Untuk kita-kita je: Soal jawab tentang haid / haidh (bahagian 1)

Posted on: Wednesday, Feb 25, 2009

takde kena mengena
Resah, resah juga, tapi, biarlah dalam minda separa sedar sekalipun, saya tetap akan terus menulis walaupun pada skala tidak stabil.

OK, berikut ialah soal jawab tentang hukum haid. Tak pasal-pasal je saya tulis pasal haid. Puncanya, ceramah saya lusa akan menyentuh hal sulit a.k.a rahsia wanita.

Disclaimer: Soal jawab ini sesuai untuk orang awam sahaja. Jika anda ada Ijazah Pengajian Islam, tak perlulah kutuk jawapan yang saya berikan kerana saya telah mengambil kira aspek semasa dan setempat apabila memberikan jawapan. (Kadang-kadang malas juga berdepan dengan orang yang ta’sub mazhab ataupun tolak mazhab dan cuma nak pakai quran & sunnah semata-mata. Simpati dengan orang seperti ini kerana mereka berasa diri lebih hebat daripada perawi hadith seperti Imam Malik dan Imam Syafii :( yang telah menggunakan fiqh & usul fiqh dalam memahami hadith)

Ops, sorry lah kalau simpati marah. I’m still in the unstable mood.
But one thing I’d like to let you know is that the QnA below had been written while I’m in a stable mood mode.


================================================

HAID / HAIDH
================================================

S: APAKAH HAID?

J: Haid ialah darah kotor yang keluar dari faraj wanita yang sihat, bukannya keluar berikutan melahirkan anak atau pecahnya selaput dara.


S: BILAKAH WAKTU HAID?

J: Haid bermula selepas umur seorang kanak-kanak mencapai 9 tahun. Ini adalah pandangan kebanyakan ulama. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak mengalami pendarahan dari farajnya sebelum dia mencapai umur 9 tahun, maka , itu bukan darah haid, tetapi darah istihadah.

Darah haid yang keluar biasanya berlaku sekali setiap bulan sehinggalah putus haid atau menopause. Dalam hal ini, tiada dalil yang menunjukkan adanya batas umur tertentu bagi putus haid.

S: BAGAIMANAKAH PULA SIFAT DARAH HAID?

J: Darah haid berwarna seperti warna darah yang biasa iaitu merah, kuning atau keruh. Ia juga boleh jadi berwarna hitam dan perang/kelabu. Jika selain daripada warna ini, ia bukan dikira darah haid.

Diriwayatkan daripada ‘Urwah, daripada Fatimah binti Abi Jahsy, bahawa dia mengeluarkan darah, maka Rasululullah s.a.w. bersabda: “kalau itu darah haid, maka warnanya kelihatan hitam. Bila demikian halnya, maka berhentilah kamu solat. Tapi kalau tidak demikian, maka berwudhu’lah lalu solat. Kerana hanyalah gangguan otot.”

Bagaimanapun, mungkin terdapat setengah wanita yang melihat darah berwarna hijau. Dalam keadaan ini, sekiranya wanita tersebut memang telah biasa kedatangan haid, maka ia dikira haid. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekeliruan makanan. Tetapi jika yang dilihat hanya yang berwarna hijau sahaja, sedangkan ia tidak pernah melihat warna yang lain, maka itu bukan haid.

S: BERAPAKAH SEBENARNYA TEMPOH DARAH HAID KELUAR?

J: Paling kurang, darah haid keluar selama sehari semalam. Paling lama pula ialah 15 hari. Kebiasaannya, ia keluar selama enam hingga tujuh hari. Dalam hal ini, bukan bererti harus keluar berterusan tanpa ada hentinya dalam jangkamasa tersebut. Sebaliknya, jika darah mulai keluar, kemudiannya reda dan kemudiannya keluar lagi, maka semuanya dianggap darah haid.

S: JIKA DEMIKIAN, BERAPA PULA TEMPOH ANTARA SATU-SATU HAID?

J: Ia dipanggil masa suci. Masa suci antara dua haid paling kurang ialah 15 hari.

Masa suci yang terpanjang pula tiada hadnya. Ia boleh mencapai sehingga melebihi satu tahun, kecuali bagi wanita yang istihadhah. Wanita yang mengalami istihadhah, haidnya dikira sepuluh hari, masa sucinya pula 15 hari, manakala tempoh nifasnya dikira 40 hari.

S: BAGAIMANA PULA DENGAN WANITA YANG HAIDNYA KADANGKALA OK, TETAPI KADANGKALA TIDAK TERATUR?

J: Bagi wanita yang sudah biasa kedatangan haid, hingga dia tahu berapa lama kebiasaannya dia kedatangan haid, maka, jika pada satu-satu masa haidnya melebihi masa haid yang terpanjang yang dia biasa, maka dia hendaklah berpegang pada tempoh yang dia biasa kedatangan haid. Yang selebihnya pula dianggap istihadhah. Contohnya, jika dia biasanya haid selama enam hingga lapan hari, tiba-tiba suatu masa keluar darah hingga sepuluh hari, maka darah yang keluar pada lapan hari yang pertama dianggap sebagai haid, manakala hari yang kesembilan dan kesepuluh itu dianggap sebagai istihadhah. Walaupun maksimum tempoh haid ialah 15 hari, tetapi dia hendaklah berpegang kepada lapan hari tempoh haid sahaja kerana itu adalah tempoh yang dia biasa.

=============================================

Ok, dua hari lagi saya akan tulis entri yang panas sikit iaitu: errr….. haid dan suami-isteri (rahsia ye, jangan bagitau orang lain!)

- p.s. This time comment is allowed.

- p.p.s. 1.27 pagi… kaylah, saya nak solat untuk cari ketenangan. Semoga Allah tidak akan jemu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya…

DeliciousHotmailPrintFriendlyTwitterTechnorati FavoritesYahoo MailShare

Blog Dr. Hasanah Abd. Khafidz

Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

This blog is a state of interdisciplinarity in me. Enjoy reading!

“Tolong saya, doktor !!!!”

Ops! Nanti dulu !!!
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

Pastikan anda sentiasa up-to-date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Twitter Hasanah | “Dok buat apa tu?”

Islamy The Muslim Social Network

Kebenaran Penggunaan Info DrHasanah.com

Creative Commons Licence

Kandungan drhasanah.com oleh Dr. Hasanah Abd. Khafidz dibenarkan untuk digunakan/ dishare/ dicopy-paste di bawah lesen Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License.

Users Online

15 Users Online

Most online 470 at 21 June, 2012 @ 1:15 am



Avatar

Jasni

February 25th, 2009 at 9:12 am
Permalink this comment

1

bagus….selalu la solat malam, tapi tak tidur lagi ni, tak leh tahajjud lagi he3…jgn fikir sgt problema…tidur layan mimpi…

[Reply]

Avatar

annyssasir

February 25th, 2009 at 2:19 pm
Permalink this comment

2

salam..Dr.. xpasal2 dr kena ceramah pulak… nak buat cane, dr.je yang saya kenal.. sepatutnya ustzh Rokiah kat maktab sebelah ni, tapi dia ada hal pulak.. nak buat camne.. dah rezeki dr. jumpe kitaorng..

[Reply]

Avatar

hani_islam

February 25th, 2009 at 7:25 pm
Permalink this comment

3

assalamualaikum dr! sy baru lg kt cni..n da skola mnengah..urm…sy knal dr mlalui web iluvislam..so, salam ukhuwah ye..! (n_n)

[Reply]

Avatar

Nizam

February 26th, 2009 at 10:37 am
Permalink this comment

4

Sabar…hidup dan mati hanyalah ujian Allah

[Reply]

Avatar

Hasanah

February 26th, 2009 at 7:28 pm
Permalink this comment

5

Terima kasih semuanya. Tak sangka betul saya, bila tulis pasal hal orang perempuan, ramai pula kaum sana yang singgah baca :)

Errmm… Saya dah ok. Alhamdulillah. Masalah yang menserabutkan minda dah selesai.

Wa ila Allah turja’u al-umur…
(Kepada Allah lah dikembalikan semua urusan)

hani_islam, dah lama saya tak singgah iluvislam. Dulu saya moderator, tapi bila dilantik jadi Penolong Penggawa kat USM, terus saya minta dilucutkan jawatan moderator tu. Tak sempat layan soal jawab dalam forum.

Baru dua je artikel saya hantar dalam iluvislam:

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1270
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1397

Mungkin Dr Nizam dan Dr Jasni minat dan sempat untuk aktif hantar artikel untuk remaja dan belia dalam iluvislam.com .

[Reply]

Avatar

gezza

March 1st, 2009 at 12:36 pm
Permalink this comment

6

Salam,

Perbincangan ramai yang banyak mendatangkan idea dan
berbagai ilmu untuk bertukar2 pendapat.Haid adalah sesuatu kotoran .Yang masa haidnya ada tempoh waktu tertentu.
Ia akan membawa mudharat jika diterokai waktu itu.
Sebab itu dalam agama islam, ia amat di larang .Sesuatu kotoran dalam badan yang berkumpul untuk di keluarkan.

Disamping menyihatkan tubuh badan setelah bahan-bahan kotoran keluar.Sekarang ini ramai orang keliru dengan perjalanan era berteknologi tinggi dan pemikiran yang mahir/dan separa mahir. Mudah-mudahan jalan kita yang dilalui ini mengikuti jalan-jalan panduan AlQuran.Mudah-mudahan kita tak tersesat jalan.

Jalan berliku didunia ini penuh dengan tipudaya dunia.
Dimana jalan-jalan alQuran…penuh cabaran , dugaan , dan kesabaran adalah tangga kejayaan.Hati yang tenang , fikiran yang lapang.Sekadar bertukar-tukar pandangan sahaja.Terima kasih.

[Reply]

Avatar

erm

June 7th, 2009 at 6:38 pm
Permalink this comment

7

salam…
saya baru berumur 13 tahun..
saya nak tanya…
sudah 4 bulan saya tidak datang haid selepas kali pertama haid…kenapa yer…?

[Reply]

Avatar

Shazarith

September 15th, 2009 at 11:53 am
Permalink this comment

8

Assalamualaikum Dr,

saya confuse and really need help..

ok dua bulan lepas saya mengalami keguguran.

lepas tu sebulan saya tidak ada datang haid

selalunya haid saya normal 4 hari sebulan macam tu

tapi bulan ni saya cuma dapat tompok darah hitam… (of cycle) tak ada cecair color lain pun…. 1 hari je… bau ada off sikit but not the normal smell….

adakah darah ni diterima sebagai haid jugak?

sekian Terima Kasih…

Thanks in advance….

[Reply]

Avatar

marlieya

December 31st, 2009 at 4:26 am
Permalink this comment

9

saya nak tanya ni..sudah hampir 3bulan sy tidak datang haid…
saya sudah berjumpa doktor dan doktor hanya memberitahu bahawa hormon saya tidak teratur…dan dulu juga saya diberi pil pelancar darah..selepas saya makan pil itu saya datang haid..tp 2bulan selepas itu haid saya berhenti..saya masih muda dan berumur 19 tahun…adakah cara penyesaian lain untuk saya?

[Reply]

Avatar

anne

March 4th, 2010 at 6:27 pm
Permalink this comment

10

saya berusia 16 tahun… masalah saya ialah.. haid saya datang dalam tempoh jangka masa panjang iaitu selama 1 bulan setengah… saya malu untuk merujuk hal ini pada doktor dan bimbang hal ini akan menjejaskan kesihatan.. apa masalah saya sebenarnya?

[Reply]

Avatar

FARAH

March 20th, 2010 at 8:45 pm
Permalink this comment

11

saya dah lama nak tanya benda ni tp tak tau nak tanya kat ape.harap ruangan ni dapat memberi jawapan?apakah cecair yang keluar dari faraj selepas habis haid yg 7 hari tu?Ia berwarna putih,ia akan keluar lebih kurang selama 7 hari selepas habis darah haid keluar.kadang2 saya alaminya juga 2-3 hari sebelum haid?harap sangat puan dapat memberi jawapan.perkara ini benar2 merunsingkan saya kerana saya akan berkahwin tak lama lagi…

[Reply]

Avatar

Hasanah

March 25th, 2010 at 10:14 am
Permalink this comment

12

Aduh, saya dr. ustazah, bukan dr. sakit puan hihiii..
My advice:
- kalau darah tu tempoh atau rupanya abnormal, tanyalah dr. perubatan
- cecair yang keluar dengan rasa gatal2 pada kemaluan dan berbau hanyir perlu dirujuk kepada dr. perubatan, kalau tak gatal dan putih2 biasa sahaja, it’s ok. Hanya bersihkan kemaluan dan ambil wudhu seperti biasa jika mahu solat.
- darah berwarna merah, hitam, coklat… itu adalah haid jika betul masa dan tempohnya.

[Reply]

Avatar

maya

March 30th, 2010 at 10:15 am
Permalink this comment

13

salam, dr ada mengatakan “Bagaimanapun, mungkin terdapat setengah wanita yang melihat darah berwarna hijau. Dalam keadaan ini, sekiranya wanita tersebut memang telah biasa kedatangan haid, maka ia dikira haid. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekeliruan makanan. Tetapi jika yang dilihat hanya yang berwarna hijau sahaja, sedangkan ia tidak pernah melihat warna yang lain, maka itu bukan haid.”

1) kebiasaannya apabila uzur, cecairan yang keluar dahulu adalah warna coklat dan barulah darah merah, tetapi, sebelum warna coklat tersebut ada cecair warna hijau, adakah ia dikira warna haid (xda rasa gatal dan xda bau)…?

2) warna kuning dan keruh macamna yang disifatkan sebagai darah haid..?

[Reply]

Avatar

Tun Kamsiah binti Mohd Fathullah

May 10th, 2010 at 5:52 pm
Permalink this comment

14

Salam Dr.
Sy nak minta penjelasan ttg istihadah. Kalu haid biasanya 8 hari, tp bln ni 10 hari adakah itu dikira istihadah (2 hari tu). Pd fahaman sy tempoh haid plg lama 15 hari, jadi 10 hari tu semuanya haid. Wallahualam.
Tolong betulkan sy jika sy silap..

[Reply]

Avatar

Hasanah

May 11th, 2010 at 6:18 pm
Permalink this comment

15

Kalau selalunya 8, bila tiba-tiba jadi 10, maka yang 2 terlebih tu ialah istihadhah. Angka 15 hari tu untuk yang tak tetap/tahu je.

[Reply]

Avatar

tim

May 21st, 2010 at 7:39 pm
Permalink this comment

16

slm usth..mengikut ape yg saya tau, haid tu ada 5 jenis. hitam, merah, asyraq, keruh, kelabu.

kalau keruh dan kelabu dtg di waktu suci, itu bukan haid. betul?

macamana pulak dgn asyraq? blh usth jelaskan warna asyrq tu mcmana?

[Reply]

Avatar

pelajar perubatan

June 7th, 2010 at 6:07 pm
Permalink this comment

17

slm.ketika remaja,adakalanya hormon masih belum stabil. ada antara gadis yang mengalami haid pramatang yang mana lebih awal dari sepatutnya,tetapi biasanya usia sebelum 8-10thn.anda boleh tunggu dahulu,mungkin ia akan stabil sendiri,tapi jika selepas 6 bulan masih tidak dtg haid,eloklah buat pemeriksaan.

[Reply]

Avatar

noerm

June 16th, 2010 at 11:42 am
Permalink this comment

18

buln ni lain mcm period. sy mkn ubt, period mcm biasa hr ke 8 mdi wjib. tiba2 pd hr ke 9 ada drah coklt pd pntyliner sebesar 20 sen dh 2 hr mcm tu….rsau gile ada mslah ovari tau rahim ke? ingt nk wat pap smear kesan pe yg ptut pd rabu depan ok ke tindkan saya? kira period ke kira bleh mdi wajib dlm 2 3 hr ni?

[Reply]

Avatar

Hamizul

June 17th, 2010 at 12:14 am
Permalink this comment

19

Hai, popular sungguh ruangan ni… ;)

[Reply]

Avatar

hanan

August 19th, 2010 at 6:18 pm
Permalink this comment

20

salam..saya baru berusia 12 tahun,saya cuma mahu tahu adakah normal sekiranya saya keluar haid yang agak panjang dari tempoh biasa..saya amat risau..kerana saya keluar sudah 9 hari tapi masih lagi banyak yang nak keluar…lagi saya risau sbb skarang nie bulan puasa..ape yang patut saya buat

[Reply]

Avatar

simple2212

August 25th, 2010 at 9:04 pm
Permalink this comment

21

salam..sy nk tnya ckt..sy bru2 ni period..biase la dlm tmpoh 7 hari..tp slps 4 hari,cecair wrne seakan2 coklet keluar..adakah itu dikira haid?sy x prnh mgalami situasi mcm ni..sy agak risau dgn keadaan ni..blh tlg jelaskn?

[Reply]

Avatar

diele keliru

September 3rd, 2010 at 10:52 pm
Permalink this comment

22

erm ,,
maaf yer ,,
nax tnya skit,,
sy dtang haid dua mggu trakhir blan 0g0s ,,
tp smpay 3 /9 p0wn ,,
sy msih bl0m ptus haid ,,
sy risaw dgan keadaan ini ,,
b0le beri ktrangan tax ,,

[Reply]

Avatar

al-saina

September 24th, 2010 at 10:05 am
Permalink this comment

23

saya nak tanya kenapa kitaran haid saya tak tetap setiap bulan?adakah saya ada peluang untk melahirkan zuriat.saya takut kerana saya akan menikah awal tahun ini,dapatkah dr membantu saya,ok thankse

[Reply]

Avatar

Hasanah

September 25th, 2010 at 9:38 am
Permalink this comment

24

I’m not a medical dr lor

[Reply]

khadijah Reply:

macm mna kalau tempoh suci antara haidh pertama dgn kedua kurng 15 hari? hari ke 13 slps haid yg petame dh kuar darah blik?

[Reply]

Avatar

siti rohaya

December 2nd, 2010 at 9:06 pm
Permalink this comment

25

saya ni alami masalah haid sudh hmpr sthun lbh….haid sye mmmg xpnh kurg dr 15 hari pd setiap bulan.kdg2 dtg 14 hri…kdg2 pulk lbh 15 hari.masalah ini menyebabkan sya xthu smada yg keluar itu drh haid atau drh pykit…bantulah saya.kluar kd2 terlalu byk n kdg2 sikit…ade msa dlm sehari xkuar lgsung….esk kuar smla drh…saya terlalu bingung….bantula saya

[Reply]

Avatar

siti

January 5th, 2011 at 4:26 pm
Permalink this comment

26

salam ustazah..
soalan : tempoh haid sy slalunya 11 hari & ke ats (tak lbih 15 hri)..baru2 ni,tempoh haid sy 15 hari.,tapi sampai hari ke -8 ja darah merah.,hari ke -10 sy mandi sbb baru colourless(putih jernih)..esoknya,hari ke 11 kluar sikit kuning pekat..sy was2 & anggap still haid sbb lps tu,kluar koko & merah skit..jadi sy truskan sampai ckup2 15 hari..slps suci,sblum smpai 15 hari strusnya,iaitu msuk hari ke-9 ,kluar darh mrh..sy rs istihadah sbb tak berbau & alirannya kurang (kurang pad dgunakan)brbnding haid sy wlupun wrna ttp merah..sy tak tahu beza haid n isitihadah, jd psl bau & wrna sy tnya kwn..tpi yg pliknya sy ttp senggugut (teruk) spt kelazimannya..betul ka haid strusnya msti slps 15 hari slps suci?? & adakah istihadah dsbbkan tension krn sy agak stress dgn jadual kulliyyah sy…sy harap ustazah dpt menjelaskan…perhatian ustazah sy dahulukan dgn ucpn trima kasih bnyk2..

[Reply]

Avatar

amira (a)

March 30th, 2011 at 5:40 pm
Permalink this comment

27

terima kasih

[Reply]

Avatar

ira223

August 11th, 2011 at 7:02 pm
Permalink this comment

28

assalam…

kalau darah haid telah berhenti lepas 7 hari, tapi ade cecair warna kuning yang keluar, tu pun dikira darah haid ke?? harap jawab

[Reply]

Avatar

miera

August 22nd, 2011 at 8:44 pm
Permalink this comment

29

asalamualaikum,,
saye ade masalah kelewatan dtg haid ..saye agak risau kerana kadang tempoh lewat haid sebulan lebih dan dua bulan..saye baru berusia 19 taun..tapi amat risau dengan hal ini…haid yang dtg pule sedikit je …

[Reply]

Avatar

ladybear

September 15th, 2011 at 1:00 pm
Permalink this comment

30

anne,
saya juga mempunya masalah yang sama sebelum ni.
kemudian saya makan ubat EPO.
walaupun agak lambat datang tetapi haid mula berjalan dgn lancar.

[Reply]

Avatar

ina

October 7th, 2011 at 8:44 pm
Permalink this comment

31

salam ustazah.saya keluar darah brwarna coklat sedikit.hari prtama keluar,hari kedua n ketiga tiada tp hari keempat keluar semula darah brwarna merah gelap.ianya keluar hingga hari kesembilan.adakah darah warna coklat 2 bkn haid n saya perlu mandi wajib.hari kedua n ketiga saya boleh beribadat spt biasa.harap sgt penjelasan.tq

[Reply]

Avatar

hainie

October 23rd, 2011 at 1:01 am
Permalink this comment

32

salam ustazah…. camna nak kita nak tau kita blh bersuci????? bila dluar x dak tp bila cuci kdlm sikit still ada lendir n darah… adakah darah tu still dppangil haid or saya dah blh bsuci….. n blh cerita secara ringkas cara terbaik nak tau bila blh bsuci…

[Reply]

Avatar

zul

November 21st, 2011 at 3:51 am
Permalink this comment

33

bagaimana pula sekiranya pengantin perempuan tiba2 datang bulan pada tarikh akad nikah? blhkah dia memasuki masjid sewaktu mjlis akad nikah?

[Reply]

Avatar

dana

December 8th, 2011 at 2:37 am
Permalink this comment

34

darah period saya berwarna hitam hanya beberapa sedikit sahaja. dalam titisan sahaja. kenapa itu berlaku? adakah normaL?

[Reply]

Avatar

syuhada musa

December 21st, 2011 at 7:17 pm
Permalink this comment

35

assalamualaikum..sy nk tnye, sblum ni period sy dtg dlm tempoh 6-7 hri je, …period bln disember ni agak lain ckit, priod sy dtg dlm 7 hri n dtg blek dlam hari 9, wrna darah pun merah mcm drah haid y normal dan agk banyak..mcm mne ni?..adakah drah haid atau istihadah?

[Reply]

Avatar

Ad Deen

May 17th, 2012 at 8:01 pm
Permalink this comment

36

salam , saya betul2 bingung n at the same time saye redha n syukur sb Allah pilih saye untuk dpt ujian ni :)
permasalahan saya, tarikh datang haid saya sangat kerap. berikut saya sertakan tarikh haid saya tahun ini(2012).

8.2 – 14.2 (normal)
20.2 – 22.2 (haid sikit)
18.3 – 24.3 (normal)
5.4 – 11.4 (haid sikit)
30.4 – 6.5 (normal)
17.5 – saat ini

darah yang keluar masa ‘haid sikit’ tu mmg mcm haid sebenar, kaler merah and bile nak habis dia akan jadi kaler gelap..
saya keliru tp saya keep solat :)

mintak penjelasan insyaAllah,
jazakillah :)

[Reply]

Dr Hasanah Reply:

Adoi, fenin baca

[Reply]

Avatar

nour

August 3rd, 2012 at 9:04 pm
Permalink this comment

37

salam DR, sy pun pening,mikirkan darah istihadah ni,kalau stress mesti kena istihadah ni,sy mcm ni kira 15 hari kira haid n 15 hari lagi sy kira darah istihadah, sdh bertahun-tahun sy alaminya tp hingga skrg belum sembuh 100%, apakah yg patut sy lakukuan???? bantulah sy DR, terutama sekali jika berkaitan dgn solat.

[Reply]

Avatar

eka

August 6th, 2012 at 3:03 am
Permalink this comment

38

salam doc..sy ade skit musykil psal haid sy.
fyi, haid sy always kuar tiap2 bulan.. tp just kuar dlam 3 – 4 hari je..mcm mne ye doc?? & mse kuar haid tu, sy mmg mengalami snggut yg agk trok mse 1st and 2nd day.. normal tak haid sy? hope doc boleh tlg ;(

[Reply]

Avatar

wanie

August 13th, 2012 at 11:24 am
Permalink this comment

39

Salam DR,

Saya nak tanya, macam mana pula untuk orang yang baru lepas melahirkan. sejak saya mengandung sampai anak dah berumur 1tahun 4bulan saya belum pernah datang haid lagi (mungkin sebab menyusu badan sepenuhnya). Kiranya dah 2tahun lebih dah tak datang haid. Baru-baru ni, lepas 2bulan start bekerja, haid pon dah mula datang untuk pertama kalinya. tapi dah 13hari (termasuk hari ini) masih belum berhenti lagi. Agak heavy flow jugak la sepanjang 13hari ni. belum ada tanda-tanda nak berhenti lagi. macam mane tu ye? sebelum kahwin/pregnant, kitaran haid saya setiap 2-3 bulan sekali. dan jangka masa haid tak lebih 6hari. harap dr boleh tolong :)

[Reply]

Avatar

nak tahu

August 14th, 2012 at 12:18 pm
Permalink this comment

40

As salam Dr saya nak tny… kebiasaannya darah haid (warna merah )saya saya berhenti pada hari ke5 atau ke 6, tapi pada hari ketujuh hingga ke 9 dia berwarna kuning…. adakah itu dikira sebagai darah haid juga?

[Reply]

Avatar

remaja

September 11th, 2012 at 5:01 pm
Permalink this comment

41

hehehe kesiah dr hasanah… suh pembaca rujuk Dr Hamid Arshat ke… Dr Idris ker… Dr Siti Esah ke….

[Reply]

Avatar

Hasanah

September 12th, 2012 at 12:31 pm
Permalink this comment

42

Sudah nasib wahai remaja :)
Entri ini mendesak saya tambah satu notis kat tengah2 blog ni:
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang tak boleh cucuk orang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor yang kerjanya sembang-sembang.
Saya memang doktor.
Tapi doktor falsafah dalam bidang SYARIAH.
Bukan doktor yang boleh bedah-bedah.

…. sesak nafas!

[Reply]

Avatar

siti

December 28th, 2012 at 9:17 pm
Permalink this comment

43

assalamualaikum, saya biasa dengar orang cakap tempoh haid dia 7 hari, 8 hari. macam mana nak kira tempoh haid tu? contohlah untuk gadis yang pertama kali datang bulan. pada bulan januari, tempoh haidnya 8 hari. bulan februari, haidnya 10 hari. adakah tempoh pada haidnya yang pertama boleh dijadikan ukuran? adakah 2 hari lebih dari haidnya pada bulan februari dikira istihadah? mohon penjelasan dr.

[Reply]