lama.

Kalau anda belum berkenalan dengan Islamy, sila lah intai-intai. Mana tahu, dari klik2 terus jatuh ke hati :)

Jangan lupa add saya: http://www.isla.my/hasanah

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

13 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

Abu Jarir

March 28th, 2012 at 6:46 pm
Permalink this comment

1

Alhamdulillah, islamy Dah mula mendapat sambutan. Mungkin boleh difikirkan versi iPhone d android

[Reply]

Hasanah Reply:

Maksudnya sebagai apps ke? Setakat ni takde lagi. Tapi cuba akses Islamy dari mobile, iphone & android, secara automatik akan keluar Islamy versi mobile. Kalau masih nak akses full site walaupun guna gajet tadi pun boleh, hanya tengok kat bahagian bawah versi mobile, klik kat ‘full site’.
Nak test mobile version? klik link ni: http://www.isla.my/mobile

[Reply]