…mencari al-hasanah di dunia dan akhirat

Lanjutan tentang soal-jawab tentang haidh tempohari, hari ini saya akan sentuh pula tentang istihadhah (dieja juga dengan: istihadah)
ISTIHADHAH/ ISTIHADAH
S: APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ISTIHADHAH
J: Istihadhah ialah darah yang keluar dari bahagian bawah rahim pada selain waktu haid dan nifas. Oleh itu, darah yang keluar melebihi masa terpanjang haid atau nifas, atau kurang daripada masa terpendek haid atau nifas dinamakan istihadhah. Begitu juga darah yang keluar dari kanak-kanak perempuan yang belum mencapai umur sembilan tahun.
S: BOLEH JELASKAN DENGAN CARA YANG LEBIH MUDAH?
J: Secara mudah, darah istihadhah terdiri daripada enam jenis:
1. Darah yang keluar kurang daripada tempoh terpendek haid.
2. Darah yang keluar melebihi tempoh terpanjang masa haid.
3. Darah yang kurang daripada tempoh terpendek nifas.
4. Darah yang melebihi tempoh terpanjang nifas.
5. Darah yang keluar melebihi kebiasaan haid dan nifas yang telah lepas (melebihi kebiasaan tempoh terpanjang keduanya).
6. Darah yang keluar daripada bahagian bawah rahim kanak-kanak yang belum mencapai umur sembilan tahun.
S: APAKAH KESAN ISTIHADHAH KE ATAS WANITA?
J: Istihadhah bukan penghalang bagi melakukan sebarang ibadat seperti solat, puasa dan ibadat-ibadat yang boleh dilaksanakan sewaktu haid dan nifas.
Pernah diriwayatkan bahawa Fatimah binti Abi Hubaisy telah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: “Sesungguhnya saya ini menderita istihadhah sehingga tidak kunjung bersih. Haruskah aku meninggalkan solat?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Jangan! Tinggalkanlah solat pada hari-hari kamu haid sahaja. Kemudian mandilah dan berwudhu’ tiap kali hendak solat. Kemudian, tetaplah solat, sekalipun darah menitis pada tikar.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Abu Dawud, An-Nasa’I dan Ibnu Majah)
S: SAYA KELIRU UNTUK MEMBEZAKAN DARAH HAID DAN ISTIHADHAH KERANA DARAH YANG KELUAR BERLARUTAN UNTUK TEMPOH YANG PANJANG. KADANGKALA BERTERUSAN SEHINGGA DUA BULAN. ADAKAH KESELURUHAN TEMPOH DUA BULAN ITU DIANGGAP ISTIHADHAH TANPA HAID?
J: Terdapat wanita yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya. Dalam keadaan ini, apa yang perlu dilakukan ialah wanita itu perlu cuba membezakan antara darah haid dan darah istihadhah. Jika dia tidak mampu membezakannya, dia perlu melihat kepada kebiasaan yang dialaminya termasuklah dari segi jarak minimum antara dua haid dan tempoh terpanjang haid yang biasa.
Untuk menjelaskan lagi perkara ini, sila lihat pembahagian golongan wanita yang mengalami istihadhah seperti berikut:
1. Mubtadi’ah Mumayyizah: baru pertama kali keluar darah daripada rahimnya, tetapi sudah pandai membezakan antara darah haid dan istihadhah.
2. Mubtadi’ah Ghairu Mumayyizah: baru pertama kali keluar darah daripada rahimnya, tetapi tidak pandai membezakan antara darah haid dan istihadhah.
3. Mu’tadah Mumayyizah: sudah pernah mengalami haid sebelumnya, lalu suci, dan tahu kadar haid yang keluar dan jumlah hari suci.
4. Mu’tadah Ghairu Mumayyizah: sudah pernah mengalami haid tetapi tidak mampu membezakan antara darah haid dan istihadhah. Oleh itu, hendaklah dia berpegang kepada kebiasaannya yang telah lalu.
ADUHAI ISTERIKU ASYIK ISTIHADHAH…
S: ISTIHADHAH YANG PANJANG BENAR-BENAR MENGGANGGU HUBUNGAN INTIM KAMI SUAMI-ISTERI. SAYA SANGAT BIMBANG KERANA TIDAK MUNGKIN SUAMI SAYA DAPAT ‘BERSABAR’ LEBIH LAMA LAGI.
J: Darah istihadhah bukan sahaja membuatkan wanita yang mengalaminya kurang selesa, tetapi juga boleh mengganggu hubungan suami-isteri apatah lagi jika ia berlarutan berbulan-bulan lamanya. Dalam hal ini, para fuqaha berpendapat bahawa harus bagi pasangan suami-isteri melakukan persetubuhan walaupun ketika isterinya dalam istihadhah. Namun begitu, mereka berpendapat bahawa jika dapat menghindarinya adalah lebih baik kerana darah istihadhah ialah darah penyakit. Terdapat juga pandangan segelintir fuqaha yang lebih tegas dalam hal ini dan berpendapat bahawa haram menyetubuhi isteri yang istihadhah.
DARAH YANG KELUAR DARIPADA WANITA YANG HAMIL
S: SEMASA SAYA SEDANG HAMIL ANAK YANG KEDUA, TERDAPAT DARAH YANG KELUAR UNTUK BEBERAPA HARI. PERLUKAH SAYA BERSEMBAHYANG JUGA ATAU TIDAK?
J: Para fuqaha berselisih pandangan mengenai hukum bagi darah yang keluar daripada faraj wanita yang sedang hamil samada ianya haid atau istihadah. Dalam mazhab Shafii, darah yang keluar sewaktu hamil boleh digolongkan sebagai darah haid asalkan ia tidak kurang daripada sehari semalam dan juga tidak melebihi 15 hari. Jika kurang daripada sehari semalam maka ia adalah darah istihadhah dan perempuan itu wajib mengerjakan sembahyang. Jika darah tersebut berlarutan pula sehingga melebihi 15 hari, maka darah yang keluar pada 15 hari pertama ialah darah haid manakala yang selepasnya dianggap sebagai istihadhah. Wanita yang dalam istihadhah wajib mengerjakan sembahyang.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa dari sudut perubatan moden, sebarang pendarahan ketika hamil adalah merbahaya. Segera rujuk doktor jika anda melihat darah keluar ketika hamil kerana dibimbangi akan berlaku keguguran.
Related posts:
Selamat Datang ke blog saya. Blog ini sekadar permainan pena saya... wadah untuk berkongsi rasa dan cita.
Z
April 25th, 2009 at 4:06 pm
Assalamualaikum Dr.,
Saya ingin bertanya.
Tempoh cycle saya yg biasa selalunya 27-28 hari, dan saya mengalami haid selama 6-8 hari. Itu yg normal bg saya.
Baru2 ini, haid saya dtg lebih awal, iaitu selepas hari ke-24 cycle saya. Maka saya kira ia sbg haid. Namun ia hanya berlaku selama 3 setengah hari sahaja. Kemudian tiada darah yg keluar, maka saya mandi wajib. Setelah 11 hari suci, hari ini sy dapati ada darah yg keluar. Sy juga mengalami cramps, stress dan lenguh2 badan, sama seperti simptom2 yg sy hadapi sebelum datangya haid.
Soalan saya, adakah darah yg keluar hari ini merupakan darah istihadhah, ataupun sebaliknya? Saya ada baca satu artikel yg mengatakan darah istihadhah ini merupakan mainan syaitan, namun sy tidak pasti akan kesahihannya.
Minta penjelasan drp doktor.
Wslm.
[Reply]
Suhaila
August 26th, 2009 at 2:35 pm
Assamualaikum,
masalah saya mengenai haidh.
berapa lamakah biasanye jarak suci antara 2 haidh.
contohnye baru-baru ini saya dapati ade keluar kekotoran seakan darah tapi lebih gelap & tak begitu lancar antara 1 -9 Ogos, kemudian darah seakan warna haidh biasa keluar dgn lancar dari 10 Ogos hingga 14 Ogos. selepas itu ianya bersih. Kotoran gelap itu datang lagi pada 21/8 hingga kini. bagaimanakah keadaan solat/puasa saya?. untuk pengetahuan ,saya telah meninggalkan solat sepanjang 1-14 Ogos lalu. Biasanye waktu haidh saya mengambil masa antara 5-7hari saja.
Wasallam.
[Reply]
Suhaila
August 26th, 2009 at 2:52 pm
masalah saya mengenai haidh.
berapa lamakah biasanye jarak suci antara 2 haidh.(kiraan max 15hari itu dari hari pertama atau hari darah kering).
contohnye baru-baru ini saya dapati ade keluar kekotoran seakan darah tapi lebih gelap & tak begitu lancar antara 1 -9 Ogos, kemudian darah seakan warna haidh biasa keluar dgn lancar dari 10 Ogos hingga 14 Ogos. selepas itu ianya bersih. Kotoran gelap itu datang lagi pada 21/8 hingga kini. bagaimanakah keadaan solat/puasa saya. biasanye waktu haidh saya mengambil masa antara 5-7hari saja.
[Reply]
athirah
September 29th, 2009 at 3:53 pm
assalamualaikum,
spt cik suhaila di atas,,sy ingin bertanya..berapa lamakah jarak antr satu haid dgn haid yg ke 2..sy mengalami mslh spt keluarnya darah dalam bilangan yang sedikit dan tidak berterusan setelah 13 hari bersih dr haid. adakah ia dikira darah istihadah?
[Reply]
Hasanah
October 7th, 2009 at 9:18 pm
Maaf, nampaknya ada banyak soalan tentang istihadah tapi saya tak reply.
Hal istihadah memang sangat memeningkan golongan wanita.
Apa yang perlu dibuat ialah,
- mula-mula kena pastikan betul2, yang mana haid, yang mana istihadhah… tengok la pada timing dia, warna & rupanya
- kemudian pastikan jarak antara satu-satu haidh itu sekurang-kurangnya 15 hari. Jadi, apa2 darah atau kotoran yang keluar dalam tempoh 15 hari tu dikira sebagai istihadah.
Kena ingatlah, bahawa minimum tempoh suci ialah 15 hari (jarak minimum antara 2 haidh), tapi, tiada tempoh maksimum antara 2 haidh.
Perlu diingat juga bahawa tempoh maksimum haidh ialah 15 hari. Maksudnya, kalau lepas 15 hari, masih ada darah atau kotoran, maka ia dikira sebagai istihadah.
[Reply]
tieya
October 19th, 2009 at 1:32 am
salam dr..
sy msh ragu2 lagi… gni.. 1st day period 7/10 then last pd 14/10.. tp pd 18/10 ad seakn2 drh pd keputihn sy..(mcm beberape hr b4 laz period) besenyer cume 7-8 hr sy period, tp dlu sy pnh istihadhah 21 hr.. kali ni sy istihadhah or msh haid?
[Reply]
anne
November 24th, 2009 at 11:12 am
dr.
1) bagaimana mengubati penyakit istihadhah?
2) berapa besarkah kemungkinan wanita yang sering mengalami istihadhah tidak dapat concieve/megandung?
[Reply]
Faridah
April 4th, 2010 at 5:09 pm
Assalamualaikum Dr Hasanah. Saya sudah menopause lebih 2 tahun, kemudian ada pendarahan sedikit(spotting), tidak saperti haid. Adakah saya mesti mandi hadath besar setiap kali sebelum wuduk dan solat?
[Reply]
sord87
April 23rd, 2010 at 8:33 pm
isteri saya mengalami pendarahan sedikit2 yang berterusan selepas 3 bulan hamil kali kedua dan telah dirujuk kepada doktor.Olehkerana ini kali pertama ianya berlaku,saya bimbang terhadap kandungan dan juga kesihatan isteri.Soalan saya adakah kehamilan akan terus terjadi selepas pendarahan berhenti ?dan berapa lama jangkamasa diambil untuk pendarahan tersebut berhenti?
[Reply]
naseebah
April 24th, 2010 at 9:45 pm
soalan apa ni..kena p doktot hosptat laa..
[Reply]
mila
May 18th, 2010 at 2:16 pm
salam doc… saya dsahkan mengandung tp selepas 5 hari saya keguguran. Setelah 6 hari heavy bleeding, saya hanya ada tompok2 darah shj, berlanjutan sehingga hari ke 12… dan saya ambil keputusan untuk mandi dan solat… namun darah tersebut masih ada sehinggalah hari ke 16… adakah ianya dikategorikan sebagai darah istihadah? betul ke tindakan saya mandi dan solat pada hari ke 12? Normal period cycle saya hanyalah 6 – 7 hari shj.
[Reply]
cma
August 13th, 2010 at 12:55 pm
salam…saya keliru dgn tempoh akhir haid…cthnya pada hari ke 7 tiada lagi calitan berwarna dan saya bersuci utk solat n berpuasa ttp 2hari kemudian saya saja2 cek dgn tisu putih n dapati tdapat calitan kuning yg sgt cair warnanya,adakah saya masih dlm haid..perlukah saya mbuka puasa saya,adakah saya blh bsolat sekiranya tiada calitan warna pada waktu solat yg lain…cthnya zohor ada kesan warna kuning cair tetapi semasa asar tiada lg warna yg hadir….kelirulah saya ni tentang haid…haid saya x menentu jd susah nak agak tempohnya….harap doktor dpt bantu,tq
[Reply]