Moto DrHasanah.com

Assalamualaikum,
Fuh, 3 bulan beriddah dengan blog ni. Merajuk pada yang tak sayang, takdenye dia nak memujuk, hihii…
Rencam menjadi penulis, ada sahaja yang tidak ‘diperkenan’ oleh orang yang membaca sehingga timbul tohmah dan fitnah. Aduhai diri, sabarrr…. sabaaarrr….. “Inna Allah ma’a al-sabirin”
Malas hendak melayan kata-kata orang, kerana:

Aku tidak hidup kerana dipuji manusia,
Aku juga tidak mati dengan keji mereka.

Biarkan manusia terus berkata-kata, bila penat, diamlah mereka. Mereka tidak tahu apa yang mereka tidak tahu. Ibarat anak-anak bila ditunjukkan gambar kambing, mereka akan kata, itu kambing, padahal itu bukan kambing. Itu ‘gambar’ kambing.

Hmm… sebenarnya ada sebab lain kenapa lama saya tidak menulis, pertamanya kerana komputer di rumah rosak berbulan-bulan lamanya dan menambah tragis, celcom broadband yang saya langgan pula telah saya terminate kerana kuciwa dengan suhu lembabnya :(

Kembali kepada pendirian saya dalam penulisan:
“Fikir sebelum tulis,
Jangan ditulis semua yang difikir”

Makanya, hari ni tiadalah saya mahu mensia-siakan masa saudara. Sekadar ingin berkongsi ilmu munakahat berkaitan pertunangan, iaitu tajuk yang sangat penting di mana terangkum di dalamnya proses penting dalam penentuan kebahagiaan rumahtangga iaitu bagaimana caranya memilih pasangan hidup. Semoga dapat dimanfaatkan. Klik pada gambar di bawah:

Pertunangan menurut Islam
Amaran: [dengan bahasa tidak manis] Jangan ubahsuai fail berkenaan dan kemudian mengaku itu hasil kerja anda, ia perbuatan yang sangat memalukan :(
Jangan marah yeee….karang kena jual! (nasib baik pasar Baghdad tempat lelong hamba dah takde dan ebay pun mengharamkan penjualan manusia hihiii…)

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Rumah Teres Untuk Dijual Di Kanchong Darat, Banting, Selangor
  2. Kuliah Memaknakan Taharah Untuk Kita-Kita Je
  3. Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid / haidh (bahagian 1)