…mencari al-hasanah di dunia dan akhirat
Off topic! Tengok gambar di bawah!
Selalu sangat bercakap pasal fiqh, Islam & Islamy, hari ni saya nak jadi broker hartanah pula, hihiii!
Ok, ada beberapa unit rumah teres setingkat 3 bilik yang sudah hampir siap untuk dijual di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Lihat gambar.
Peraturan pertama untuk beli rumah: Lokasi! Lokasi! Lokasi!
Kedudukan rumah ini sangat strategik. Ups, ini bukan sembang kosong orang nak jual barang. Mana saya tahu? Ha, sejak lahir hingga umur 12 tahun saya tinggal di kawasan tersebut (tapak rumah abah sekarang telah menjadi stesen Petronas!). Bila masuk sekolah menengah, saya mula merantau hinggalah sekarang. Dulu, masa saya kecil dan mak masih hidup lagi, saya dan emak selalu pergi ke masjid jalan kaki sahaja sebab masjid depan rumah je. Paling seronok bila hari Jumaat dan pagi raya. Terasa begitu syahdu suasananya bila mendengar zikir, selawat & takbir di masjid yang disulami dengan keriuhan anak-anak yang mahu bersegera ke masjid.
Dulu, setiap hari saya pergi ‘sekolah pagi’ (istilah untuk Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat) berjalan kaki juga. Tengahari pulang ke rumah dan kemudian keluar semula jam 2.30 petang untuk ‘sekolah petang’ (istilah untuk Sekolah Rendah Agama Unwanus Saadah Kanchong Darat) juga dengan berjalan kaki sahaja. Abah pula semasa hayatnya, berulang ke pekan Banting 2-3 kali setiap hari kerana kedudukan yang sangat dekat. Tak sampai lima minit pun!
Err… sekarang masih hangat cerita Misbun. Kalau nak tahu, rumah keluarga Hj. Sidek, ayah Misbun hanya tiga minit dari rumah rumah saya! Hari-hari boleh tengok tugu badminton di hadapan rumah beliau!
Tambah sikit lagi. Kawasan ini juga tidak jauh dari pantai Morib iaitu sekitar 10 minit perjalanan dengan kereta, kira-kira 30 minit dari KLIA dan Klang serta sedang pesat berkembang. (oh, rindunya nak piknik di Morib!)
Ok, itu baru peraturan pertama. Peraturan lain? Alaa, tak sempat nak tulis panjang-panjang. Kerja banyak. Paling baik ialah, datang ke rumah tersebut untuk melihat sendiri keadaan rumah dan persekitarannya. Sebelum balik, jangan lupa singgah beli kerepek-kerepek (pisang, ubi, keledek dll) di kilang kerepek yang terletak tiga minit dari rumah terebut.
Iklan berkenaan rumah ini telah dimasukkan di mudah.my, boleh lihat:
http://www.mudah.my/Rumah+Teres+Banting-8936804.htm
Sebarang urusan, sila hubungi abang ipar saya, di talian berikut:
Abg. Mustaza : 013-3559764
Abg. Anuar : 019-6412241
Bertindak cepat sebelum kerepek pisang rumah ni habis dibeli orang!
Mmm… terima kasih kerana sudi membaca hingga habis
!
(sesekali off topic, best juga, yahuuu!)
Related posts:
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.
papa mea-wish
March 16th, 2011 at 10:38 pm
1 soalan, rumah ni dekat tak dengan tempat orang dibakar dan dibuang itu? hehee…takut kerepek tu rasa lain…:)
[Reply]
Hasanah
March 17th, 2011 at 7:23 am
Yeap! Boleh cuba kerepek salai lepas ni!
[Reply]
naseebah
March 23rd, 2011 at 1:48 pm
hehehhe..wowwyyy
[Reply]
bro monday
April 3rd, 2011 at 4:06 pm
Assalamualaikum, isteri saya baru saje call en.anuar pasal ni…(”,) alhamdulillah respon + ….insyaAllah beliau akan call semula…lagipun sekampung…tanye tadi kenal nenek Lolok x? beliau kenal…isteri saya adibah anak nye rusli…kenal katanye….
[Reply]
balkis
June 22nd, 2011 at 10:13 am
salam
berapa harganya? ingat nak melabur untuk disewakan..saya duduk kanchong darat juga
[Reply]
suhaizan
July 16th, 2011 at 11:15 pm
Dr masih ada lg ker umah teres untuk dijual .saya berminat. Lebih- lebih lagi kalau ianya corner lot.
[Reply]
Hasanah
July 26th, 2011 at 8:52 am
Suhaizan, ada insya Allah. Kena call abang ipar saya untuk tengok rumah. Saya kat Penang.
Balkis, ambil lah satu. Lokasi strategik. Saya tak nak duduk situ sebab cadang nak buat rumah di Jalan Kenanga, tapi tak tahulah bila. Angan-angan. Free je angan-angan kan, tak perlu apa-apa!
[Reply]
Apple Hijau
August 23rd, 2011 at 12:59 pm
salam..nk tnyela,rumah yg blum dibeli masih ade lg ke?klu bole nk yg corner lot jgk..harge agk2 around brape ye?
[Reply]
Tak tahu tajuk. Raya? Mati? Wasiat? - DrHasanah.com
September 22nd, 2011 at 12:47 pm
[...] Jepun kalah, abah teruskan usaha membangunkan tanah peninggalan atuk di samping tanah milikan abah sendiri. Mak juga tidak kurangnya berusaha membantu ekonomi keluarga termasuklah ‘membantu [...]
li
October 5th, 2011 at 8:43 pm
as salam,berapa harganya,ada lagi ke yg belum dijual.
[Reply]
Hasanah
October 9th, 2011 at 11:32 pm
Waalaykumussalam,
Hari tu ada beberapa unit lagi yang masih dalam proses, maksudnya, orang dah booking, tapi tunggu loan lulus. Mungkin li boleh cuba telefon tanya untuk ‘stand by’.
[Reply]
khasih hati
January 30th, 2012 at 11:21 pm
Assalamualaikum…
masih ada lagi ke yang belum dijual..
berminatla nak buat pelaburan….;)
harganye berapa ye…;))
[Reply]
kala
February 8th, 2012 at 3:38 pm
ada rumah kosong lagi utk beli tak kalau ada tolong call i 0164002102
[Reply]