Cuti semester dah nak habis menyebabkan kuliah hampir bermula

Posted on: Monday, Jun 28, 2010

Alkisahnya, cuti semester hampir 2 bulan yang sering dicemburui oleh semua orang yang kononnya “best la jadi pensyarah, ada cuti 2 bulan” hihiii… dah nak habis. Sebenarnya, bila jadi pensyarah, no cuti-cuti nooo (ikut slang speaking orang utagha). Dua bulan saya sangat padat. Meeting tak pernah putus. Bengkel sana-sini. Kena operate pula, cuti 2 minggu, tapi dalam cuti sakit tu, kerja kena jalan juga. Penyeliaan pelajar, pemeriksaan tesis Ijazah Tinggi. Kalau tak boleh ke ofis, saya akan suruh pelajar mai rumah. Habis cuti sakit, bila masuk ofis, huhuu… lagi la kerja tak putus. Artikel… artikel… artikel… itulah rencam pensyarah di universiti APEX. Desasiswa pula, tak sunyi dari manusia. Walaupun pelajar USM takde, penginapan dari orang orang luar tak henti-henti. Seronok juga tinggal di Tekun ni sebab lokasi strategik untuk foto mania macam saya hihiii…

Perarakan keluar VVIP dalam majlis pentauliahan PALAPES satu Malaysia. Lambat! Saya la lambat! Bila naik tingkat 10 untuk shoot rupa-rupanya majlis dah habis! hihiii

Kegembiraan Huda (tutup muka), Husna (berdiri), Ehsan (duduk depan sekali) , Angah (Natisya), Ziyad (belakang sekali) dan Zulfa (kanan) menyiapkan majlis sambutan hari jadi ayah dan Along (Natasya) yang kebetulannya jatuh serentak pada 17 Jun setiap tahun selama-lamanya. Well, sejarah takkan berubah kan. Lorong gelap ini ialah tempat permainan mereka.

Kalau dengar jerit-jerit malam-malam dari stadium, huh ni mesti bola… Yes! But ops, I bukan kaki bola. Tapi kaki tembak. So, banyak juga gambar bola yang diambil dari atas Tekun ni. Gambar ni, USM FC lawan entah sapa-sapa. Ambil dari jauh, so, tak terpandang lah aurat peha yang depa tunjuk :p

Baru je PALAPES habis, SUKUM 35 (Sukan Kakitangan Universiti Malaysia) pula bermula huhuu… cuti kat USM ni memang tak sunyi. Dalam gambar ni, pasukan USM yang berbaju biru muda sedang berarak  di hadapan pentas utama. Gambar ni telah disuntik teknik fisheye (mata ikan? hihii)

Tu dia, sebahagian daripada bas-bas yang membawa kakitangan universiti seluruh Malaysia. Saya cari juga bas dari Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Malaysia Sarawak. Apesal takde? Boikot SUKUM?

Maskot Helang Merah USM untuk SUKUM 35 sedang diajar terbang oleh pasukan Bomba. Kesian burung tu kena ikat sana-sini takut jatuh. Tapi akhirnya burang helang yang terbang tinggi itu jatuh ke tanah juaaaa… sebab pengarah filem suruh buat macam tu hihii…. Moral of the story. Apabila terbang tinggi di atas, usah terlalu gah kerana anda akan tetap turun ke daratan. Dan apabila sudah berada di daratan, ingatlah bahawa, anda sudah di daratan, bukan di langit tinggi lagi.

Hari Keluarga Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia 2010 di The Lost (sesat?) World of Tambun, Ipoh Perak pada 26 Jun 2010. Acara tarik tali yang sangat berat sebelah. Tak aci betul. Kami hampir menang tau! Nak boikot game depa ni!

Susah betul nak ambil gambar secukup korum. Inilah beberapa saat kami dapat berkumpul ramai-ramai. Waktu lain? Huh! Hilang tah kat mana-mana depa ni kat The Sesat World ni. Tak mau mai sini dah. Besar sangat. Penat pusing cari anak! Dalam gambar, dari kiri, Ziyad, Husna, Hajar, me, Hanan, bibik & Huda. Cukup 7 orang!

Ok, that’s all for now. Sibuk chek oooiii…. Penat pergi Tambun tak hilang lagi. Hari Ahad pergi pula ke Bertam untuk buka 2 lagi bilik tidur yang sebelum ni tak sempat disiapkan untuk homestay. 2-3 minggu ni makin haru dibuatnya. Banyak perkara akan berlaku. Banyak urusan perlu diselesaikan. Semester pun dah nak bermula. Kena prepare untuk sambutan pelajar baru lagi.

Kepada para pelajar baru yang akan mendaftar di USM pada 3 Julai nanti, kami mengalu-alukan kedatangan anda dan keluarga. Semoga muqaddimatul muqaddimah (permulaan kepada permulaan) ini akan membawa sinar kecemerlangan kepada anda semua.

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

15 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

miqdad

June 28th, 2010 at 1:53 pm
Permalink this comment

1

Salam Dr. Hasanah,

Mungkin Dr Hasanah saya atau tidak, saya adalah pelajar selian Dr. Nizam Zahat, cuma nak bertanya pensyarah di USM tak perlu punch card ka?

[Reply]

Avatar

Hamizul

June 28th, 2010 at 3:58 pm
Permalink this comment

2

Ceria kena maintain…baru student suka…he…he…

[Reply]

Avatar

Hasanah

June 28th, 2010 at 4:46 pm
Permalink this comment

3

Soalan apa ni Miqdad? hihi… saya pernah tengok mesin punch card di USM. Tapi untuk staf pentadbiran dan pekerja pencucian. Staf akademik tak perlu guna mesin penumbuk mahupun tandatangan buku kedatangan. Jeles? Oh, please. Kami kerja siang malam dengan bahagianya… diulangi, siang malam… sabtu, ahad… Malah, kalau kerja penulisan (artikel, kertas kerja dll), kerja grafik & website seminar… buat kat rumah lagi mantap.
Kalau ada punch card, alamat saya taknak dah buat kerja pejabat kat rumah di luar waktu pejabat :p

[Reply]

Avatar

Ina KL

June 29th, 2010 at 12:22 am
Permalink this comment

4

Salam dr hasanah….thks sbb singgah di blog saya…..saya seronok tengok coretan dr di blog nih…..padat sungguh aktiviti dr. InsyaAllah kita boleh bertukar2 pendpt dan idea nnt. Saya ni sbnarnya sedang mendalami ilmu in islamic finance, berangan2 nak buat PhD (kat uni tmpat saya blajar skrg)….so perhaps dr boleh buat posting tentang time management utk wanita sebok mcm kita nih ? Wsm

[Reply]

Avatar

miqdad

June 29th, 2010 at 10:44 am
Permalink this comment

5

Saya di UiTM ni memang kena punch, tapi bila melihat jadual kerja di USM ni berbeza di sini yang lebih banyak mengajar lebih kurang 20 jam seminggu.

[Reply]

Avatar

Hasanah

June 30th, 2010 at 12:39 pm
Permalink this comment

6

Ahlan Ina. Miqdad, UiTM memang waktu mengajar pensyarah terlalu tinggi. Dah selalu dengar. Kena sabar banyak-banyak. USM… walaupun waktu mengajar rendah, tapi tugas selain mengajar banyak.

[Reply]

Avatar

Radieah Mohd Nor

July 1st, 2010 at 9:16 am
Permalink this comment

7

Assalamu’alikum w.b.t

Lama nak jengok Dr.
Apapun saya mengakui bebanan pensyarah di USM.
Link di bawah ada sikit cerita tentang kehidupan Dr.
Jangan marah ye.
Saja nak kongsi dengan semua.

http://senidalamkehidupan.blogspot.com/2010/02/kehidupan-seoarang-pensyarah.html

Wassalam

[Reply]

Avatar

Hasanah

July 6th, 2010 at 1:20 pm
Permalink this comment

8

Radieah, Mai bilik saya boleh. Ada kerja nak bagi. Atau call hp saya, atau mai Tekun. No. hp ada kan?

[Reply]

Avatar

Radieah Mohd Nor

July 6th, 2010 at 6:05 pm
Permalink this comment

9

Insya Allah. Nanti saya dtg. Tq.

[Reply]