Selamat Hari Jadi Ayah!

Sejak seminggu yang lalu anak-anak abang sibuk merancang untuk sambut hari jadi abang yang ke-39. Tiba-tiba semalam, Huda kata, “esok hari jadi ayah, tapi ayah dah takde!”

Anak-anak yang lain tetap beriya-iya nak meraikan hari jadi ayah. Gembira tapi sayu. Abang, kasih dan rindu kami tidak pernah hilang.  Semoga abang diampunkan dan berbahagia di alam sana.

Ayah dalam kenangan…

Dalam ramai anak-anak, Huda lah yang paling gembira setiap kali tengok gambar abang. “Ayah dokong Huda,” begitulah kata-katanya selalu. Hajar yang baru 2 tahun dan tak sempat bertemu abang akan segera membidas, “ayah dokong Hajar lah. Hajar sayang ayah,” kata Hajar lantas membuka almari saya mencari kain pelekat ayah untuk dipeluk.

Kereta kesayangan ayah Merc 190E BFG 2459

Kereta kesayangan ayah Merc 190E BFG 2459

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *