Kadar Zakat Fitrah 1432H atu 2011M dan Cara Bayar Zakat dengan SMS

Posted on: Thursday, Aug 4, 2011

Berikut ialah maklumat terkini yang diperolehi daripada Pusat Pungutan Zakat MAIWP    ….. sebarkan!

KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI-NEGERI DI SELURUH MALAYSIA BAGI TAHUN 1432H
1) Wilayah Persekutuan – RM 7.00
2) Selangor – RM 7.00
3) Melaka – RM 6.30
4) N. Sembilan – RM 6.50
5) Pahang – RM 7.00
6) Perak – RM 7.00
7) Pulau Pinang – RM 7.00
8 ) Sabah – RM 7.70
9 ) Sarawak – RM 7.50
10)Kedah – RM 7.00
11)Kelantan – RM 7.60
12)Johor – RM5.00 & RM 7.00
13)Terengganu – RM 5.00 (rendah)
- RM 7.00 (pertengahan)
- RM 8.00 (tinggi)
14)Perlis – RM 6.00

Kadar fidyah di Wilayah Persekutuan bagi tahun ini: RM 1.80 (KADAR OLEH BAITULMAL : RM 1.75)

Disclaimer: Sila rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk kadar yang paling tepat!

CARA BAYAR ZAKAT DENGAN SMS

Manusia dah sampai ke bulan!
Tiada salah jika umat Islam gunakan teknologi mobile untuk laksanakan perkara rukun Islam. Lihat fatwa berkaitan zakat dengan SMS yang telah diwartakan di Selangor:
Warta Kerajaan Negeri Selangor – Hukum bayar zakat fitrah secara elekronik (seperti SMS)

Contoh cara nak gunakan sistem SMS ni (bagi penduduk Selangor)

1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya

Negeri lain yang boleh guna sistem ini: Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perlis, Sabah, Terengganu

Boleh bayar untuk diri sendiri dan tanggungan atau wakil. Resit dan maklumat lanjut:

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/personal/latest/mzakat/

Tarikh akhir bayar guna SMS: 29hb. Ogos 2011.
Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1432 Hijrah sehingga jam 8.00 malam sahaja

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

22 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

anas

August 5th, 2011 at 5:48 pm
Permalink this comment

1

klu byr zakat guna sms ni, so hasil tu masuk utk negeri selagor saja ke? klu negeri lain mcmana. tq

[Reply]

Avatar

Hasanah

August 6th, 2011 at 2:33 am
Permalink this comment

2

Betul juga ye! Saya orang Selangor, selalu terlupa kat orang negeri lain :)
Kalau ikut fahaman saya, hanya penduduk negeri yang ada servis bayar zakat fitrah secara sms sahaja boleh guna. Negeri yang belum buat perjanjian persefahaman dengan celcom & maxis tak boleh guna lagi.
Saya tengok laman web maxis lebih jelas lagi tentang cara bayar guna sms. Cuba hover mouse kat bendera negeri anda, akan keluar arahan tentang cara bayar. Laman web celcom? hmm saya pun tak faham.

[Reply]

Avatar

Shafiq

August 7th, 2011 at 2:47 pm
Permalink this comment

3

Dr. Sy berniat nk guna cara sms ni.. tapi kat penang tkdak lagi ka kemudahan ni?

[Reply]

Avatar

din

August 8th, 2011 at 3:15 pm
Permalink this comment

4

1.adakah dijamin duit zakat tu diterima pejabat zakat sebelum habis solat raya?
2.kalau pengguna postpaid terlewat bayar bil( dimana jumlah zakat dikreditkan) selepas hari raya adakah sah zakat fitrah tu?

[Reply]

Avatar

hamizul

August 9th, 2011 at 1:07 pm
Permalink this comment

5

syukran ustazah…berguna information ni…

[Reply]