…mencari al-hasanah di dunia dan akhirat
Sambungan tentang hukum fiqh berkaitan tentang haid/ haidh. Kali ini saya akan sentuh mengenai perkara yang dilarang oleh perempuan yang sedang haid.
Ini merupakan topik ketiga tentang haid dan selepas ini saya akan sentuh topik istihadhah pula.
S: APAKAH YANG DITEGAH KE ATAS SESEORANG WANITA YANG KEDATANGAN HAID?
J: Wanita yang didatangi haid berhak untuk melalui kehidupan hariannya seperti biasa. Walau bagaimanapun, dari segi syarak, dia dilarang daripada melakukan beberapa perkara yang kebanyakannya berbentuk ibadat, iaitu:
1. Mengerjakan solat.
2. Berpuasa.
3. Masuk ke dalam masjid.
4. Membaca dan menyentuh al-Quran.
5. Tawaf di sekeliling Kaabah.
6. Bersetubuh.
S: ISTERI SAYA MENGALAMI KEDATANGAN HAID YANG PANJANG. APAKAH HUKUMNYA BERSETUBUH DENGAN ISTERI YANG SEDANG KEDATANGAN HAID?
J: Para fuqaha sependapat bahawa persetubuhan yang dilakukan ketika isteri sedang kedatangan haid adalah haram. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat ke 222 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu tentang mahidh (perempuan yang kedatangan haid), katakanlah: “ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri daripada isterimu (menyutubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka suci. Apabila mereka telah bersuci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang membersihkan diri.” ‘Datangilah’ dalam ayat ini bermaksud menyetubuhi.
S: BAGAIMANA PULA JIKA SEORANG WANITA ITU TELAH PUN KERING HAIDNYA, TETAPI MELAKUKAN PERSETUBUHAN SEBELUM MELAKUKAN MANDI WAJIB?
J: Kebanyakan fuqaha berpendapat bahawa hukumnya adalah tetap haram. Oleh itu, jika seseorang wanita hendak melakukan persetubuhan setelah kering haidnya, maka dia hendaklah mensucikan dirinya terlebih dahulu dengan melakukan mandi wajib.
S: BENARKAH SEORANG WANITA YANG SEDANG HAID ATAUPUN TELAH KERING HAIDNYA TETAPI BELUM BERSUCI DILARANG DARIPADA MEMASUKI MASJID?
J: Ya, wanita yang sedang haid dan belum bersuci dilarang berada di dalam masjid kecuali sekadar lalu sahaja. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa tidak dihalalkan masjid untuk wanita yang sedang dalam haid dan orang yang sedang junub.
S: JIKA SESEORANG YANG SEDANG HAID DILARANG DARIPADA MELAKUKAN SOLAT DAN BERPUASA, ADAKAH SOLAT DAN PUASA YANG TERTINGGAL PERLU DIQADHA’?
J: Perempuan yang kedatangan haid adalah dilarang daripada melakukan solat dan berpuasa. Solat yang ditinggalkan sewaktu haid tidak perlu diqhada’kan. Dalam bulan Ramadhan pula, perempuan yang haid dilarang mengerjakan puasa. Walau bagaimanapun, dia wajib mengqhada’kan setiap hari puasa yang telah ditinggalkan.
S: APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SEORANG WANITA YANG SEDANG MENJALANKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH JIKA DIA KEDATANGAN HAID SETELAH TAWAF DI BAITULLAH TETAPI BELUM MELAKUKAN SAIE DI SAFA DAN MARWAH? BOLEHKAH BELIAU MELAKUKAN SAIE ITU DALAM KEADAAN BERHAID?
J: Wanita yang kedatangan haid boleh melakukan ibadat haji kecuali tawaf di Baitullah. Oleh itu hanya tawaf di Baitullah yang tidak boleh dilakukan oleh seorang wanita yang sedang berhaid. Terdapat banyak hadis yang menerangkan perkara ini seperti hadis Rasulullah s.a.w. apabila Aishah r.a. didatangi haid ketika melakukan ibadat haji, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sempurnakanlah apa yang mesti dilakukan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali bertawaf di Baitullah sehingga kamu bersih dan mandi.”
=========
Dua hari lagi kita akan berbincang tentang istihadhah pula.
Related posts:
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.
Al-Amin Daud
March 5th, 2009 at 12:55 am
Assalamualaikum Dr Hasanah..
Terima kasih sudi singgah di teratak buruk ana.
Akhir2 ini kedengaran suara yang membolehkan wanita dalam keadaan haid masuk ke dalam masjid.ini kerana kata mereka ditegah itu kerana dikhuatiri darah menitik mengotori masjid.maka pandangan sebegini tidak benar.pengharaman wanita haid masuk ke dalam masjid bukan sbb dikhuatiri darah menitik tetapi kerana dia sedang menanggung hadas besar.hadas besar akan terangkat dgn mandi wajib dan mandi wajib sah selepas habis tempoh haid.diharap penerangan seperti yang ditulis oleh Dr Hasanah dapat membetulkan kekeliruan yang wujud di dalam masyarakat yang berselindung di sebalik nama al-Quran dan as-Sunnah..mereka ini musuh dalam selimut yang ingin menghancurkan Islam seperti gunting di dalam lipatan.lihatlah betapa masyarakat banyak berpecah dengan sebab isu2 khilafiyyah yang telah diselesaikan oleh ulamak kita ratusan tahun dahulu.
[Reply]
Siti
April 16th, 2009 at 11:25 am
kemungkinan besar saya hamil berdasarkan perubahan mood yang saya alamai. tetapi, dalam masa yang sama, saya dapati ada sedikit calitan berupa tanda2 awal kedatangan haid pada pakaian saya. masalahnya waktu haid saya adalah tetap, namun jika mengikut situasi yang saya alamai sekarang, ianya sudah berubah menjadi lebih awal daripada biasa. persoalannya, adakah saya masih boleh dikatakan hamil?
pernahkah berlaku dimana, seorang wanita hamil diperingkat awal didatangi darah haid?
[Reply]
Mama Q
April 16th, 2009 at 3:34 pm
Assalammualaikum.
Saya ingin bertanya pd dr. 11 thn yg lalu pd hari pernikahan saya yg di lakukan di dalam masjid saya di dalam haid. Soalan saya Wanita Di Haramkan memasuki masjid sewaktu Haid jd adakah pernikahan saya ini sah kerana saya sedang haid dan memasuki masjid. Tolong lah saya diatas kemusykilan ini.
[Reply]
nadirah
April 16th, 2009 at 11:14 pm
asalamualaikum, sy ada masalah mengenai kitaran haid sy selepas sy mengambil contraceptive pill bagi tujuan acne treatment.di mana sy boleh merujuk masalah sy?kepada siapa sy perlu bertanya?
[Reply]
Hasanah
April 17th, 2009 at 6:46 am
Siti, kalau ’sangat’ sedikit dan berlaku pada bulan pertama, mungkin tak mengapa. Tapi kena ingat juga, sebarang pendarahan sewaktu hamil mesti dirujuk pada doktor kerana bimbang ada kemungkinan keguguran.
MariaQ, akad nikah sah tapi dalam masa yang sama berdosa kerana mencemari rumah Allah. Beristighfar dan bersedekahlah semoga dengan itu Allah akan ampunkan segala dosa kita.
Nadirah, doktor dimana pil itu diambil ialah tempat yang terbaik kerana dia dah tahu segala kesan sampingan yang mungkin timbul.
[Reply]
madlina
June 28th, 2009 at 1:10 pm
bolehkah kita memotong kuku dan membaca nama-nama allah ketika datang haid?
[Reply]
Editor
July 4th, 2009 at 10:03 pm
Madlina, boleh memotong kuku jika mahu, tidaklah jadi haram. Tetapi seperti yang termakub dalam ihya, bahawa makruh memotong kuku sewaktu haid kerana kelak kuku itu akan dibangkitkan di hari akhirat dalam keadaan tidak suci
[Reply]
Editor
July 4th, 2009 at 10:16 pm
Tentang sekadar lalu di dalam masjid (bukan berhenti), ada catatan di dalam kitab fekah, bughyatut tullab, Syeikh Abdullah daud Fathoni:
“Perempuan yang haid atau nifas jika takut titik darah maka haram lalu di dalam masjid, tetapi jika tiada (takut), maka makruh.”
[Reply]
usulifaqih
July 6th, 2009 at 11:20 pm
Tambahan… Illat (sebab) haram wanita haid duduk dalam masjid sebab dibimbangi berlaku ketirisan darah lalu mengotori masjid. Tapi zaman sekarang ada tuala wanita yang boleh mencegah kebocoran dan ketirisan, maka sebab tadi tidak lagi dibimbangi, maka tidak ada masalah untuk wanita haid duduk dalam masjid.
Tapi, terkadang bila darah banyak sangat keluar, pakai tuala wanita pun boleh bocor lagi. Jadi tidak bererti dengan adanya tuala wanita, wanita haid boleh duduk dalam masjid biarpun berlaku kebocoran. Yang penting ialah pastikan tidak berlaku kebocoran dan ketirisan sama ada dengan tuala wanita atau kain tebal.
[Reply]
ELIZA BARI ANAK RANGGAU
August 30th, 2009 at 9:10 pm
Hai,sya cik eliza.sya nk tnyalh tntng msalh yang sdg sya alami
iat2 msalah sya yg x ddtngi haid yg sdh mceceh 2 bln lbh.tp sya x png g jmpa dktor..sblum ini pn sya mmang slalu bgini..shinggakn hmpir 3 bln lbh mcm 2 sya x ddtangi haid.d cni sya nk tnyalh apa yg plu sya lakukn
[Reply]
azizan
November 23rd, 2009 at 3:21 pm
asslamualaikum..saya adalah suami kepada isteri saya inginkan bertanyakan sesuatu yg berlaku kepada isteri saya iaitu sebelum ini isteri saya kitaran haidnya adalah normal selepas itu isteri saya gugur sebanyak 2 kali dan kali kedua dinasihatkan oleh doktor supaya menyuci..dan selepas itu haid isteri saya menjadi lewat hampir 1 bulan 3minggu..tiba2 jadi senggugut…mcm mane kitaran haid isteri saya menjadi lewat?
[Reply]
SAGI GIRL
November 25th, 2009 at 5:49 pm
SAYA MENGALAMI MASALAH BELUM DATANG HAID WALAUPUN UMUR MENGJANGKAU 13 TAHUN DAN BERBADAN GEMUK
[Reply]
i'm a gurl
November 30th, 2009 at 10:30 pm
hye there…i think i have a big problem..can i shre with u??..i dh lame x period..bleh dkatekan hmpir 2 bulan…i’m very2 worried…before this,,kitaran haid i ok je..start last month i dh x period…for ur information,,last year..i smpai 4 month x period..when i make a check up,,doctor said that it was ok..mule2 i pelik jugak..4 month x period ,ok??..lame klamaan kitaran haid i kembali normal..kat situ i dah syukur alhmdulillah la…sye x perlu risau lg..bcoz kitaran haid sye dh ok..sebab i ni bleh dikatekn active bersukan..sometimes,,i kne senggugut..from my problem..adakah sye pregnant or cancer???…i always think about that..i hope ,u will help me to settle this problem..assalamualaikum
[Reply]
mujahidatulfalah
December 22nd, 2009 at 7:52 pm
sya ade mslh yg agk bsr..sya kliru dgn wk2 sya dtg haid..mla sya dtg haid mse umo 13 taun..dan strusnya mcm biasa tp wk2 sya form 2 ade sa2 ketika smpe 3 blan sya x dtg…ps2 bile dah dtg skit sgt..n skrg yag jd mslhnye..kli ni die dtg bnyk hri nk hmpir 15 hari ,then bnyak giler..sya tkut …doktorr tolong sya
[Reply]
farah
January 4th, 2010 at 1:16 pm
Dr. saya ada kemusykilan. mcm mana klu ada tanda hitam /coklat keluar sebelum darah haid keluar.itu dikira haid jugak ker. dlm waktu tersebut klu bersetubuh blh ker..
[Reply]
TUALA WANITA
January 11th, 2010 at 5:02 pm
<<<-Klik sini..Hargai mahkota wanita anda. Boleh cuba tuala wanita herba utk rawatan bagi masalah haid.
[Reply]
norza
July 9th, 2010 at 5:26 pm
salam,
saya mengalami masalah kluar darah berwarna kecoklatan slepas suci drpd haid 5 hari. darah ini keluar dsertai sakit pada bhgn ari2 dan belakang…adakah ini disebabkan effect drpd berhenti mengambil pil perancang mercilon atau pun masalah lain? utk pengetahuan Dr. saya selepas period yg baru ni, saya terus berhenti mengambil mercilon…
[Reply]
yani
August 23rd, 2010 at 9:53 am
tentang haid . mari haid 10.8.2010(asar).cuci pada 19.8.2010(maghrib).20.8.2010 puasa penuh.21.8.2010 dtg haid semula sebelum asar soalan saya. adakah sah puasa pada 20.8.2010 . Haid yang datang pada 21.8.2010 dikira haid yang pertama atau sambungan daripada 19.8.2010.sekiranya sambungan ini bermakna apabila cukup 15 hari haid dan hari yang ke 16 saya perlu solat dan puasa seperti biasa.
[Reply]
solehah
August 23rd, 2010 at 1:54 pm
Salam,
Masalah saya.. kitaran haid saya berlaku setiap 16-17 hari haid akan datang. tempoh haid biasanya 8 hari tetapi untuk kitaran 16-17 kitaran haid berkurangan 5-6 hari.. adakah kitaran yang baru ini merupakan haid atau penyakit.. tq
[Reply]
junaidi
August 24th, 2010 at 5:42 pm
semasa tazkirah sebelum tarawih, seorg ustaz ada memberitahu terdapat 10 jenis bendalir yg keluar dari kemaluan wanita. yang dapat sy ingat ( yg lazimnyer) kencing, mani, haid, nifas, wadi, keputihan, … yg 4 lagi dah lupa.
dapat di berikan lagi 4
[Reply]