Sisi Gelap Mangsa Jenayah Seks Rogol dan Sumbang Mahram

Posted on: Thursday, Jun 16, 2011

Prihatin dengan derita jiwa yang menyelubungi mangsa rogol dan sumbang mahram telah membuahkan fikrah untuk membuat kajian perbandingan dalam undang-undang syariah dan undang-undang sivil. Kajian perbandingan tentang jenayah rogol dan sumbang mahram ini tersimpan di khazanah Tun Sri Lanang, komputer saya dan juga kotak buku di stor!

Hari ini saya kongsikan sedikit kandungan penulisan tentang perkara ini yang merupakan kajian Ijazah Sarjana Pengajian Islam yang dikasihi al-marhum suami, ustaz Rosdi Yusof. Sebelum pemergian beliau pada tahun 2007,  beliau hanya sempat menyiapkan draf awal sejumlah 69 halaman yang sebahagiannya merupakan ‘sedutan’ daripada kajian peringkat Ijazah Sarjana untuk di transformasi menjadi buku. Bertambah dukacita lagi, saya belum dapat menyempurnakan hasrat penerbitan buku tersebut kerana terdapat beberapa isi kandungan yang perlu ditambah, dinilai dan ditulis semula. Sila klik gambar di atas. Tiada satu perkataan pun yang ditambah, dikurang atau diubah. Doakanlah semoga buku ini akan diterbitkan juga suatu masa nanti dengan segala penambahbaikan.

Semoga abang diampunkan segala dosa dan diberikan sebesar-besar rahmat daripada Allah s.w.t. di alam sana. Biar berganti pasangan, namun rindu dan kasih isteri dan anak-anak tidak pernah bertepi. Tiada putus doa kami buat abang. Sesungguhnya masa dan tikanya akan tiba jua untuk kami menuruti abang. Semoga kita akan bertemu jua nanti dalam suasana penuh kebaikan. Bak tutur Hajar, puteri bongsu abang yang tidak sempat abang tatap wajahnya, “kalau Hajar mati, nanti Hajar boleh jumpa ayah… kalau mak mati, nanti mak boleh jumpa ayah…”

اللهم اغفر لرشدي بن يوسف
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

- mengingati ulangtahun kelahiran abang yang ke 40 esok, 17 Jun 2011 -

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

18 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

Nur Azan

June 16th, 2011 at 3:33 am
Permalink this comment

1

Sangat suka entri ini Dr. Hasanah! Terharu membacanya…. Alf mubarak untuk kelahiran putera baru :)

[Reply]

Avatar

ikin

June 16th, 2011 at 9:16 am
Permalink this comment

2

as salam Dr.
suami adalah segala-galanya, biarlah kenangan indah yg menjadi teman utk bekalan meneruskan kehidupan..kalaulah terus ditangisi apa yg sudah hilang dan pergi,bagaimana utk kita yg hidup ni akan kuat melangkah meladeni sebuah kehidupan di alam ini yg setiap harinya ujian dtg dan pergi tanpa kesudahan….

Al-Fatihah utk Almarhum Ust Rosdi dan juga Almarhum Syed Rizaudin-suami tercinta…..

[Reply]

Hasanah Reply:

Semoga Allah merahmati mereka berdua. Kenangan indah sukar dilupakan. Namun, lebih sukar lagi untuk melupakan kesusahan yang dihadapi bersama. Lebih dari itu, kenangan semasa bersusah-susah itulah yang menjadikan nilai perkahwinan begitu bermakna.

[Reply]

Avatar

Noriza

June 17th, 2011 at 12:31 pm
Permalink this comment

3

Assalamualaikum Dr,
Apa khabar? diharap sihat sejahtera..sy juga kehilangan suami, pada 10.03.2011, hari ni genap 100 hari, rindunya sy pd arwah teramat sgt..seperti Dr. Hassanah sy mengharapkan yg terbaik utk arwah di alam sana dan InsyaAllah sy ingin bersamanya kembali kelak..Hanya doa untuknya semuga dia tenang di sana setenang semasa hayatnya..Al-Fatihah untuk arwah suami kita yg dicintai…

[Reply]

Avatar

hamizul

August 9th, 2011 at 1:05 pm
Permalink this comment

4

salam ramadan…

eloklah diterbitkan manuskrip ni, bior jadi buku, kira jariah buat arwah di alam sana…

[Reply]