
Hari ni hari terakhir kuliah HIS 213 iaitu Sumber dan Prinsip Perundangan Islam. Sob… sob… sedih… setiap kali berakhirnya pengajaran saya dalam sesuatu subjek pada sesuatu semester, mesti rasa sedih… uh, sentimental sungguh.
“Sebelum saya akhiri kuliah ini, suka saya nak berpesan kepada para pelajar sekelian supaya dalami dengan bersungguh-sungguh bidang yang kamu ambil sekarang ni. Ada yang bio, ada yang komunikasi, ada yang bidang seni dan macam-macam lagi. Gali dan cari pula segala ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan bidang yang kamu ambil. Kemudian kaji ayat-ayat tersebut, nanti kamu akan bertemu dengan rahsia-rahsia Allah yang tersingkap di sebalik ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut. Kalau kamu bidang bio pokok sebagai contoh, Continue reading

