Demam di hati, manakah termometernya?
Alhamdulillah Temasya Olahraga Tahunan di USM berakhir semalam. Alhamdulillah juga kerana sepanjang TOT saya demam, migrain, batuk, selsema, sakit perut bla..bla… Maka bebaslah saya dari terlibat dengan TOT. Habis je TOT, demam pun baik, sakit perut tinggal sikit-sikit, selsema dah kurang… Alhamdulillah…. [Sungguh, saya terkejut dengan 'bantuan' yang Allah berikan, kerana 3-4 hari sebelum TOT, saya berharap yang semasa TOT saya sakit dan demam.]

“Slm, Dr Hasanah djemput hdir utk mnjdi hakim utk khemah & prbarisan TOT. Perasmian TOT akn brmula pd jm 8 mlm ini.TQ” Demikianlah sms entah dari siapa-siapa yang saya terima petang Jumaat lepas.
“Slm, maaf, sy mc, demam” Pendek jawapan saya untuk anonymous.

Entah lah… saya bukan menentang sukan. Saya 200% menyokong aktiviti sukan. Masa di sekolah rendah dan menengah saya selalu menjadi ketua pasukan bola jaring, ketua pasukan bola tampar, ketua pasukan catur, pen. ketua kontinjen, bla..bla… Tapi bila TOT… hmm, rasa malllllaaaaasssss kaki ni nak melangkah ke stadium padahal stadium cuma seberang jalan tu je. Riuh rendah di stadium tu boleh didengari dari setiap penjuru rumah ini.

Tahun lepas, saya baru setahun jagung menjadi pegawai desasiswa. Masa TOT saya diminta menghakimi pasukan sorak antara desa-desa. Itulah agaknya puncanya. Pasukan sorak. Ye!!!!

====================

Hanan: Assalamualaikum, mak.
Mak: Waalaykumussalam.
Hanan: Mak, Hanan kat stadium ni.
Mak: Ye, mak tahu. Jaga diri elok-elok. Mak sakit lagi ni, nak rehat.
Hanan: Mak, boleh tak Hanan nak conteng muka.
Mak: Hmmph… tu yang mak tak nak bagi pergi stadium tu…. Nak buat apa conteng muka?
Hanan: Alaaa… kakak-kakak (pasukan sorak) conteng je.
Mak: Tak usah lah… pot…pet…pot…pet……… prung…pprangg.. prung.. prangg…..
Hanan: Yeeeelllaaaaah….. [disconnected]

Petang, bila Hanan, Husna dan Ziyad balik dari stadium, perangai mereka berubah. Terjerit sana… terjerit sini…. Over happiness!

Teringat semula tahun lepas, semasa jadi hakim pasukan sorak, hhhmmmppppphhhhhhhhhhh……. (a very long one)

Demam di badan, nampak di termometer, demam di hati, apa ukurannya?

Dalam perjuangan, menjerit dibenarkan. Menyorak dibenarkan. Tapi perjuangan yang bagaimana? Jeritan yang bagaimana? Sorakan yang bagaimana? Jantinanya macamana?

Singkaplah semula bagaimana Rasulullah s.a.w. menaikkan semangat para pejuang Islam di medan peperangan…. suatu situasi antara hidup ataupun syahid….

Samakah sorakan juang mereka dan sorakan cheers girls kita?

Ya Allah, bantulah daku dalam situasi ini.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Related posts:

  1. Alhamdulillah, pungguk tidak lagi rindukan bulan