Hah!!!????

The first ever Grand Livina in USM telah dicalari sob…sob… Kena lagi. Tarikh 02022010 yang mengerikan. Entah berapa kali lah orang langgar saya. Kenapa suka sangat kat Livina? Masuk kali ni rasanya dah 4 kali kereta tu kena skkkrrrrreeeeetttcchhhhhh…… dan 2 kali kena tttuuummmmm….. Arrrrgggggghhhhhhhhh!!! Berbekas sepenjuru kereta. Berbekas lagi hatiku iniiii.Kalau campur kereta Merc dan Waja dulu, hmmm… 8 kali dah lah terkena. Hairannya, dari 8 kes tu, 7 kes orang Melayu Islam yang buat. Aduhai ummat, kenapa????

Kita suka mengutuk kaum Cina bawa kereta laju macam pelesit (walaupun tak pernah tengok pun pelesit tu macamana gayanya kalau bawa kereta!), tapi yang banyak berlaku, orang Melayu kita juga yang sondol-menyondol sana-sini. Bukankah orang Islam berpegang pada tuhan itu ada. Tuhan Maha Melihat. Tuhan Maha Mengetahui. Walau tuhan umat Islam tidak letak signboard ‘Awas anda sedang diperhatikan’, tetapi Dia tetap terus memerhatikan.

Allah, tuhan umat Islam. Dia juga tuhan sekelian alam dan segala umat manusia dulu, kini dan selamanya. Tidak kira sama ada manusia itu beragama Islam, Buddha atau Kristian, Allah tetap tuhan semuanya. Namun sebahagian manusia tidak mahu mengaku bahawa Allah itu tuhan mereka yang wajib diikuti, dipercayai dan ditaati. Allah itu tuhan yang satu. Tidak Dia tiga dalam satu atau satu dalam tiga. Dia adalah Dia. Hanya satu. Kalau dikatakan tuhan itu tiga dalam satu, satu dalam tiga maka itu bukanlah Allah.

Adam, Musa (dikenali juga sebagai Moses) dan Isa (Jesus kah?) … mereka ini tunduk, patuh, taat dan beriman kepada Allah, tuhan yang satu.

Allah yang Maha Berkuasa nampak….
Nampak kalau kita bawa kereta tidak berhati-hati…
Nampak kalau cuainya kita menyebabkan Livina sapa-sapa tercalar… lagi…… dan lagi……..

Pakcik... pakcik... aduh... nape gini???

~~ dicatatkan dalam keadaan dah malas nak ambil kisah kereta berseri ataupun tidak uwwaaaa….. ~~

  • Delicious
  • Gmail
  • Hotmail
  • PrintFriendly
  • Twitter
  • Technorati Favorites
  • Yahoo Mail
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. “Alah, kena sikit je tu!” Kata pemandu Naza hitam PGU 2xxx
  2. Bila kita hidup bahagia, kita sangka akan hidup lama
  3. Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid / haidh (bahagian 1)
  4. Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid/ haidh (bahagian 3)
  5. Kuliah Memaknakan Taharah Untuk Kita-Kita Je