Insuran vs Takaful

Posted on: Monday, Oct 18, 2010

Minggu lalu, seorang wanita tidak dikenali menghubungi saya. No. hp saya diperolehi dari maklumat yang saya gunakan untuk membuat tempahan tiket AirAsia secara online. Memang baru-baru ini saya sering membuat tempahan online sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk pembantu rumah yang pulang ke Indonesia.

Wanita tersebut menawarkan insuran kemalangan yang menggiurkan. Maklumlah, dengan premium yang rendah, perlindungan yang diberikan menjangkau setengah juta ringgit (RM500,000) bagi setiap ahli keluarga saya yang seramai 7 orang! Saya terfikir, kalau berlaku musibah besar ke atas saya atau suami atau anak seperti kecacatan, lumpuh atau…. err…. inna lillah wa inna ilayhi rajiun…, setengah juta akan masuk ke dalam akaun dan boleh digunakan untuk perubatan, alat bantu hayat, menyara anak-anak yang masih kecil dsb. Kalau 3-4 orang sekali kena? Fuh! Tak mahu ke? Bukan mahu mendoakan musibat tersebut, tetapi kena beringat, jangan nanti bila dah terhantuk baru nak terngadah.

Saya melayari laman web pengendali Takaful seperti Takaful Malaysia, Etiqa Takaful, PruBSN Takaful, Aviva, Takaful Ikhlas dan banyak lagi. Hmmph… tidak ada yang setanding dengannya. Lebih mengecewakan ada laman web yang memberikan maklumat yang terlalu asas, langsung tidak dapat mempengaruhi pembaca untuk mendapatkan insuran dari syarikat mereka. Saya juga mencari maklumat mengenai sumbangan yang saya perlu keluarkan dan maklumat perlindungan yang diberikan. Hasilnya sangat tidak memuaskan hati.

Antara A dan B? Pastilah A lebih menarik minat kerana dengan kos yang rendah saya dapat perlindungan yang banyak untuk 7 orang ahli keluarga, sedangkan B tidak dapat menandingi tawaran tersebut. Namun, A ialah insuran konvensional yang tidak hirau soal halal haram.

Di sinilah tembok besar di antara insuran dan takaful. Walaupun tidak dinafikan bahawa syarikat insuran konvensional terutamanya yang mempunyai jaringan antarabangsa mampu menawarkan perlindungan yang hebat, namun, sistem perniagaannya bertentangan dengan prinsip bantu membantu dan melindungi seperti yang dibawa oleh syarikat takaful. Isu gharar, ghubn dan riba dalam insuran konvensional juga sudah tidak lagi boleh dipandang sepi oleh umat Islam sedangkan alternatif dalam sistem jaminan Islam telah pun ada.

Kita mungkin hanya nampak, “aku bayar sekian, bila jadi sesuatu, syarikat akan bayar sekian,” sedangkan kita tidak meneliti keseluruhan konsep perniagaan yang dijalankan. Tanyalah diri sendiri, dari mana datang duit berjuta-juta malah berbilion yang digunakan untuk membayar wang pampasan? Apakah yang telah dilakukan oleh syarikat untuk melipat-gandakan aset mereka? Apakah syarat-syarat dalam kontrak insuran yang diambil telah mengambil kira aspek halal haram? Apakah aktiviti syarikat dikawal oleh jawatankuasa syariah? Apakah syarikat bebas dari pelaburan dalam perjudian, riba dsb? Ahh.. semua itu sering di kesampingkan.

Berikut beberapa petikan berkaitan insuran yang perlu diambil perhatian oleh kita semua:

HUKUM WANG POLISI INSURAN NYAWA

Tarikh Keputusan: 16 Feb, 1993
Huraian Tajuk/Isu:
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada Puan Hadifah bte Mohd Isa daripada Estet Pulau Carey, Pelabuhan Klang, yang bertanyakan fatwa berkenaan denganperkara di bawah iaitu :

1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.
2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)
3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan:
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.
Keputusannya :
Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara’.

1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)
Keputusannya :
Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.

1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.
Keputusannya
Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.

Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

Keterangan/Hujah:
 
 
1.Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
 
2.Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
 
3.Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
” ما حرم أخذه حرم إعطأوه ”

Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.
 

4.Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
 
5.Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud: ”Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini. Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
 
6.Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
 
7.Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
 
8.Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
 
9.Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.

Khairat Kematian

Keputusan:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan Khairat Kematian. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

1.Mengandungi gharar (ketidak-tentuan) 
2.Mengandungi unsur judi. 
3.Mengandungi muamalah riba.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

48 Users Online

Most online 511 at 26 July, 2014 @ 2:01 am



Avatar

Tak de sape

October 18th, 2010 at 3:38 pm
Permalink this comment

1

Perkara2 berbangkit yg dr sebutkan di atas perlu pemahaman kpd ilmu fekah.

Sebab itulah pentingnya kita mempelajari ilmu fekah.

Harap dr dpt gunakan platform yg ada utk memberi kesedaran kpd semua akan kewajipan menuntut ilmu.

[Reply]

Avatar

mohamad yusof

October 19th, 2010 at 1:44 am
Permalink this comment

2

mohon share dr..

[Reply]

Avatar

Mai

November 12th, 2010 at 10:32 am
Permalink this comment

3

Insurans takaful mane yg paling bagus doc?
Saya br bekerja. terdetik untuk beli Insurans tapi tak tahu Insurans mane yg terbaik.

[Reply]

Avatar

iq

November 30th, 2010 at 3:43 pm
Permalink this comment

4

pohon kongsi ilmu dr dekta blog..n fb ..

[Reply]

Avatar

NORA

June 2nd, 2011 at 9:02 am
Permalink this comment

5

assalammualaikum, dr hasanah

sy ingin bertanya ape hukumny duit insurans kemalangan dari etiqa takaful untuk digunakan bagi menunaikan umrah dan haji..dan boleh ke dibawa sekali ahli keluarga yang lain untuk menunaikan haji

[Reply]

Avatar

faridah mat

April 3rd, 2012 at 10:45 am
Permalink this comment

6

saya baru saja menjadi ejen syarikat takaful malaysia , setelah , syarikat tesebut diberikan kebenaran saperti yang lain … so welcome to takaful malysia, we should talk

[Reply]

Avatar

Nazri

May 10th, 2012 at 8:50 pm
Permalink this comment

7

Masih ramai yang tidak mengambil berat kepentingan isu ini. Moga-moga penulisan doc mampu membuka memberi kesedaran kepada pembaca

[Reply]

Avatar

Azrul

June 11th, 2012 at 11:16 pm
Permalink this comment

8

As salam,

Baru belajar Takaful, mohon copy info..terima kasih..

[Reply]

Dr Hasanah Reply:

Silakan dengan disertakan link ke sini :) Terima kasih

[Reply]

Avatar

dyba

June 25th, 2012 at 3:43 pm
Permalink this comment

9

doc, khairat kematian dr takaful , adalah haram ? sedangkan takaful ade akad “tabarru” yg bererti tolong menolong n bantu membantu sekiranya di timpa musibah, adakah haram hukumnya sekiranya menerima wang pampasan dr khairat kematian ?

[Reply]

Avatar

Hasanah

June 25th, 2012 at 4:39 pm
Permalink this comment

10

Siapa kata haram? Baca betul-betul. Yang diharamkan ialah khairat kematian dari insuran, bukannya takaful.

[Reply]